Cadangan Dan Kritikan Saya Untuk Menambah Baik Eizil.com

 Assalamulaikum.......
Salam 1 Malaysia..........
Salam Sejahtera...........semua.......!!!




                                      

         Pasti semua rakan-rakan sudah tahu dan sedia maklum, eizil.com dah memberi tugasan terakhir buat semua yang menyertai. Beliau telah poskan pada 15 Oct 2012 04:43 PM. Diharap agar semua ambil perhatian terhadap tugasan terakhir ini, supaya penyertaan anda tidak dibatalkan, kerana ia mengambilkira penyertaan tugasan terdahulu iaitu tugasan pertama dan tugasan kedua.


      Sebelum itu, jangan lupa syarat-syarat yang perlu diambil perhatian :

       

  • Sediakan satu entri dengan topik berkisar, cadangan dan kritikan saya untuk menambah baik Eizil.com dan pilih satu entri terbaik yang anda temui dalam eizil.com (ada 888 artikel setakat ni dalam eizil.com)
  • Kemudian, dalam entri berlainan – Produk atau perkhidmatan (percuma atau berbayar) yang anda inginkan daripada Eizil Network





 
                                                        

                                    
                                   Cadangan Yang Mengujakan


Cadangan yang diberi mestilah bernas,
Untuk menambah baik eizil.com di sini,
Apa yang penting mestilah ikhlas,
Lakukan yang terbaik untuk diberi.


Mulakan dengan pelbagai perkara,
Apa yang difikirkan sudah pasti,
Agar mendapat tempat di hatinya,
Demi untuk meningkatkan kualiti.

  
Mutu jaminan sesuatu isi,
Harus dibuat dengan teliti,
      Menjadi sebuah blog yang terpuji,
      Dengan ini ramai yang akan mengenali.


Header eizil.com
                                                 
 




            Tuan empunya blog http://www.eizil.com/siapa-saya/ iaitu saudara Eizil, seorang yang mahir dalam:

  •  Programmer sepenuh masa.
  •  Designer separuh masa.
  •  Seorang blogger jemputan denaihati.com.
  •  Trainner ( Web Development ).
  •  Penceramah dalam latihan pembinaan laman web.
  •  Perkhidmatan pembinaan laman web seperti Acootic Design.
  •  Menyediakan perkhidmatan hosting untuk pengguna tempatan dan antarabangsa. 

        Beliau juga berpengetahuan dalam banyak perkara seperti JOOMLA, Ansys, Javascrip + Ajax (JQuery), Wordpress, Pro engineer + CATIA V5 + SOLIDWORKS, Adobe Photoshop, Java, MAMBO + XOOPS, Firework, PHPNUKE, PHP + MySQL, Flash, HTML ( CSS3 + HTML5 ). 
        
        Saya mencadangkan agar eizil.com membuat sesuatu perkara yang lebih menarik untuk semua rakan melihat. Yang ada sekarang terlalu simple. tapi jika rakan-rakan yang lain ingin melihat hasil kerjanya, lihatlah pada denaihati.com. Saudara Eizil buat amat menarik dan tersusun kemas seperti yang beliau buat utk Denaihati.com.

       Adakah kerana berbayar, maka saudara Eizil membuat yang terbaik untuk pelanggan anda?, walhal blog sendiri dilupai untuk menghasilkan header, background, theme, tulisan, warna dan susun atur template. Lakukan pengubah suaian terhadap semua yang saya kemukakan jika eizil rasa patut diubah.


       Diharap agar saudara Eizil ambil perhatian terhadap cadangan saya ini untuk menambahkan lagi aura eizil.com dan eizil network supaya lebih menambah minat pelanggan untuk melawatinya.


Gunakan pengalaman dan kemahiran yang ada untuk memberi yang terbaik untuk semua. Semoga dengan cadangan saya ini memberi impak yang lebih lagi terhadap eizil.com.


                                                           

                                        Kritikan Yang Membina 

 Pandangan mata amat bercelaru,
Jika dilihat tidak menarik,
Pasti kritikan akan diberikan selalu,
Supaya ia lebih memberi impak yang terbaik.


Kritikan membina amatlah penting dikaji,
Untuk menambahkan lagi seri,
Dengan penambah baikkan diberi,
Sudah pasti lebih tersusun jika diperhalusi. 


Bila saja ada kritikan,
Sudah pasti diberi perhatian dengan teliti,
Kerana tanpa kritikan yang diterima penambahbaikan,
Kecacatan yang ada tidak dapat diperbaiki. 


                                                     
            


           Setiap orang ada pandangan masing-masing. Perbezaan pendapat tidak bererti bukannya kita tidak boleh mengkritik sesiapa, tetapi dengan cara yang lebih sopan supaya tidak menguris hati dan perasaan orang yang kita kritik. Itulah yang sebaik-baiknya. 


      Walau apa pun ini semua adalah kririkan peribadi saya terhadap saudara. Walhal saya sendiri pun bukannya pandai dan bijak serta berkemahiran dalam blogger. Saya masih baru di arena blogger, tapi demi untuk memantapkan lagi blog saudara terpaksalah saya luahkan segala kritikan demi kebaikan bersama.


      Sebelum apa-apa kritikan dibuat, terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada yang guris hati dan perasaan saudara Eizil. Maklum sajalah kadang-kadang kritikan ini akan terasa pedasnya.


                                                    


                Diantara kritikan saya huraikan di bawah ini adalah :

  • Tidak mengunakan segala pengalaman yang ada untuk memberi dan menampakkan blog saudara nampak lebih menarik dan berseri lagi.
  • Tidak menggunakan pengetahuan yang dimiliki untuk mengkayakan sesuatu isu semasa untuk dikupas, selalu saja terlewat dalam mempublish entri dalam sesuatu isu seperti jadual peperiksaan, keputusan semasa sesuatu kejohanan atau sesuatu peperiksaan dsb.
  • Tidak menggunakan kemahiran yang diperolehi ketika belajar dahulu untuk memperindahkan dam memeriahkan lagi arena blogger seperti programmer tentang photoshop, firework, flash dan lain-lain.  
  • Di blognya tidak banyak tutorial tentang gadget terkini, kalau adapun tidak banyak dan terlewat dipublish seperti gadget terkini, apa fungsinya, apa kelebihannya atau patut ke kita membeli atau miliki dsb?
  • Tidak banyak memberi seperti tidak memberi insiatif terhadap pelawat yang mengunjungi, cuma setelah lama berblogger, barulah sekarang mula membuat contest, giveaways, komen terbanyak dan entri terbaik dalam penulisan. Kalau boleh diadakan juga kritik paling bernilai. Tahniahlah dah mula mengikuti jejak Denaihati. Asyik-asyik Denaihati, tiada blogger lain ke?
  • Lambat atau lewat membalas komen, kritikan , jawapan soalan yang dikemukakan. Mungkin ini sedang dalam perhatian, maklum sajalah kerja sendiri ditambah pula tidak ada pekerja bawahan (staff). Nak jimat atau ada kekangan lain yang mungkin tidak dapat dihuraikan di mana-mana entri demi untuk menjaga status.  
  • Walaupun di luar sana banyak entri tentang SEO, Google PR, Alexa PageRank, nak meningkatkan atau supaya blog kita dikenali, tapi masih kurang di blog sudara Eizil. Mungkin juga semua ni diberi peluang kepada blogger lain untuk membuatnya/dihuraikannya. 
  • Kurang memberi perhatian terhadap pengguna blogspot untuk mereka belajar atau mencari artikel saudara Eizil untuk dibuat rujukan atau mendapatkan tip-tip dan info-info yang boleh dipelajari.

     Inilah diantara kritikan yang saya dapat paparkan di sini demi untuk mencukupkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh saudara Eizil, jika mahu supaya penyertaan kita tidak terbatal.


     Demi untuk memenuhi segala apa yang telah ditetapkan saya dengan berbesar hati memilih entri yang saya rasakan dan fikirkan antara yang terbaik yang eizil.com hasilkan di dalam kesemua 888 artikel yang telah beliau publishkan pada bulan August 2012 iaitu "Sejauh Mana Keikhlasan Kita Berkongsi Ilmu?"  Hinggakan saya begitu teruja memberi komen dalam bentuk pantun.



                                                    
                                                                                 
 

Kupasan dan huraian terhadap "Sejauh Mana Keikhlasan Kita Berkongsi Ilmu".

            
    Bukan mudah untuk berkongsi segala ilmu yang kita ada jika tanpa keikhlasan. "Hidupkan Untuk Memberi" daripada denaihati.com banyak telah memberi kesedaran pada saya, Eizil serta rakan-rakan blogger yang lain.


   Kadang-kadang terlalu teruja dengan entri yang kita dapat dengan kehendak kita serta penting untuk kita lakukan setiap jejak langkah yang memberi kita sesuatu yang bernilai untuk kita ikuti. Sampaikan kita rela copy artikel tersebut walaupun tanpa pengetahuan empunya artikel terbabit.


       Usah takut untuk berkongsi segala ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan membantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan dan kegemilangan.


   Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita dan juga orang lain.


      Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak akan habis! Lagi banyak kita berikan dan dedahkan, lebih banyak idea-idea baru yang kita akan dapat dan lebih banyak kejayaan yang akan kita capai dan kecapi.


      # Kongsi Ilmu Anda Dan Anda Akan Mendapatkan Segala Keilmuan.



    Jangan Takut Untuk Menulis Entri yang Panjang – Selagi Ia Bermanfaat  Ambil kata-kata saudara Eizil yang terbaru telah beliau publish dalam tajuk "Peraturan Lama Blogging Yang Akan Membunuh Pembaca- Bahagian 1"           

     Semoga saudara Eizil dapat menilai segala cadangan dan kritikan yang saya luahkan di sini dengan hati yang tulus ikhlas serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada silap dan salah dan terasa hati diharap agar saudara Eizil maafkan. Memohon maaf adalah sesuatu amalan yang terpuji dan patut diamalkan. 

    Ambil masa begitu banyak sekali untuk menghasilkan sebuah entri ini untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan dan juga Eizil.com amnya. 


   Cepatlah wahai teman, lakukan dan buatlah tugasan yang terakhir ini dengan sebaik-baiknya, kerana tarikh tutup ini masih panjang lagi mungkin memerlukan masa untuk menghasilkannya. Jangan lupa tarikh tutupnya pada 11.11.2012 jam 11.59 pm.
 

      Sekian dahulu buat kali ini untuk tugasan terakhir saya , semoga berjumpa lagi di lain contest Eizil.com jika ada.


Sekain Terima kasih.


Wassalam.......


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Cadangan Dan Kritikan Saya Untuk Menambah Baik Eizil.com"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top