Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.


Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia....
Salam Sejahtera..........semua !!!!


                                                                       
Sepanyol bertemu Itali di esok pagi,
Perlawanan hebat penuh aksi,
Dua jaguh Eropah saling menyaingi,
Untuk mengapai piala dimenangi.

Siapa menjadi juara pasti dipuji,
Yang kalah akan dikeji,
Sepanyol terbaik di carta FIFA terkini,
Itali cuma yg ke 12 diduduki.

Aksi terbaik akan kita saksi,
Kalau keduanya di kemuncak tertinggi,

Sepanyol pasti akan menjuarai,
Kita tunggu dan lihat mereka beraksi.

Jangan berakhir dengan seri,
Pasti tendangan gol penalti,
Takut nanti Sepanyol yang aku minati,
Akan kempunan melangkar hatrik di Euro 2012 kali ini.


Sepanyol bermain penuh aksi,
Melawan pasukan  dipanggil Azzurri, 
Diawal perlawanan yg lalu kita seri,
Di final kita menang 4-0 tanpa diduga lagi.


Kejuaraan Euro digapai sebanyak tiga kali,
Tiada pasukan lain dapt menandingi,
Kehebatan Sepanyol yang diakui,
Piala dimenangi dicatat dlm sejarah hari ini.


                                                  Barisan Pemain Sepanyol Euro 2012


                                                                                  
 
Goalkeepers: Iker Casillas (Real Madrid), Pepe Reina, (Liverpool), Victor Valdes (Barcelona)

Defenders: Alvaro Arbeloa (Real Madrid), Sergio Ramos (Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Jordi Alba (Valencia), Raul Albiol (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao) 

Midfielders: Xavi (Barcelona), Sergio Busquets (Barcelona), Andres Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), David Silva (Manchester City), Santi Cazorla (Malaga), Cesc Fabregas (Barcelona), Juan Mata (Chelsea) 

Forwards: Jesus Navas (Sevilla), Pedro (Barcelona), Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Chelsea), Alvaro Negredo (Sevilla) 


                                              Perjalanan Skuad Sepanyol Hingga Ke Final

Permainan Di peringkat Kumpulan
11 Jun 2012 
Sepanyol (1) vs Itali (1)

15 Jun 2012
Sepanyol (4) vs Rep Ireland (0)

19 Jun 2012
Sepanyol (1) vs Croatia (0)


Permainan Di Peringkat Suku Akhir 
24 Jun 2012
Sepanyol (2) vs Perancis (0)


Permainan Di Peringkat Separuh Akhir
28 Jun 2012
Sepanyol (4) vs Portugal (2), penalti.
Semasa permainan sepenuh masa dan masa tambahan seri (0) -(0).

# Layak ke Final bertemu Itali pada 2 Julai 2012.



                                                           Barisan Pemain Itali Euro 2012


                                                                                 

Goalkeepers: Buffon (Juventus), De Sanctis (Napoli), Sirigu (Paris St. Germain)

Defenders: Abate (Milan), Balzaretti (Palermo), Barzagli (Juventus), Bonucci (Juventus), Chiellini (Juventus), Maggio (Napoli), Ogbonna (Torino)

Midfielders: De Rossi (Roma), Diamanti (Bologna), Giaccherini (Juventus), Marchisio (Juventus), Montolivo (Fiorentina), Thiago Motta (Paris St. Germain), Nocerino (Milan), Pirlo (Juventus)

Forwoards: Balotelli (Manchester City), Borini (Roma), Cassano (Milan), Di Natale (Udinese), Giovinco (Parma)


                                          Perjalanan Skuad Itali Hingga ke Final 

Permainan Di Peringkat Kumpulan
11 Jun 2012 
Itali (1) vs Sepanyol (1)

15 Jun 2012
Itali (1) vs Croatia (1)

19 Jun 2012
Itali (2) vs Rep Ireland (0)


Permainan Di peringkat Suku Akhir
25 Jun 2012
Itali (4) vs England (2), penalti.
Semasa permainan sepenuh masa dan masa tambahan seri (0)-(0).


Permainan Di Peringkat Separuh Akhir
29 Jun 2012
Itali (2) vs Jerman (1)

#Layak Ke Final Bertemu Sepanyol pada 2 Julai 2012.


                                                                         
      Ramai menjangkakan Sepanyol dan Jerman ke final, tapi ramalan itu semua tidak tepat, malahan ramalan daripada pengendali Manchester City, Roberto Mancini juga tidak tepat. Beliau memilih Itali dan Portugal ke final. Walau siaopun yang memilih suadh tercipta satu sejarah bahawasannya Sepanyol dan Itali berentap di final nanti.


     Jurulatih Itali , Cesare Prandelli menyatakan mereka adalah pasukan underdog menjelang perlawanan akhir menentang juara bertahan, Sepanyol awal pagi Isnin  iaitu 2 Julai 2012 pukul 2.45 pagi waktu Malaysia. 

                                                                                                                                                          

     Cesare Prandelli mengharapkan Mario Balotelli sekali lagi untuk mengobek jaringan gol buat Itali. Beliau percaya Balotelli akan memainkan peranan yang penting di saat genting. Beliau berkata " Balotelli mahu gelaran kasut emas menjadi miliknya". Beliau percaya skuad kendalinya akan mencipta sejarah sebagai pemenang dalam Euro 2012 ini. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi di final nanti. 


                                                                              

     Sementara jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque tidak menyesal kerana tidak menghantar skuad Itali lebih awal semasa di peringkat kumpulan. Beliau juga tidak menjangkakan akan bertemu sekali lagi di final, namun tetap bersedia menyekat Itali daripada mendakap piala Euro 2012 kali ini. 

                            
                                                                                   

     Pemain Sepanyol telah bersedia dan akan cuba yang terbaik di final nanti. Mereka tidak mahu keputusan seri seperti apa yang terjadi semasa di peringkat kumpulan. Semua pemain Itali akan dirantai pergerakkan mereka supaya corak permainan mereka terganggu dengan ini akan menyukarkan mereka memburu gol kemenangan. Mereka tidak mahu perlawanan berakhir dengan tendangan penalti, jika berlaku juga mereka tiada masalah, kerana pernah mengalahkan Portugal dengan keputusan 4-2.


     Walaupun apa jua ramalan dan tekaan , kita akan saksikan aksi memukau daripada kedua-dua pasukan ini. Kedua-dua skuad ini adalah yang terbaik di Eropah di ketika ini.


     Pada ramalan saya Sepanyol akan menang di perlawanan final ini dengan keputusan 2-1, kerana saya ada join contest Denaihati iaitu Euro 2012 "Juara Pilihan Lelaki Kacak". Semoga boleh dapat hadiah daripada Denaihati bila mana tekaan saya ini betul. Ternyata Sepanyol tepat dianugerah sebagai Juara Euro 2012 kali ini mengalahkan Itali dgn 4-0. Tahniah Sepanyol....you'reall  the best........


Sekian, terima kasih.

Wassalam...............

     
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top