Kecundang Ke Lembah Kemusnahan - All England Badminton Open Championship

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia.............
Salam sejahtera........... semua.....!!!





Bergu Utama Badminton Malaysia-Koo Kien Keat & Tan Boon Heong 

            Bergu utama negara atau lebih dikenali bergu emas, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong kecundang di pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England (All England Badminton Open Championship), semalam.

             Bermain sebagai pilihan kedua dalam kejohanan ini, bergu nombor dua dunia itu masih belum mampu menewaskan gandingan mantap Thailand iaitu Maneepong Jongjit-Napitphon Puangpuapech, apabila tumbang dengan mata 17-21, 18-21 dalam tempoh 34 minit sama ketika beraksi tahun lepas dengan skrip yang sama tewas pada pusingan kedua.

Pasangan Badminton Thailand
             Mengikut rangking Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, mereka tiada masalah menewaskan bergu Thailand  Maneepong Jongjit-Napitphon Puangpuapech yang merupakan gandingan baru saja dipasangankan. 

            Pada set pertama, gandingan Thailand lebih banyak menguasai gelanggang, hinggakan pasangan negara tidak bermaya menahan asakan mereka. Mereka kalah dengan mata 17-21.

            Ketika set kedua, pasangan bergu negara mendahului 15-9, namun kelebihan itu tidak digunakan sepenuhnya untuk ke set ketiga walaupun dibimbing oleh jurulatih baru daripada Indonesia iaitu Paulus Firman. Dengan mudahnya  gandingan mantap Thailand mendominasikan perlawanan sehingga dapat memintasnya.

            Walaupun dah bertukar jurulatih, namun mereka masih ditakuk lama. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu segera mengambil tindakan yang tegas terhadap prestasi yoyo mereka, seakan mereka tidak mempelajari kesilapan di sepanjang tahun 2012 yang lepas. 

           Mereka hanya dapat menewaskan pasangan daripada England Adcock Chris-Ellis Andrew kelmarin, namun tidak berupaya menewaskan pasangan Thailand di pusingan kedua dengan mata 21-19, 24-22.

          Maka kecundanglah ke lembah kemusnahan mereka buat waktu ini, mungkin ini adalah penyertai mereka yang terakhir, pasti ada tindakan susulan akan dikenakan terhadap mereka.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kecundang Ke Lembah Kemusnahan - All England Badminton Open Championship"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top