sensasi2020

Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018 | sensasi2020 Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018 - sensasi2020

Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah selesai mengadakan mesyuarat khas sebentar tadi. Ini bagi menentukan tarikh keluar mengundi dan telah menetapkan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018.


Pilihan Raya Umum ke-14 Pada 9 Mei 2018
Suruhanjaya Pilihan Raya

Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018


Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh Pilihan Raya umum ke-14 Pada 9 Mei 2018 di Menara SPR, Putrajaya.

Setiausaha  SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah berbincang tarikh pilihan raya umum ke-14 dan tarikh-tarikh penting yang lain seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal (undi pos) dan daftar pemilih.

PRU ke-14 perlu diadakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak telah mengumumkan  Bubar Parlimen Pada 6 April 2018 yang lalu setelah mendapat perkenan KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


Tarikh-Tarikh Penting PRU Ke-14


TARIKH KELUAR WRIT : 11 APRIL 2018 (RABU)

HARI PENAMAAN CALON : 28 APRIL 2018 (SABTU)

HARI MENGUNDI AWAL : 5 MEI 2018 (SABTU)

HARI MENGUNDI : 9 MEI 2018 (RABU)

Tempoh berkempen selama 11 hari bermula hari penamaan calon hingga ke hari terakhir pada 8 Mei 2018, yakni berakhir pada jam 11.59 malam.
Walau bagaimanapun, semua rakyat yang telah mencapai umur 21 tahun dan telah mengundi sebelum ini layak untuk keluar mengundi.

Undilah dengan bijak, pilihan di tangan anda. Undi anda penentu bagi pemerintahan kerajaan baru untuk tempoh 5 tahun.

Jangan lupa tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018. Andalah penentu segalanya.... calon mana jadi pilihan anda. 

SELAMAT Keluar Mengundi.

2 Komentar untuk "Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018"

Selamat mengundi bang..nanti mengundi di mana tu?

Undi atau tak undi dari dulu sampai sekarang tetap parti yang sama je menang.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top