sensasi2020

AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu | sensasi2020 AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu - sensasi2020

AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu

AirAsia Tawar Tepat Duduk Percuma Selama Seminggu bermula 13 November 2017 sehingga 19 November 2017. 

Inilah peluang anda sekeluarga untuk pergi melancong ke destinasi menarik di dalam negara atau luar negara.


AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu.
AirAsia - Free Seats


AirAsia Tawar Tempat Duduk Percua Selama Seminggu


Lihat kepada promo atau tawaran yang AirAsia berikan amat menarik. Kenapa tidaknya? Ia memberi 5,000,000 (5 Juta) tempat duduk percuma atau free seats kepada penumpang yang ingin memilih destinasi pilihan mereka.


AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu
AirAsia - Destinasi Pilihan


Inilah masanya untuk penumpang memilih destinasi di mana nak pergi, dalam negara atau luar negara.


Tarikh Promosi Tempat Duduk Percuma


12 November 2017 (Ahad)
- 12 November 3017 adalah tarikh atau masa yang dikhaskan untuk 'BIG Member Priority Booking Period' buat tempahan.

13 Nov - 17 Nov 2017 (Isnin-Jumaat)
- Tarikh ini adalah tempoh masa yang dikhaskan untuk orang awam untuk buat tempahan atau dipanggil 'Public Booking Period'.

Tempoh masa penerbangan atau Travel Period bermula 7 Mei 2018 sehingga 31 Januari 2019.

Bolehlah pilih tarikh dan masa terbaik untuk penumpang pilih. Kebanyakan masa cuti sekolah, Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia tidak memberi tambang murah pada waktu tersebut.

"Going Somewharw? Why not go with our 'FREE SEATS'! Hit the 'going' button to get the latest updates about our #AirAsiaFREESEATS! 
5,000,000 promo seats are waiting for you! See You!


Saya dah cuba pilih masa cuti sekolah 2018, tambangnya agak mahal begitu juga waktu atau masa hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji dan Hari Kemerdekaan, yakni bulan Ogos.

Alhamdulillah.... saya dah tempah untuk balik ke Kelantan. Tarikh yang saya tempah adalah 10 Mei 2018 (KL-KBR) dan 22 Mei 2018 (KBR-KL).

Kami sekeluarga seramai 7 orang dan hanya perlu bayar RM 304.00 sahaja, pergi dan balik dari KL ke KB dan dari KB ke KL. Bayaran untuk charge duti dan fee lain lagi.

Betul-betul murah gilerrr......

Jom kita pakat booking tempat duduk percuma dengan penerbangan AirAsia kerana AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu kepada para penumpang untuk melancong atau balik kampung. 

Masih ada masa lagi untuk korang tempah sebelum ianya berakhir pada 19 November 2017.

Selamat melancong dan selamat balik kampung serta makan angin sepuas-puasnya dengan Penerbangan Tambang Murah AirAsia, destinasi pilihan anda.

Hubungi untu booking...
AirAsia
RedQ - Jalan Pekeliling 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), 64000, Sepang, Selangor.

1 Komentar untuk "AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top