Dapatkah Kelantan ke Separuh Akhir Dalam Pertandingan Bolasepak piala Malaysia?










Terkini!! Keputusan Terengganu (3) vs  Kelantan (1) 10 Oct 2011.

       Pertemuan dua jaguh pantai Timur, Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada suku akhir pertama Piala Malaysia hari ini bakal menarik ribuan penyokong kedua-dua pasukan.
Selain itu, perlawanan tersebut juga akan menguji siapa lebih hebat di antara dua pengendali Datuk M. Karathu atau Irfan Bakti Abu Salim, yang pernah menjadi penolong Karathu ketika membimbing Kelantan pada 1993.
Berdepan skuad Penyu, Red Warriors tidak mempunyai banyak pilihan selain mendapatkan sebanyak mungkin jaringan untuk dijadikan kelebihan menjelang pertemuan suku akhir kedua di Kota Bharu pada Jumaat ini.
Meskipun pernah menumbangkan Terengganu dalam Liga Super, saingan Piala Malaysia pasti menjanjikan laluan berbeza buat Kelantan dalam usaha mempertahankan Piala Malaysia.
Terengganu, yang beraksi di gelanggang sendiri pasti tidak akan memberikan laluan mudah buat Red Warriors, selain cuba mengecewakan juara bertahan itu.
Ketua pasukan Red Warriors, Mohd. Badri Razdhi mengakui Terengganu merupakan pasukan yang tidak boleh di pandang rendah.
“Terengganu sebuah pasukan yang kuat, beraksi di tempat sendiri mereka pasti akan bermain mati-matian untuk mendapatkan seberapa banyak gol sebagai bekalan sebelum pertemuan kedua nanti.
“Jika mereka mahu mendapatkan jaringan, kami pun sama. Apa yang penting kita tidak boleh terburu-buru untuk mendapatkan jaringan, sebaliknya perlu fokus dan memanfaatkan peluang yang terhidang sebaik mungkin dengan menghasilkan gol sebagai bekalan pada perlawanan kedua nanti,” katanya kepada pemberita di Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam, selepas sesi latihan terakhir sebelum berangkat ke Kuala Terengganu.
Tambahnya, biarpun beraksi di tempat lawan, Red Warriors tetap mempunyai peluang untuk mencipta kejutan pada pertemuan tersebut.
Pada pertemuan hari ini, Kelantan dijangka kehilangan beberapa tonggak utama yang bergelut dengan masalah kecederaan seperti pemain sayap lincah, S.Chanturu serta pertahanan kental, Mohd. Zairul Fitree Ishak.
Walaupun Kelantan kalah pada pusingan pertama, sudah tentu mereka tidak akan menyerah kalah apabila bermain di tempat sendiri pada 14 Oktober 2011.Kelantan harus bermain-main bermati-matian jika ingin melayakkan ke peringkat separuh akhir. 3 tonggak utama mereka mendapat 3 kad merah, sudah tentu ini akan merencatkan strategi dan corak permainan mereka. Ditambahkan lagi beberapa  pemain lagi mendapatkan kad kuning. Sama-sama kiti tunggu perlawanan pusingan ke 2 dan juga perjuangan hidup-mati kedua-dua pasukan.
 
 Terkini!! Keputusan Terengganu vs  Kelantan 10 Oct 2011 

Terengganu  -3

Kelantan -1 

 


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Dapatkah Kelantan ke Separuh Akhir Dalam Pertandingan Bolasepak piala Malaysia?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top