"BAJET UNTUK RAKYAT 1 MALAYSIA"






            Terima kasih PM bajet utk rakyat 1 Malaysia, bagi pembangkang bajet pilihanraya. Walau apapun tafsirannya yang berlaku sudah berlalu tanggal 7 Oktober telah melabuh pergi. Ini adalah menjadi satu sejarah negara dalam pembentangan bajet utk tahun 2012.
            Ramai yang suka dan ramai juga yang tak berpuas hati. Ini sudah menjadi asam garam kehidupan, Manusia tidak pernah puas apa yang dapat dan pula lupa untuk mengucapkan syukur pada ilahi.
            Cuba kita bayangkan gaji Rm1500 dengan RM2000 tiada beza, Sbg cth : semasa  gaji belum naik, tv cuma satu aja diruang tamu, tapi bila aja gaji naik RM500 menjadi RM2000, mulalah menbeli tv utk di letakkan di dalam bilik dan membayar secara ansuran. Maka ini tiada maknanya penambahan gaji.
            Oleh itu gunalah sebaik mungkin apa yg dpt pada bajet kali ini.Berbelanjalah ikut keperluan bukannya mengikut kamahuan.
             Sekali lagi diucapkan pada PM, mendengar denyut nadi rakyat Malaysia bagaimana sukarnya hidup dalam dunia yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi dengan pendapatan bulanan yg sederhana lebih-lebih lagi pada keluarga yang susah atau miskin.





Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top