Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera...........


KESIHATAN KITA SEMAKIN TERJEJAS AKIBAT JEREBU


jerebu, udara tak sihat, percemaran udara, IPU tinggi, jarak penglihatan dekat.
Keadaan Jerebu

         Negara kita dilanda jerebu, akibat pembakaran yang teruk di Sumatera, Indonesia. Akibat pembakaran itu, asap memenuhi ruang di negara berjiran seperti Singapura, Malaysia dan Selatan Thailand. Index percemaran Udara (IPU) semakin meningkat naik ditambah berlakunya angin monsun barat daya di ketika ini.


 Kesan Kesihatan Akibat Jerebu Terhadap Manusia



batuk, selsema, sesak nafas, gatal-gatal, mata galatal, berair
Kesan Kesihatan Akibat Jerebu


             Bila udara di sekitar kita berjerebu akibat kesan pembakaran dan asap akan mengakibatkan kesihatan kita terganggu. Antara kesan-kesan yang akan berlaku terhadap manusia ialah :

  • Sesak nafas, sukar bernafas akibat kekurangan oksigen di udara.
  • Tekak menjadi gatal-gatal, kerongkong menjadi gatal.
  • Batuk, menjadi lebih teruk jika berpanjangan.
  • Selsema, berair hidung dan bersin, akibat jangkitan kuman di persekitaran.
  • Gatal pada mata, mata akan berair.
  • Gatal pada kulit, timbul bintik-bintik kecil kemerah-merahan di badan.
  • Asma, jika tidak dirawat segera akan menjadi lebih parah.
  • Sakit kepala, akibat terlalu banyak menghidu udara tercemar.
  • Sakit dada.



kesan pada angota bdan, kulit, mata, kaki. seluruh badan, sakit kepala,deman,sesak nafa
Kesan Pada Anggota Badan 


Golongan Yang Berisiko Tinggi Akan Terkena

  • Orang tua.
  • Kanak-kanak.
  • Orang yang dah ada penyakit seperti asma, lelah, bronkitis, sakit jantung, radang paru-paru, penyakit kulit, mata rabun dan alahan.

Kesan Setiap Komponen Utama Ketika Jerebu Terhadap Manusia


Komponen Utama Jerebu
Kesan ke atas kesihatan manusia
Karbon monoksida
Melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.
Sulfur dioksida
Meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Menganggu saluran pernafasan penghidap penyakit asma dan batuk.
Nitrogen dioksida
Merangsang hidung dan tekak terutamanya yang menghidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara.
Plumbum
Merosakkan sistem saraf dan otak.
Partikulat terampai
Meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung, mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru yang kronik.


cegah, ke klinik, tinggal di rumah, pakai topeng muka, topeng hidung,basuk, mandi,
Tindakan Semasa Jerebu


Cara Terbaik untuk Mencegahnya

  • Pergi ke klinik dengan segera jika ada tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas.
  • Menggunakan penutup muka atau hidung.
  • Tidak merokok di tempat IPU berisiko tinggi atau di dalam rumah yang orang tua, kanak-kanak dan yang ada berisiko berpenyakit.
  • Tidak melakukan pembakaran terbuka di ketika ini.
  • Minum alr yang banyak.
  • Basuh tangan sekerap mungkin.
  • Basuh muka supaya tiada habuk yang melekat.
  • Mandi lebih kerap daripada biasa.
  • Tinggal di dalam rumah, keluar jika perlu (penting) sahaja.
  • Tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah di ketika ini.
  • Tutup semua sekolah, pejabat, kilang, kedai, jika IPU dalam keadaan amat tidak sihat. 


   


Info-Info Penting


Index Percemaran Udara, IPU, jerebu, asap tebal, udara tidak sihta, berisiko terdedah kepada penyakit.
Bacaan IPU Di Seluruh Malaysia


Nota / Note 

       *   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)             d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)         & =  Lebih daripada satu pencemar
       
       
Nilai IPU dan Pengiraan IPU
Dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,NO2,CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggidiambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di permukaan bumi (03)

         Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.



Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top