Kontes Panduan Blogger By HasrulHassan.com (Promos)

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera.........
Salam 1 Malaysia........semua!

kontes, contest, panduan, blogger, anjuran, hasrulhassan, top, terbaik, hadiah, menarik.

Kontes Panduan Blogger


              Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya datang juga iaitu pertandingan  "Kontes Panduan Blogger Anjuran hasrulhassan.com (Promosi)". Jom kita sertai kontes ini ramai-ramai, mengajak atau mempelawa rakan-rakan untuk turut menyertainya. "Pasti anda tidak rugi, walaupun hanya sekadar ingin mencuba. Tuah manusia tiada siapa yang tahu. Mungkin rezeki anda di kontest ini. Bertindaklah dari sekarang sebelum terlambat". Jika berminat bolehlah layari di sini.

          Ia akan menguji minda setiap blogger yang menyertainya. Ini sudah pasti akan memberi satu cabaran yang mana perlu mencari jawapan yang betul dan tepat di setiap soalan yang diberikan. Semua jawapan ada di dalam blog panduan blogger, cuma kita perlu mencarinya.

             Kontest ini bermula pada 15 April 2013 - 30 April 2013 (15 hari). Ada hadiah menarik yang ditawarkan seperti berikut :
  • 1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
            Ada satu hadiah penghargaan di atas kreativiti dan mesranya entri kita ini di carian enjin google.com.my 

             Hadiah penghargaan ini akan diberikan kepada mana-mana blogger yang buat promosi menerusi entri blog masing-masing mengenai kontes ini. Ianya akan dinilai berdasarkan kedudukan di enjin carian Google dan olahan bahasa serta kreativiti yang digunakan. Entri ini perlu dipromosikan dengan berpandukan keyword "Kontes Panduan Blogger"    

       Inilah cabaran sebenar "Kontes Panduan Blogger" yang perlu ditempuhi, nampak mudah saja. Namun jawapan perlu dibuat entri khas di dalam blog kita. Kita perlu selongkar entri-entri beliau untuk mencari jawapannya. Sepanjang menyertai pelbagai kontes, belum pernah lagi berjumpa dengan kontes yang menguji kebolehan kita sebagai seorang blogger yang hebat. Untuk merasai suasananya anda bolehlah turut sama menyertainya.

        Segala peraturan dan syarat-syaratnya telah ditetapkan oleh tuan punya blog ini. Ikuti syarat-syaratnya :


Syarat-syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang

  • Blogger warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Daftar sebagai peserta kontes dengan mengisi borang berikut - http://goo.gl/I1rlD
  • Jawab 3 soalan dengan betul dan tepat - jawapan boleh diperolehi dalam blog Panduan Blogger
  • Setiap jawapan perlu dijawab menerusi satu entri khas di dalam blog anda.
  • Anda bukan penaja kontes ini.


Syarat-syarat Pilihan (optional)

  • LIKE fanpage blog ini di SINI.
  • Buat satu entri khas untuk promosikan Kontes ini.


Cara Nak Jawab Soalan Kontes

  • Terdapat 3 soalan mengenai blog yang perlu dijawab oleh peserta kontes. Soalan-soalan tersebut akan diterbitkan terlebih dahulu di fanpage blog ini sebelum diterbitkan menerusi satu entri khas Panduan Blogger beberapa hari sebelum tempoh tamat kontes. 
  • Jawapan kepada setiap soalan adalah subjektif tetapi berkaitan dengan isi kandungan di dalam blog ini. Anda digalakkan menggunakan fungsi kotak carian yang disediakan dalam blog bagi memastikan jawapan anda benar-benar layak untuk menang.
  • Jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan perlulah dijawab menggunakan sebuah entri khas yang perlu anda terbitkan.
  • Jawapan perlu dihantar hanya setelah ketiga-tiga soalan telah diterbitkan di fanpage blog DAN di blog ini. Anda perlu menyertakan link atau pautan jawapan tersebut di kotak komen entri khusus untuk penghantaran jawapan yang akan diterbitkan kelak.
  • Setiap entri jawapan perlu menyertakan link-link penaja yang disediakan di bawah - salin kod HTML yang diberikan dan dimasukkan ke dalam entri jawapan anda.

Pemberian Hadiah

         Hadiah-hadiah berupa t-shirt dan cenderamata akan diuruskan oleh pihak penaja, manakala hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank terpilih. Pihak HH tidak bertanggungjawab seandainya hadiah yang ditawarkan tidak diterima oleh para pemenang.


Tujuan

          Kontes ini dianjurkan adalah sebagai salah satu proses pendidikan untuk blogger. Ia bertujuan untuk menambah dan memantapkan ilmu blogging setiap peserta, bagi memastikan bahawa blogger Malaysia adalah blogger yang punyai ilmu.

         Masa kontes 15 hari dan cara penghantaran jawapan soalan adalah untuk mendidik blogger supaya lebih tenang dan sabar. Ia juga untuk bantu blogger agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

           HH ucapkan selamat berjaya kepada semua. Oh ya, HH berhak untuk meminda mana-mana syarat sekiranya perlu tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada peserta. Dan keputusan kontes ini adalah muktamad.


Baca Selengkapnya - Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang! http://www.hasrulhassan.com/2013/04/kontest-panduan-blogger-jawab-3-soalan.html#ixzz2ROyo6J3f
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook


Kontes Panduan Blogger ditaja  OhMedia NetworkEqbalzack.comRahsiaDuitFreeAynoranur.comKhairilMazri.comMKHakimi.comDkna.myBlogfyna.comQueachmad.com,  JeritPekik.my | Anjuran dan Disediakan oleh HasrulHassan.com


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kontes Panduan Blogger By HasrulHassan.com (Promos)"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top