PRU14 - 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum

PRU14 - 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum oleh kerajaan sempena dengan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14. Hari kelepasan am tambahan diberi seluruh Malaysia bagi membolehkan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


PRU14 - 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum
PRU14 - 9 Mei 2018 Cuti Umum

9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum oleh kerajaan sempena dengan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14.


PRU14 - 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum


Pengisytiharan cuti umum ini dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala bagi Sabah dan Sarawak, hari kelepasan am perlu diisytihar oleh kerajaan negeri.

Pengumuman hari cuti umum itu disambut baik oleh pelbagai pihak memandangkan tarikh mengundi PRU14 yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya kelmarin (11 April 2018) jatuh pada hari Rabu yang merupakan hari bekerja.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, "Perlaksanaan pilihan raya pada tarikh hari bekerja (Rabu) bukanlah merupakan perkara baru.

Ia telah beberapa kali sebelum ini. Ia menunjukkan bahawa telah beberapa kali pada hari bekerja iaitu pada PRU1 (1959), PRU6 (1982), PRU9 (1995) dan PRU10 (1999).

Ini bukannya menjadi isu, sewajarnya tunaikan tanggungjawab sebagai pe gundi sebaik mungkin" katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Oleh itu, dengan pengumuman cuti umum oleh kerajaan, maka seharusnya majikan yang masih meneruskan operasi pada hari mengundi, mereka dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi yang bekerja untuk keluar mengundi mengikut peruntukan Subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Oleh itu, tiada alasan untuk rakyat tidak keluaŕ mengundi pada 9 Mei ini.

Inilah peluang untuk anda memilih kerajaan baru. Mengekalkan Barisan Nasional (BN) sedia ada atau beralih kepada Pakatan Harapan.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "PRU14 - 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum"

Jalan nak balik kampung confirm sesak macam nk balik raya

Baiknya untuk mengiktirafkan cuit untuk hari undi supaya semua rakyat dari luar negeri tidak perlu tergesa-gesa balik kampung untuk undi.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top