Kelantan Ke Final Piala FA 2013

Assalamualaikum...
Salam sejahtera......
Salam 1 Malaysia.......semua!!


KELANTAN KE FINAL PIALA FA 2013


Menang, layak, final, piala FA, TRW, gomo klate gomo, Terengganu kalah,
Kelantan Layak Ke Final Agregat Kel (6) vs Trg (5) 

 Terkini: Keputusan semasa


KELANTAN (4) vs TERENGGANU (1)-Round 1 (25/5/2013)
KELANTAN (2) vs TERENGGANU (4)-Round 2 (28/5/2013)
Result Agregat: Kel (6) - Trg (4)/Kelantan layak ke final.
                                                
                          
JOHOR DT (1) vs PAHANG (0) Round 1 (25/5/2013)
JOHOR DT ( ) vs PAHANG ( ) Round 2 (28/5/2013)
Result Agregat: Joh ( ) - Pah ( )/ belum disahkan lagi.


Aksi Kelantan vs Terengganu
        Dilihat pada pusingan pertama yang lalu, Terengganau (1) vs Kelantan (4), tidak memihak kepada Terengganu. Walau apa pun, kedua-dua pasukan masih berbaki 90 minit lagi untuk menentukan siapa yang paling layak ke final? Kita dapat saksikan petang ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Terengganu, jam 4 petang.

           Sepanjang aksi kedua-dua pasukan berlangsung pada separuh masa pertama, Terengganu mendapatkan menjaringkan 2 gol melalui Vincent Bicana dan G.Puaneswaran,  Kelantan bermain di bawah tahap sebenar, mungkin akibat keletihan yang masih terasa ketika mereka bermain secara menyerang tanpa henti di Kota Bharu pada Sabtu yang lalu.

        Pada separuh masa kedua, Terengganu menambah lagi gol melalui Abdul Manaf Mamat dan Effa Owona, sementara Kelantan diperolehi 1 gol melalui Obinna  Nwaneri, menjadikan kedudukan agregat (5-5). Seakan berlaku seperti apa yang terjadi pada pusingan pertama tempohari. Namun Terenggannu terpaksa bermain dengan 9 orang pemain apabila 2 orang pemain Terengganu mendapat kad merah masing-masing iaitu Abdul Manaf Mamat mengasari Farisham Ismail dan Fffa Owona membantah keputusan pengadil setelah beberapa kali diberi amaran lisan.

           Perlawanan terpaksa ditentukan melalui masa tambahan, kerana kedua-dua pasukan terikat dengan agregat (5-5).  Pasukan Kelantan amat bertuah dan bernasib baik apabila kelibat Dickson Nwakaeme menjadi senjata paling tajam untuk Kelantan apabila menyumat gol ke 2 di saat pasukan Terengganu seakan hilang segalanya apabila hanya bermain dengan 9 orang. Saat itulah Kelantan mengambil kesempatan dengan memadam segala impian Terengganu untuk melangkah ke final dengan gol sumbangan daripada permata berharga dari Kelantan iaitu Dickson Nwakaeme.

           Keputusannya Kelantan layak ke final walaupun kalah (2-4), namun menang melalui agregat (6-5). Tahniah pasukan Kelantan. Kelantan akan menanti keputusan antara Pahang DM vs Johor DT yang akan ditentukan pada malam ini.  

         Perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 29 Jun 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kelantan Ke Final Piala FA 2013"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top