Percemaran Sungai Selangor DiTahap Kritikal

Assalamualaikum....
Salam sejahtera.........


Keadaan Sungai Tercemar
         Keadaan sungai Selangor kini dalam keadaan kritikal akibat pembuangan toksik yang tidak terkawal. Keadaan ini membuatkan ramai rakyat mula merasa bimbang dengan situasi ini.


bahan toksid dianalisis, dikaji bahan toksid
Bahan Toksid Dianalisis


          
         Penyelidik antarabangsa Universiti Kyoto, Jepun Profesor Nobumithu Sakai yang membuat kajian dan pemantauan berkata "Kualiti air di Selangor tercemar oleh bahan toksik berbahaya kepada manusia di beberapa buah kawasan secara konsisten". Bahan toksik ini dipanggil Polychlorinated Biphenyis (PCBs). Ia bahan boleh menyebabkan kecacatan lahir dan pelbagai jenis kanser yang membekalkan air terawat 60% kepada penduduk Lembah Kelang.


Prof.Nobumithu Sakai Penyelidik Universiti Kyoto, Jepun

             Sementara itu, Lembaga Urus Selangor (LUAS) mengesahkan 3 sungai utama di Selangor akan diwartakan sebagai zon perlindungan berkuatkuasa serta-merta. Diantara sungai yang dikenal pasti adalah Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara.

toksid, bahan beracun, toksid beracun
Bahan Toksik Terlarang
            Selain itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) merancang untuk mengaktifkan semula Sungai Damansara bagi tujuan meningkatkan kapasiti sumber air mentah dan kawasan air tadahan.

                 Bagi Aktivis Alam Sekitar, mereka mahu 9 sungai di Selangor perlu diwartakan secepat mungkin. Mereka mengsyorkan supaya dikenakan hukuman lebih tegas terhadap pihak yang sengaja mencemarkan sungai dan agar didakwa termasuk penjara mandatori sekiranya ada pihak terbabit mencemarkan sungai dan kawasan tadahan air.

          Diantara sungai-sungai yang perlu diwartakan ialah Sungai Kroh, Sungai Kubu, Sungai Rampai, Sungai Rasau, Sungai Serai dan Sungai Tengi.

             Tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, Forum Air Malaysia dan FOMCA. Mereka menuntut agar kawasan tebing sungai kawasan bebas daripada sebarang pembangunan dan kilang haram dialihkan dengan segera.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top