Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu

                      
                   Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu



Assalamualaikum......
Salam 1 Malaysia.............
Salam sejahtera semua..........!!!




Piala Liga super


Piala liga super di bawa ke Kota Bharu,
Untuk diraikan bersama peminat setia,
Malam bersejarah dicatat penuh terharu,
Menjadi kebanggaan warga Kelate di seluruh Malaysia.
                 
Malam kemuncak kejuaran ketika bertemu Perak,
Mengalahkan mereka dengan jaringan enam tanpa balas,
Pemain The Red Warrior memang bijak,
Mengikut setiap arahan jurulatih untuk digalas.
                                                        
                                                                              


Kelantan vs Sarawak
                                                                              

FAM terpaksa akur dengan menerima pemohonan rayuan,
Untuk diserahkan di Stadium Sultan Mohammad ke empat,
Selepas perlawanan antara Sarawak dengan Kelantan, 
Walau apapun keputusan perlawanan dicatat.

Kelate menang dengan bergaya,
Mengalahkan Sarawak dengan tiga berbalas satu,
Menjadikan pasukan Kelate bertambah bermakna,
Dengan penutup kejayaan perlawanan liga.   

Kenangan paling manis berlaku di sini,
Kejuaraan liga menjadi kebanggaan seluruh peminat,
Keraian yang disambut pasti mengembirakan jiwa nurani, 
Untuk didakap,dirangkul,dijulang dan dimasyhurkan dengan hebat.


                                                                        
The Red Warrior Meraikan Kejuaraan Liga Super Malaysia 2012


Trofi kejuaraan dimiliki oleh The Red Warrior,
Memintas The Lions xii di carta teratas,
Pemain Gomo Kelate Gome sungguh terror,
Menjadikan Sarawak pasukan terakhir dicantas.

Ini adalah kejuaraan liga kedua dimiliki,
Merekodkan hatrik dlm perebutan,
Untuk mengekalkan Piala Malaysia pula semakin diyakini,
Sambil mengharapkan ada peningkatan dalam pemburuan.  

Negeri ketiga direkodkan merangkul gelaran liga, 
Buat kali kedua berturut-turut selepas Selangor dan Kedah,
Pasti tahun depan Kelate akan terus berusaha,
Untuk mempertahankan kejuaraan walaupun terpaksa bersusah payah.

Terima kasih seluruh peminat setia ,
Anda berhak meraikan bersama,
Sebagai warga Kelate yang berjaya,
Ingatlah The Red Worrior mahu gah dipersada antarabangsa pula. 



Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top