Header Ads

Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013

Salam sejahtera......

SEO contest, usahawan kecil, usahawan berjaya, peniaga, pengusaha, produk, barangan jualan, tip-tip usahawan kecil
SEO Contest Usahawan Kecil

        Di mana-mana saja orang ramai sering membicarakan tentang "Usahawan Kecil". Kenapa ya? Pasti ada sesuatu yang istimewa pada keyword tersebut. Di awal tahun 2013 ini, contest besar SEO tidak banyak yang dianjurkan oleh kebanyakkan blogger. Sekarang ini pun ramai yang masih tercari-cari dan menanti SEO CONTEST untuk disertai. Dengan adanya "Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013" pasti akan mendapat penyertaan yang ramai kerana keyword "Usahawan Kecil" sangat sinonim dalam sesuatu pekerjaan atau kerjaya seseorang. 

SEO, keyword, contest, usahawan kecil, usahawan berjaya, tip-tip usahawan, kerjaya, peniaga, pengusaha, kilang, kedai, pasar raya, strategi.
Usahawan Kecil Berjaya

      Jika sesiapa mahu turut sertai bolehlah dimulakan daripada sekarang, kerana peraduan/contest ini telah bermula pada 1 Feb 2013 dan akan tamat pada 31 March 2013 jam 11.59 pm. Boleh layari di http://www.usahawankecil.com/journal/peraduan-keyword-contest-usahawan-kecil-1-2013/. Entri kita mestilah berada di SERP teratas di google.com.my. Kena ditargetkan keyword "Usahawan Kecil" dan "Tip-Tip Usahawan".


Barangan Yang Sering Diusahakan Oleh Usahawan Kecil

Apa Itu Usahawan Kecil

         Usahawan kecil adalah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan seperti  peniaga, pengusaha, pekedai yakni kerja secara kecil-kecilan sebagai kerjaya mereka dengan melakukan kegiatan dan kemahiran masing-masing. Mereka ini bersaing untuk berebut segala peluang bagi menampung perbelanjaan harian untuk diri dan keluarga.


Jenis-Jenis Produk Usahawan Kecil
            Usahawan kecil ini akan membuat, menghasilkan, mengeluarkan atau memproses sesuatu barangan atau produk untuk dipasarkan secara kecil-kecilan di pasaran tempatan. Kebanyakan usahawan kecil ini diistilahkan sebagai "Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)". 

Usahawan Kecil Berjaya
Tip-Tip Untuk Usahawan Berjaya 

             Untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya, kena ada matlamat dan strategi yang betul. Kalau tidak segala perancangan dan wawasan yang ditargetkan akan gagal. Oleh itu kita kena berusaha bersungguh-sungguh mengapai impian sebagai "Usahawan Kecil Berjaya"



Ikuti 12 langkah dengan tip-tip yang berkesan:

1- Tetapkan jenis perniagaan apa yang ingin diusahakan? Perniagaan yang memberi pulangan yang besar dan menjadi kegemaran pengguna masa kini. Barulah segala keinginan itu boleh direalisasikan. Buat secara kecil-kecilan dahulu sementara yang besar untuk akan datang.

2- Janakan pemikiran yang positif apakah matlamat sebenar untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya? Biar ada wawasan yang ingin digapai dan dicapai.

3- Jangan mudah berputus asa kerana ia akan membantutkan perjalanan untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya.

4- Rela bersaing dan sanggup menghadapi setiap rintangan dan halangan semasa melakukannya. Agar ketabahan diri ini sebagai senjata untuk menangkis setiap pancaroba ke arah menjadikan usahawan kecil yang berjaya.

5- Gunakan strategi pemasaran yang betul bukan hanya tertumpu kepada satu-satu cara sahaja. Contohnya boleh memasarkan produk kita di kedai-kedai, pasar raya, gedung-gedung perniagaan, pasar-pasar besar dan yang lebih terkini adalah perniagaan secara online. Pemborong dan pembekal untuk sedia berkhidmat bila-bila masa diperlukan sebagai pendokong kearah menjadikan usahawan kecil.

5- Gunakan kreativiti yang ada untuk mempelbagaikan produk untuk menarik perhatian pembeli atau pengguna.

6- Berani menghadapi setiap risiko yang akan muncul ketika perniagaan mula menunjukkan semakin meningkat maju. 

7- Mesra pelanggan dan pengguna kerana kuasa membeli ada pada tangan mereka. Mereka boleh memboikot barangan kita bila-bila masa sahaja bila perlu.

8- Mengkaji dan menganalisa terhadap barangan yang ingin dipasarkan supaya sentiasa diperbaharui dari segi kualiti, citarasa, penjenamaan dan pengelabelan, pembungkusan dan sebaginya.

9-  Menyediakan modal pusingan dan perkhidmatan sebagai persedian jika berlaku ketidak tentuan di pasaran , kecemasan dan baikpulih peralatan yang diperlukan.  Jika perkara ini diabaikan, sudah pasti akan merencatkan segala perancangan. Namun karajaan telah menyediakan dana untuk membantu usahawan yang bermasalah dari segi kewangan.

10- Sanggup bekerja keras menghadapi beban kerja yang besar, berat, membosankan dan tidak mudah puas apa yang diusahakan.

11- Sentiasa menghadiri seminar di mana-mana forum keusahawaan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam melaksanakan perusahaan yang kian berdaya maju.

12- Berkongsi pendapat dan idea sesama pengusaha supaya ianya sentiasa menjana sesuatu perubahan iklim ekonomi yang mampan agar sentiasa bergerak ke hadapan.

             Usahawan kecil banyak memberi impak yang besar dalam negara, ia menaikkan indek kualiti hidup dan indek harga penguna untuk Malaysia. Ini akan merancakkan ekonomi  dan menaikkan gred pertumbuhan ekonomi negara kita. 

               Untuk menyertai bolehlah layari di sini. Ianya akan  berakhir pada 31 March 2013. Jangan lepaskan peluang ini jika anda semua mahukan  hadiah yang menarik.

Entri berkaitan : 



Tiada ulasan

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.