Tema Hari Kemerdekaan 2013 Kali Ke-56 "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku"

Assalamualaikum...
Salam Kemerdekaan.....


tema hari kemerdekaan, salam kemerdekaan, selamat hari kemerdekaan 2013
Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku
             Tema sambutan hari kemerdekaan kali ke-56 pada tahun 2013 ini adalah "Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku". Tema yang mencerminkan sifat perpaduan antara kaum dan berorientasikan kepada penyatuan negara dengan pelbagai bangsa dan patrotisme bagi memberi kesedaran kepada rakyat bertapa pentingnya cinta kita pada negara.

salam kemerdekaaan, selamat hari kemerdekaan, merdeka kali ke-56
Hari Kemerdekaan Kali ke-56
               Kongsep sambutan tahun 2013 ini lebih terarah kepada elemen-elemen patrotik, perpaduan, keselamatan dan kedaulatan negara. Menjadikan politik satu wadah untuk memakmurkan negara dengan arus politik tanahair yang lebih profesional. Memupukkan perpaduan yang sudah lama terjalin agar lebih murni lagi. Tidak membiarkan keselamatan negara diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang tidak sihat di dalam dan di luar negara dan kedaulatan negara dititik-berat agar pencerobohan di Semporna, Sabah tidak akan berlaku lagi.

Logo Tema Sempena Kemerdekaan Yang Ke-56 Daripada Google 
 
salm kemerdekaan, selamat hari kemerdekaaan, kemerdekaan kali ke-56, merdeka..merdeka..merdeka...
Logo Tema Hari Kemerdekaan 2013 Daripada Google
          Dikesempatan ini saya dengan penuh rasa bangga dan keceriaan mengucapkan Selamat Menyambut Hari kemerdekaan kepada semua rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia. Hayatilah erti kemerdekaan dengan sedalam-dalamnya. Kibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing sebagai tanda cinta kita pada negara Malaysia.

             Ada beberapa acara yang telah dan akan diadakan sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2013 pada tahun ini. Mari kita sama-sama raikannya.
  •  Majlis pelancaran "Kibar Jalur Gemilang" yang telah diadakan pada 16 Ogos yang lepas. Ia diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
  • Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013. Ia pertama kali diadakan di Pusat Maritim PutraJaya dan dimeriahkan dengan aktiviti sampingan seperti "Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa PutraJaya".

  • Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 akan diadakan di Dataran Merdeka yang melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • "Acara yang melibatkan empat segmen iaitu Rukun Negara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang, pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM akan diadakan".

  • Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia, KKMM berkata Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan termasuk acara bot berhias yang akan diadakan di tebingan Sungai Sarawak pada 15 Sept dan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas di Padang Merdeka, Kuching pada 16 Sept.
  • "Di Sabah, sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu bermula 15 September termasuk aktiviti Karnival Rakyat dan acara kemuncak sambutan pada 16 September yang akan dimeriahkan dengan penyertaan kesemua 35 kumpulan kaum atau etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing".
  • Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi www.malaysiamerdeka.gov.my.
     ~(BERNAMA)~

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top