PRU13 - Perang Poster Sudah Bermula

Salam sejahtera....
Salam  1 Malaysia........!!!!


Poster,kempen,ceramah,pilihanraya umum,meriah.
PRU13-FOTO 1
           Pembubaran Parlimen telah berlalu pada 3 April 2013 yang lepas, "Perang Poster Sudah Bermula", kehangatan suasana menjelang PRU13 kali ini semakin terasa. Sana-sini terlihat pelbagai bendera dan poster telah digantung dan diikat di tiang, di pagar, di dinding dan di mana-mana mereka fikirkan sesuai. Jangan pula ada yang mengganggu penglihatan orang yang sedang memandu dan lalu-lintas.

Poster,kempen,ceramah,pilihanraya umum,meriah.
PRU13-FOTO 2
             Di mana-mana di seluruh negara sudah rancak poster ini diletakkan. Deman PRU13 kian terasa, kehangatan suasana di sekeliling kita sudah menampakkan bendera dan poster parti masing-masing. Tidak ketinggalan acara kempen seperti ceramah di malam hari sudah ada diadakan. Ada isu-isu hangat di dalam tajuk kempen mula menampakkan bermulanya ceramah secara besar-besaran di sana-sini. Suasana begini hanya berlaku 5 tahun sekali tidak termasuk pilihanraya kecil.

Poster,kempen,ceramah,pilihanraya umum,meriah.
PRU13-FOTO 3
            Mana-mana parti yang berkempen, janganlah lakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemusnahan atau kerosakkan seperti membakar, membuang dan memijak bendera atau poster parti lawan masing-masing. Kempenlah secara baik dan berhemah. Tunjukkan tauladan yang baik ketika berkempen. Suasana begini sebagai satu pesta dan bukannya satu pesta menghuru-harakan suasana yang sudah harmoni.

Poster,kempen,ceramah,pilihanraya umum,meriah.
PRU13-FOTO 4
           Walaupun siapa yang memerintah negara, negeri, parlimen dan DUN di kawasan masing-masing, dinasihatkan agar tidak merosakkan harta benda awan. Jangan pula mengeji dan menghina pihak yang kalah. Terimalah keputusan PRU13 dengan hati yang terbuka. Hormatilah yang menang dan kalah. Kita boleh berlawan lagi 5 tahun akan datang iaitu PRU14 nanti. 

            Selamat mengundi, keluarlah mengundi awal, mengundilah dengan bijak. Berfikir sejenak dan undilah demi untuk agama, bangsa dan negara tercinta. Semoga perang poster ini menjadi satu pesta yang menarik boleh kita jadikan kenangan indah.

Wassalam....sekian, terima kasih semua. 

Entri Berkaitan :

http://www.sensasi2020.com/2013/04/pru13.html
http://www.sensasi2020.com/2013/04/pru13-warkah-pm-kepada-pengundi.html
http://www.sensasi2020.com/2013/04/saripati-akujanji-bn-untuk-pru13.html
http://www.sensasi2020.com/2013/04/wordless-wednesday-13-pembubaran.html


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "PRU13 - Perang Poster Sudah Bermula"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top