Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com

Assalamualaikum.......
Salam 1 Malaysia............
Salam Sejahtera.........semua.....!!!

 



             Cadangan dan kritikan dah dipublishkan buat Eizil.com, sekarang ini kita akan diminta membuat satu lagi entri yang terakhir dalam tajuk "Produk Atau Perkhidmatan (percuma atau berbayar) Yang Anda Inginkan Daripada Eizil Network.


      Ramai diantara kita yang menggunakan produk@perkhidmatan secara percuma atau berbayar. Ada yang kata "Percuma Selalunya Tidak Sempurna" sementara "Berbayar Adalah berbaloi Dengan Apa Yang Kita Bayar". Tepuk dada tanya selera, masing-masing ada peranannya. 


Produk Dan Perkhidmatan

Perkhidmatan ditawarkan banyak perkara,
Perlu dipilih untuk cuba belajar, 
Produk percuma banyak kelebihannya,
Memberi kemudahan tanpa berbayar.


Kelebihan yang ada perlu disanggah,
Jangan dibiarkan tanpa digunakan,
Memberi satu perkhidmatan secara berhemah,
Patut digunakan sebaik mungkin.


Produk dicari sebagai sampingan,
Menambahkan lagi kelebihan yang ada,
Perkhidmatan diberi cukup berkesan,
Sebagai memenuhi segala kriteria.


Percuma atau berbayar ada kelebihannya,
Produk yang ada perlu dibayar,
Perkhidmatan diberi secara percuma,
Pelengkap kepada kemudahan secara daftar.   



      Berbalik kepada tajuk utama yang ingin dihuraikan seperti yang digariskan oleh saudara Eizil. Semua orang telah tahu tentang wordpress. Ia adalah hosting dan domain berbayar yang perlu dibayar selama setahun,jika mahu menggunakannya. Adakah ia berbaloi untuk dilanggani? 

                                                                                                                                                
   

       Apa yang dapat disimpulkan di sini, banyak dah rakan-rakan yang telah menggunakan hosting wordpress. Katanya ia dapat memberikan kita sesuatu yang lain daripada yang lain. Ia dapat meningkatkan segala sesuatu tentang blog kita, mesra pengguna, mudah dan senang dikendalikan dan bermacam lagi kemudahan disediakan.


    Bagaimana pula tentang produk@perkhidmatan yang percuma seperti blogspot. Adakah ia selalunya tidak sempurna? Tapi kenapa begitu ramai yang menggunakannya.

      Saya berbesar hati sekiranya saudara Eizil dapat memberi perkhidmatan percuma seperti CMS (Content Management System). Ia dapat memberi satu bentuk sistem pengurusan yang berfungsi secara dinamik menerusi bantuan daripada hos pelayan yang dinamakan "Sistem Pengurusan Kandungan". Banyak faedahnya bila dapat perkhidmatan seperti ini. Ia memberi satu kepuasan yang maksimun terhadap diri ini.


      Satu sistem pengurusan kandungan yang menyokong corak kerja seperti penghasilan, pengurusan, penyebaran, penerbitan dan penjelajahan maklumat-maklumat  dalam sistem tersebut. Ianya meliputi keseluruhan pusingan satu-satu halaman dalam laman web, bermula dari penyediaan alatan mudah untuk penghasilan satu kandungan sehingga penerbitan kandungan tersebut dan akhirnya mencapai kembali sekiranya sudah diarkibkan.


       Ia berupaya mengendalikan dan menguruskan struktur keseluruhan laman web sama ada dalam bentuk paparan laman web itu sendiri sehinggalah dalam bentuk navigasi itu bagi memandu pengguna melayarinya. 

                                                                                  

      Banyak kelebihan bilamana perkhidmatan CMS ini digunakan seperti :

  • Mengurangkan kos penyelenggaraan satu-satunya laman web. 
  • Mengurankan duplikasi maklumat dan infomasi.  
  • Meningkatkan keupayaan navigasi laman. 
  • Meningkatkan tahap fleksibel.
  • Meningkatkan tahap keselamatan laman.
  • Memberi kapasiti yang lebih untuk berkembang.
  • Memberi ia lebih konsisten.
  • Memberi kitaran yang lebih pantas dalam proses kemas kini untuk halaman sedia ada dan halaman yang baru.
  • Mengukuhkan proses penulisan kandungan.
  • Menyokong banyak penulis/pengurusan. 

      Kesimpulannya sistem pengurusan kandungan CMS (Content Management System)  adalah satu perkara relatif dan sudah sebati dalam dunia pembangunan laman web sekarang. Walaupun ianya masih belum diterima pakai dan digunakan oleh semua pengguna, tetapi perubahan secara dramatik dari segi kesenangan menguruskan satu-satu laman web telah berjaya ditonjolkan dengan sempurna.


           Semoga apa yang diingini oleh saya menjadi kenyataan. Siapa yang tidak mahu perkara/sesuatu yang percuma? Tidak memerlukan wang untuk membayar perkhidmatan yang diperolehi.


       Sekian dahulu tugasan terakhir saya untuk eizil.com dalam tajuk "Produk Atau Perkhidmatan (berbayar atau percuma) Yang Diingini Daripada eizil.com". semoga ia dapat memberikan keputusan yang positif terhadap apa yang diingini.

   
       Harap maaf.......jika ada silap dan salah , terlanjur tutur kata petikan di dalam artikel ini. Maklum sajalah, kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada membuat kesalahan tanpa disedari.


       Yang baik datangnya daripada Allah Taala, sementara yang buruk adalah kelemahan kita sendiri. 


 Sekian, terima kasih.

Bersua lagi dilain contest eizil.com jika ada lagi di masa hadapan.

Wassalam.....


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top