Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang Ke 43 Buat Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V.

Assalamualaikum......
Salam 1 Malaysia.........
Salam Sejahtera...semua..........

Daulat Tuanku, Sembah Patih Harap DiAmpun.......


Sembah Tahniah Kehadapan "KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE V", ISLAM DIMAKTABAT, RAJA DIDAULAT, NEGERI BERKAT.

 
          DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU......
Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V

  Sultan Muhammad Ke V Berjiwa Rakyat  

Daulat Tuanku Dirgahayu Tuanku,
Sultan yang sentiada di kalbu,
Memerintah dengan penuh syahdu,
Memakmurkan negeri dengan penuh restu.
 
Sultan Kelantan berjiwa rakyat, 
Negeri kelantan jajahan naungannya,
Sentiasa menjaga kebajikan rakyat,
Selalu mendampingi rakyat negerinya.

Sultan Kelantan sentiasa di jiwa,
Ramah dan mesranya mencuit perasaan,
Apa acara sekalipun sering bersama,
Untuk bersama walau panas dan hujan.

Sultan Kelantan berhati mulia,
Turun padang menemui rakyat sekalian,
Acara sembelih korban sering dihadirinya,
Daging diagih pada yang miskin.

Sultan Kelantan berjiwa besar,
Menyokong pasukan bolasepak secara dekat,
Peminat nombor satu TRW yang tegar,
Sokongan sepenuh hati tanda minat. 

Sempena dengan Hari keputeraan baginda ke 43 dengan jelas,
Ambo dengan rasa penuh kesyukuran Pada Nya,
Menyembah tahniah yang tulus ikhlas,
Semoga baginda sentiasa dilindungi Allah Taala selamanya.   



      Lahirnya di bumi Allah Taala di negeri Kelantan dijajahan Kota Bharu, pada 6 Oktober 1969, dibesarkan dan disekolahkan di Sek Keb Sultan Ismail (1) Maktab Sultan Ismail dan melanjutkan pelajaran di England dlm kursus yg disertainya dan diminati baginda.

  
    Ditabalkan menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, menjadi pemangku Sultan Kelantan pada 24 Mei 2009 dan ditabalkan menjadi Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dan dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertuan Agong yang ke 14 pada 11 April 2012.
           

       Pada hari ini tanggal 11 september 2012, hati penuh bersejarah, tuanku dengan penuh rasa bangga, gembira dan kesyukuran di atas hari keputeraan baginda yang amat bermakna buat sekalian rakyat jelata di negeri Kelantan di bawah tanah naungannya. 


       Sembah Tahniah dari ambo buat Tuanku dengan tema  "Islam DiMaktabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat".


Sekian, terima kasih. Bersua lagi dilain entri........Bye..bye....!!!

Wassalam..........

  
  
 
  
                                                      
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang Ke 43 Buat Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top