Selamat Ulangtahun Genabnya 2 Tahun Berblog

Assalmualaikum......
Salam sejahtera.............

sensasi2020 - Header Blog Pertama
           Sekarang  ini  boleh  ditakrif  bahawa semakin  ramai  yang  dah ada blog masing-masing. Tidak ketinggalan juga empunya diri. Hasrat memiliki blog yang diberi nama sensasi2020 tercapai jua. Ia ditubuhkan pada 1 March 2011 yang lalu. Maka pada bulan March sekarang ini genaplah 2 tahun sensasi2020 ini berkelana di alam maya.

           Sepanjang tempoh kehidupan sensasi2020, banyak yang telah ditempuhi. Semakin hari semakin bertambah segala ilmu blogger di dada. Semua ini tidak akan kekal , jika tidak dengan usaha berterusan. Bantuan daripada rakan-rakan memberi sedikit sebanyak pengetahuan terhadap dunia blogger. Terima kasih rakan-rakan taulan semua. Tanpa anda semua "Siapalah Diri Ini".

           Walaupun blog ini dah genab 2 tahun, namun saya masih belum mahir tentang selok-belok tentang blogger. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Banyak juga keyword yang hebat seperti blogger terbaik, SEO, SERP, Page Rank, Bounce rate, Trafik Rank dan banyak lagi.

sensasi2020 - Header Terkini
            Dalam keadaan yang semakin bertambah usia blog sensasi2020, namun keadaannya tidak berubah, walaupun segala template, header, widget dah diubah sekali-sekala. Namun ianya sekadar mendatar dari segi trafik, backlink, page rank dan lain-lain lagi. Tapi bagaimana caranya untuk cuba yang terbaik supaya menjadi ia lebih menyerlah. Tanpa tak sengaja saya mulalah blogwalking hari ini di blog hasrulhassan dan memberi komen serta menanya sesuatu tentang blog sensasi2020 ini. Lihat di bawah ini :

Balasan komen daripada M'Rie R'Nie di blog hasrulhassan.com

           Ini sudah pasti dapat memberikan sedikit gambaran tentang bagaimana nak upgrade  blog sensasi2020. Saya sebagai pemilik sah sensas2020 sudah pasti akan cuba memperbaiki apa saja, asalkan dapat menambah lagi aura blog ini dan akan lebih dikenali ramai lagi. Bukan senang nak supaya blog kita mendapat pergi jauh lagi?

            Tekad sepenuh hati yang jitu yang dapat memberi sesuatu yang bermakna terhadap blog sensasi2020 selama ia bersosial di alam maya. Hanya bantuan sokongan, doa dan restu daripada anda semua menjadi iltizam buat saya. Terima kasih tidak terhingga buat semua sang blogger.

            Semoga blog rakan-rakan semua juga berjaya dan maju ke hadapan. Lakukanlah apa saya yang difikirkan elok dan baik untuk kita, daripada copy dan paste entri mereka tanpa ada sumbernya, atau dalam kata lain minta izin nak copy untuk rujukan kita sahaja.

                Ingatan tulus ikhlas 
daripada sensasi2020 untuk semua.............!!!!
  
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Selamat Ulangtahun Genabnya 2 Tahun Berblog"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top