Segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru

Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia.......
Salam sejahtera.....semua....!!!

Segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru 
Dikarang pada 21 Disember 2012, Rabu, jam 6.30 am  

Rakan-rakan boleh sertai jika berkesempatan untuk memeriahkan lagi contest ini
           
           Semenjak tibanya bulan Disember 2012 ni, banyak yang menganjurkan Contest dan Giveaways. Tidak terkecuali blog hasrulhassan.com, hinggakan ada yang tidak sempat nak join. Namun demi erti sebuah persahabatan dan perkenalan yang dengan rasa teruja teringin nak join jugak. Sekadar ingin menambah peserta serta kemeriahan contest ini. Menang atau kalah bukan ukurannya.

            Jika dilihat pada syarat-syaratnya amatlah mudah. Sesuai sangat untuk saya yang baru ni. Follower pun tak banyak, rakan-rakan pun belum banyak lagi, "siapalah nak pandang blog picisan ni", inilah sebab utama saya mahu join.

                Walaupun sebelum ini dah add di FB, follow di twitter dan google +, namun belum mengenali antara satu sama lain lagi. Begitu jua dengan rakan-rakan peserta yang lain. Eh...panjang pula mukadimahnya, isinya mana, ikulah syarat-syaratnya pasti diterima penyertaan.

Inilah syarat-syaratnya amat mudah je :

 Setiap contest atau segmen mestilah mempunyai syarat. Jadi, apakah syarat-syaratnya?
  • Blog Followernya yang kurang daripada 1000 Follower.
  • Blog yang kurang 500 rakan blogger Google+.
  • Buat satu entri bertajukkan - Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru.
  • Letak bagde yang disediakan di dalam entri tersebut.
  • Nyatakan 3 blog pilihan anda untuk menjadi blog popular 2012 dan nyatakan sebabnya. Jika boleh, printscreen blog tersebut dan berikan link ke blog yang dinyatakan.
  • Entri mestilah ringkas dan padat.
  • Tinggalkan url entri anda tersebut di ruangan komen (setiap komen akan ditapis).
  • Satu penyenaraian akan dibuat untuk blog-blog baru yang ambil bahagian dalam segmen ini, dan hadiah tunai RM50 akan diberikan kepada entri paling menarik perhatian, selain beroleh peluang untuk berada di dalam bloglist.
  • Jika sudi, G+ untuk entri iPhone 5 Gadget Impian yang ada disediakan di kotak atas komen di bawah ini.
  • Tutup: 13 16 22 Disember 2012 jam 5 Petang.

Sumber Asal: Segmen | Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru http://www.hasrulhassan.com/2012/12/segmen-blog-popular-2012-pilihan.html#ixzz2Fgxp7xYd
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook


Senarai 3 blog Pilihan Hati   

1.denaihati.com 



       Sebuah blog yang sememangnya terkenal di Malaysia. "Hidupkan Untuk Memberi",  Rakan setia beliau berjumlah 76,459 orang. Berstatus PR 4, Global Rank ke 20,709 dan Malaysia Rank ke 115  di Alexa Rank.  Sering membuat contest secara besar-besaran. Sekarang ni pula sedang hangat dengan contest "iphone 5 Gadget Impian" anjurannya. Bila kita menyertai contest beliau, trafik blog kita turut naik, rakan baru pun mula ramai, blog kita makin dikenali dan dapat berkongsi maklumat. 

           Sentiasa membuat aktiviti pengembara ke luar negara dengan membantu orang-orang yang memerlukan. Beliau menfokuskan terhadap mangsa bencana alam, anak-anak yatim serta yang tertindas. Tidak kiralah di luar atau dalam negara.

           Semua entri yang dihasilkan oleh beliau banyak memberi info. maklumat, pesanan dan teguran yang membina. Sering membalas komen kita bila saja kita jejaki blog beliau. Ia menjadi ikon sesiapa yang melawati blog beliau. Tidak sah kalau satu hari tak jejaki blog beliau.





2. amanz.my 



        amanz.my satu nama yang besar dalam memberi maklumat, info-info serta teknologi terkini di luar dan dalam negara. Ada saja maklumat yang disampaikan oleh beliau untuk dibaca atau diambil pengetahuan tentang gadge terkini dan apa saja maklumat  yang beliau sampaikan kepada pengguna dan rakan-rakan sampai kepada pengguna.


     Amanz Network memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih memfokuskan dunia IT, dimana beliau membangunkan dan menerbitkan artikel mengenai perkembangan dunia IT dalam dan luar negara, selain itu pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gajet semasa.  


              Beliau juga pada masa yang sama menghasilkan tutorial dalam menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya, dalam usaha untuk mendidik para pengguna tempatan dalam mendapatkan dan mengetahui pelbagai info dan tips semasa serta terkini.


              Sangat sesuai untuk diterjah atau dilawati, banyak maklumat yang dapat dan diperlukan di blog beliau. Pasti ada saja maklumat diperlukan di sana, anda tidak rugi bila melayari blog beliau. Segala maklumat bersangkutan teknologi terkini boleh didapati bila-bila masa diperlukan.


3.OMG! Hackers.com 




            omghackers.com dibangunkan oleh  Arya Putra. Blog ini bergiat aktif pada tahun 2011. mula-mula ditubuhkan dulu dikenali sebagai "MyHackersAreHere".  

         Tujuan utama blog ini ditubuhkan untuk dijadikan puasat pendidikan dunia IT (Education Purposes), mengenai dunia komputer dan pelbagai maklumat tentang gadget terkini dan info-info terkini dunia IT dalam negara dan antarabangsa.

             Blog ini juga sentiasa berkongsi maklumat juga dunia pengodom, tatacara kerjaya, kod etika dalam dunia IT dan dunia maya. Segala maklumat diberikan senang dan mudah difahami. 

            Hanya ini saja yang dapat dipaparkan untuk kali ini, Lain orang lain pilihannya. Hanya yang berkenan di hati saja yang dipilih. Buat apa dengan blog yang PR nya tinggi tapi susah difahami, sukar diambil pembelajaran dan payah pula bila mereka membalas komen kita ( maaf kasar sikit ).

        Jika ada kesempatan lagi bolehlah mana-mana rakan nak sertai. Walaupun ruangan masa semakin suntuh sempat juga saya sertai.

 Sekian, terima kasih.
Bersua lagi dilain entri atau contest atau giveaways.

Wassalam....bye..bye....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top