Darurat-Jerebu Semakin Berbahaya

Assalamualaikum....
Salam sejatera.........




DARURAT-JEREBU SEMAKIN BERBAHAYA



Darurat-Jerebu Semakin Bahaya
Jelebu


Jerebu merupakan masalah yang sukar untuk dikawal, puncanya adalah datangnya dari negara luar. Ia akibat pembakaran hutan yang tidak dapat dikawal. Mula-mula pembakaran secara kecilan kemudian merebak menjadi besar dan asap berkepul-kepul memenuhi ruang udara dan dibawa angin ke negara-negara berjiran.






Keadaan ini akan bertambah teruk jika cuaca panas dan kering dan dikuti oleh berlakunya monsun barat daya yang membawa angin panas dan kering. Negara berjiran yang paling teruk dilanda jerebu ialah Singapura, Malaysia dan Selatan Thailand. 



Nilai IPU dan Kualiti Udara





        
Keadaan kini semakin berbahaya, ia melebihi paras paling tinggi dicatat di Muar, Johor iaitu sekitar IPU 746 amat berbahaya dan dikira dalam keadaan boleh diistihar darurat. Semalam Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mengistiharkan kawasan darurat di Muar, Johor dan mengarahkan semua sekolah, pejabat kerajaan, swasta, kilang-kilang ditutup dan akan dibuka semula apabila keadaan IPU menurun ke paras yang lebih rendah atau normal. Keadaan ini berlaku di seluruh Malaysia dengan mencatat paras sederhana di sekitar IPU 56 hingga IPU 100. 



Darurat-Jerebu Semakin Berbahaya
Beginilah Keadaan Jerebu


Malaysia Menawarkan kepakaran dalam Pembenihan Awan




Darurat-Jerebu Semakin Berbahaya
Pembenihan Awan


         
Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menawarkan pembenihan awan untuk menurunkan hujan di kawasan yang dilanda kebakaran. Ini akan dapat memadamkan kebakaran supaya ia tidak menjadi lebih teruk lagi. Cara lain yang biasa dilakukan untuk memadam kebakaran dengan kapal pengangkut air disiram melalui udara dengan menggunakan pesawat khas , selain daripada memadam melalui anggota penyelamat di darat serta membuat parit dalam supaya tidak merebak di kawasan lain.


           
Semoga keadaan akan kembali pulih seperti sediakala (normal). Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dipulihkan. Semua penduduk dinasihat menjaga keselamatan diri, keluarga dan alam sekitar dengan tidak membuat pembakaran terbuka. Kementerian Kesihatan menasihati penduduk juga agar minum air yang bersih dengan banyak, basuk tangan dengan sabun, cuci muka dan mandi lebih kerap agar tidak memudaratkan kesihatan. Guna topeng penutup muka atau hidung jika perlu.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Darurat-Jerebu Semakin Berbahaya"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top