Header Ads

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56

Assalamualaikum.........
Salam sejahtera.....semua!!!


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 56


majils, tilawah, al-quran, kebangsaan, perasmian, penutup, penyampaian, hadiah,dirasmikan oleh, peserta, qari, qariah.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 56 

            Malam ini merupakan perasmian "Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat  Kebangsaan Kali Ke-56" tahun 1434H/2013M akan bermula. Majlis ini dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada pukul 9 malam bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini bermula pada 10 Jun 2013 ( 1 Syaaban 1434H ) dan berakhir pada 14 Jun ( 4 Syaaban 1434H ) nanti. Tema tilawah Al-Quran kali ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". RTM akan menyiarkan Siaran Langsung di TV1 dan Radio Kelantan FM dan boleh juga diikuti melalui TV Rasmi Jakim di laman sesawang www.islam.gov.com.my.

            Seramai 29 qari dan qariah setiap negeri menghantar dua wakil dan seorang johan menunggu akan dipertandingkan dan diperdengarkan pada kali ini. Kelantan sebagai tuan rumah telah membuat persiapan sepanjang minggu lalu untuk menjadikan tilawah ini adalah yang terbaik setelah menunggu lebih daripada 20 tahun akhirnya tercapai.

            Pihak persatuan Qari dan Qariah Kelantan menghargai usaha kerajaan pusat menawarkan Kelantan sebagai tuan rumah untuk tilawah Al-Quran untuk tahun ini. Pihak penganjur telah menyediakan hadiah berupa wang tunai kepada johan qari dan qariah RM 15,000, piala iringan, sijil penyertaan, cenderamata dan lebih menarik lagi menerima kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji, Malaysia. Sementara naib juara RM 10,000, tempat ketiga RM 7,000 dan saguhati RM 3,000 kepada semua peserta berserta cenderamata dan sijil penyertaan.

           Peringkat akhir berlangsung pada 14 Jun 2013 dan majlis penutup  dan penyampaian hadiah akan dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan Sultan  Mohammad ke V

           Semua dijemput hadir untuk memeriahkan "Majlis Tilawah Al-Quran  Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56. Kita dapat menghayati bacaan kitab suci al-Quran daripada semua peserta seluruh negara dengan kemerduan suara bacaan secara bertajwid dan penuh taranum.

         Semoga tilawah kali ke 56 ini berjalan dengan lancar, meriah dan penuh kedamaian. Sama-samalah kita doakannya. 

Tiada ulasan

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.