Header Ads

Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe

Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia..........semua!!!

TERBONGKARNYA RAHSIA SECRET RECIPE



                              Mesin yang digunakan untuk membuat kek

       Tentu anda sudah merasai sekeping atau sebiji kek daripada "Secret Recipe".Kek pengeluarannya memang sudah terkenal di seluruh Malaysia. Sebuat saja mahu membuat sambutan hari lahir pasti akan mencari kek daripada Secret Recepe untuk diraikannya.


      Di sini saya akan bongkarkan atau dedahkan satu resepi rahsia untuk dibuat di rumah, jika anda semua berminat membuatnya. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, tapi apa yang penting jika tidak membuatnya bolehlah melihat cara-cara bagaimana sesuatu kek dibuat. Lebih-lebih lagi kaum wanita yang semenangnya amat berminat dengan kek, biskut atau masakan.


       Apa yang diperlihatkan di sini adalah cara-cara membuat kek Cream Cheese (keju berkrim) berperisa seperti Strawberry, Blueberry, Rasbery, Chocolate, Tiramisu, Mango, Mocha dan lain-lain lagi. Di sini saya bersertakan dengan fotonya sekali.


                           
             Bahan-bahannya adalah seperti berikut :




Blueberry Fruit Filling / 200 gm
Fresh Cream (My Cream) / 200 ml atau apa-apa jenis fresh cream pun boleh.


 Kismiss (Anggur Kering) / 100 gm







Butter/Margerin / 100 gm


 UHT Whipping Cream / 400 ml

Kek Sponge Cheese / 2 Biji
 Cheese Cake Mix / 200 gm
4 Biji Ring Bersaiz 6"

 

 








































Biskut OREO Perisa Blueberry / 250 gm


























Cara-cara membuatnya:


 


                                                          Foto 1 : kek sponge cheese  



                                                               Foto 2 : Cara membelahnya



2 keping kek tadi dibelah dua menjadi 4 keping kesemuanya. Jika kek lebih besar daripada ring, senang saja....anda boleh telekup kek tu dengan ring. Lihat di bawah.


                                                                    
1/2  keping atas 1 papan kek bersaiz 8". Buat untuk 2 biji kek untuk satu papan setiap satu. Selepas tu letak di tepi dahulu.




Saja Nak Tahu berat Bowl berapa???


 * 1- Ambil biskut OREO, pecahkan menjadi hancur,lalu masukkan ke dalam bowl mesin. Begitu juga dengan butter/margerin. Putar dengan speed perlahan untuk bagi sebati. Apabila dah sebati, masukkan pula kismiss. Putar selama 1 minit dan hentikan mesin tersebut. Lihat Di Bawah :


                                             Beginilah keadaan bila biskut tadi diputar dengan sebati.




* 2- Biskut yang dah diputar sebati tadi diambil dan dibahagikan 4, lalu dimasukkan ke dalam 4 ring yang telah disediakan. Nak senang kerja kita, gunakan skipper plastik untuk korek bahan tadi. Lepas tu diratakan dengan menggunakan sudu bagi memenuhi ruangan ring tadi. Bila dah siap masuk ke dalam peti ais bagi dia keras. Lihat di bawah :







                                       Beginilah bila biskut tadi diratakan.


* 3- Bowl tadi dibasuh dan dilap. Kemudian kita akan masukkan Fresh cream, UHT Whipping Cream dan Cheese Cake Mix, 3 atau 4 titik warna purple ke dalam bowl, lalu diputar dengan speed yang sederhana. Putar seperti biskut juga. Putar sehingga sederhana kembang. Lepas tu masukkan pula Blueberry Fruit Filling dengan speed perlahan sampai sebati saja, jangan lama sangat ye, takut nanti kembang, ia akan keras susah nak ratakan. Lihat di bawah :


Beginilah bila bahan tadi diputar.


* 4- Sebelum tu, ambil keluar biskut tadi yang disimpan di dalam peti ais (dah keras), lalu korekkan adunan fresh cream tadi di bahagikan tapi jangan habiskan cuma sekadar menutupi biskut tersebut saja. Masukkan ke dalam 4 ring biskut tadi dan diratakan menggunakan sudu. Lihat di bawah :


Beginilah bila adunan  Fresh Cream + Blueberry tadi diratakan.
                                              
* 5- Selepas diratakan ambil 1 keping kek yang telah dibelah 1/2 tu dilekatkan@dimasukkan ke dalam bahan fresh cream + Blueberry tadi. Tekan dengan perlahan supaya balance/seimbang dengan menggunakan tapak tangan. Kemudian ambil adunan fresh cream selebihnya tadi tu di atas kek pula. Ratakan seperti sebelum ni tapi memenuhi kesemua ring lalu dilicinkan menggunakan spatular kecil. Dibuat sebegini adalah untuk menjadi layer/lapisan. Dah faham bukan?? Lihat di bawah 

                                            
                              Beginilah bila aduan fresh cream + Blueberry tadi dirata dan dilicinkan.



* 6- Bila telah dirata dan hingga licin Fresh Cream + Blueberry tadi, akhir sekali ambil Blueberry Fruit Filling dalam 3 sudu besar diletakkan di bahagian atas aduan tadi, lalu diratakan dengan menggunakan sudu atau skripper kecil. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais dekat freezer supaya betul-betul keras. Lihat di bawah :


Beginilah bila Blueberry Fruit Filling tadi diletakkan.

* 7- Apabila keras ia boleh dibuangkan ring tadi dengan menggunakan skipper kecil, lorekkan di sebelah tepi di sekeliling dalam ring tadi supaya ring boleh dikeluarkan. Lihat di bawah :



                      Beginilah apabila siap dan bolehlah dihias ikut kesukaan anda            



# Boleh juga tukarkan Blueberry Fruit Filling dengan apa-apa saja yang digemari seperti Strawberry, RasberryMocha, Coklat, Tiramisu dan lain-lain yang dirasakan anda gemari.                                                          


Rasai keenakan dan kenikmatan  Kek Blueberry Cream Cheese ala "SECRET RECIPE" atau mungkin lebih sedap lagi.


Ia bukan sekadar rahsia tapi penuh sensasi daripada Seni Kreatif sensasi2020. Maaf  ye jika ada kesalahan atau kecacatan dalam penyampaian yang diberi dalam persembahkan. (Tiada Video)


Selamat Mencuba................!!!!


Wassalam........

         

29 ulasan:

  1. assalamualaikum shima nak share ye..bagus idea mcm ni terperinci..

    BalasPadam
  2. Dah takde rahsia le kalau mcm ni..em nak tirulah resipe yang dikongsi oleh admin di atas..terima kasih tuan..

    BalasPadam
  3. Tak boleh cari makan lah secret recipe lepas ni...hehee

    BalasPadam
  4. wahh boleh try buat lah lpas ni. ade rezeki kita jual plakk haha cewahhh

    BalasPadam
  5. boleh dicobain nih...
    http://bloggedewek.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Ingatkan resepi apa tuh...
    Jangan share sgt nanti dah xjadi secret

    BalasPadam
  7. Nie macam dah wajib kena cuba nieh
    Nyum2x

    BalasPadam
  8. thanks untuk resepnya..salam kenal
    http://goo.gl/77M4Fr

    BalasPadam
  9. Nanti Zumal nak try buat kek juga laa

    BalasPadam
  10. Sedapnya tengok kek bola tengah lapar ni

    BalasPadam
  11. ho ho boleh buat sendiri dah lepas ni

    BalasPadam
  12. nikmat kali kue nya... :)

    BalasPadam
  13. Nice blog and article, thanks for sharing.

    BalasPadam
  14. aku lebih suka makan daripada buat..klik.. http://bit.ly/29Uot2z

    BalasPadam
  15. bestnya, bolehlah saya try lepas ni..thks for sharing ;)

    BalasPadam
  16. Wuhh kayanya enak banget tuh cemilannya, Kayanya pas nih makan makanan begitu sambil ngeblog hehe.

    Salam kenal saya admin blog http://fordigo.blogspot.com

    BalasPadam
  17. wah..nampak sedap..senang hati nak pergi lagi secret recepi

    BalasPadam
  18. makasih sudah berbagi pakk, bermanfaat bngt

    BalasPadam
  19. Kek nampak sedap betul bulan puasa ni..adakah ia memang sedap?

    Thank admin.

    BalasPadam
  20. Nampak kek tu aje dah rasa macam sedap..Lepas ni nak testlah pulak..

    BalasPadam
  21. boleh try ni.. asyik beli kt SR je kan

    BalasPadam
  22. Teringin nak belajar dan buat. Terima kasih ya berkongsi.


    coway air purifier

    BalasPadam
  23. I thank you for the information and articles you provided cara menggugurkan kandungan dan mempercepat haid

    BalasPadam
  24. Great Article Cloud Computing Projects

    Networking Projects

    Final Year Projects for CSE

    JavaScript Training in Chennai

    JavaScript Training in Chennai

    The Angular Training covers a wide range of topics including Components, Angular Directives, Angular Services, Pipes, security fundamentals, Routing, and Angular programmability. The new Angular TRaining will lay the foundation you need to specialise in Single Page Application developer. Angular Training

    BalasPadam
  25. Now comes the latest wordpres entitled cara menggugurkan kandungan

    BalasPadam
  26. thank you for the information provided, we are waiting for the next info at cara menggugurkan kandungan

    BalasPadam
  27. Gotoassignmenthelp is team of leading professional writers for Assignment Assistance Writing Services to students all around the world. Contact us today for Best University Assignment Help at very affordable price. Under GotoAssignmentHelp we provide many types of help to the students. We are the most reliable assignment helpers. We have gained our specialization after spending most of our times in making ourselves perfect. We providing 100% plagiarism free Assignment Help. At the point when you pick our Do my assignment assistance, our faculty will consider the quality and your evaluation criteria.

    BalasPadam
  28. Die Technologie entwickelt sich schneller denn je und schneller als Sie denken. Diese aufkommende Technologie wird unsere Lebensweise verändern

    BalasPadam

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.