10 Entri Popular sensasi2020 September 2013

Assalamualaikum...
Salam sejahtera......


10 entri Popular, sensasi2020, berita sensasi, September 2013, Paling Popular
10 Entri Popular sensasi2020 September 2013

             Nampaknya "10 Entri Popular September 2013" tiada perbezaan jumlah kunjungan (pageview) untuk bulan Ogos dengan September 2013. Tidak ada perubahan ketara yang dapat dikategorikan "Paling Popular". Kalau adapun dari entri "Contest". Saya tidak masukkan entri contest di sini, kerana kita tahu kalau contest memang ramai yang pageview. 


Senarai 10 Entri Popular September 2013



- Entri ini adalah merupakan program bantuan daripada kerajaan kepada rakyat untuk mengakhiri zaman miskin. Ia dinamakan 1AZAM (Azam Niaga). Segala bantuan yang dapat bolehlah menampung sedikit pendapatan seharian selain kerja tetap. Jumlah keseluruhan bantuan dianggar RM4000. Bolehlah buat niaga secara kecil-kecilan sebelum ianya menjadi lebih besar lagi.



- Ketika artikel ini ditulis, memang ianya berkaitan dengan pelajar di tingkatan tiga. Peperiksaan terakhir PMR untuk tahun ini. Kerana tahun depan tidak ada lagi peperiksaan PMR, ia diganti dengan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah). Ia adalah keyword yang popular dikalangan pelajar, ibubapa, guru dan orang ramai. Mahu melihat jadual peperiksaan dan subjek apa yang diduduki oleh pelajar apabila peperiksaan sebenar mereka tiba nanti.



- Ramai juga yang membaca pantun ini. Ia pantun berkaitan kenaikan minyak RON95 baru-baru ini. Ramai yang mencari keyword ini untuk mendapatkan gambaran sebenar akibat keniakan minyak petrol. Minyak petrol yang kita gunakan sehari-hari. Tanpa minyak kita tidak dapat bergerak kemana-mana. Walaupun harganya naik, tapi kita sebagai rakyat tak dapat mengelaknya. Kerajaan kata.. "Bukan minyak naik tapi tarik subsidi" untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia supaya tidak akan lebih parah. 

Tapi bagaimana pula terhadap terbongkarnya ketirisan yang didedahkan oleh Audit Negara Malaysia. Heboh satu Malaysia, perbelanjaan yang tidak mengikut kadar sebenar.



- Saya ada buat artikel berkenaan dengan isu ini iaitu "Bajet 2014: Idea Anda Berharga, Adakah Suara Blogger Didengari"   dan memberi cadangan dan penambahbaikan terhadap "Bajet 2014" baru-baru ini. Saya telah menghantar cadangan kepada PM. Sebagai penghargaan, beliau telah mengirim emel perhargaan terhadap saya. Treima kasih PM di atas kiriman emel Datuk Seri.






- Arikel ini adalah susulan daripada artikel daripada Denaihati berkenaan "
Terkejut 73% usahawan IKS Malaysia buta ICT ". Sapun dapat idea juga tentang perkara ini maka terbinanya entri yang berkaitan dengan ICT ini terhadap usahawan IKS kita. Perkara begini mengakibatkan usahawan kita akan lebih ketinggalan ke belakang kita tida indakkan segera dilakukan, bail oleh ushawan itu sendiri, orang ramai, kerajaan atau agen swasta yang lain.



- Tidak dapat dinafikan lagi kehidupan sekarang lebih mencabar daripada dahulu. Kenaikan harga minyak yang tidak dapat disekat menjadi punca ketidak tentuan kehidupan kita. Semua barangan akan menjadi lebih mahal. Jalan terbaik adalah dengan mencari alternatif lain seperti bekerja dirumah. Maka mencari pekerjaan di rumah adalah salah satu jalan penyelesaian yang patut dilakukan, jobdirumah adalah jalan penyelesaiannya. Tak dapat banyak, dapat silit pun Alhamdulillah....



- Selamat Hari Malaysia iaitu hari memperingati hari tertubuhnya "Negara Malaysia". Tarikh ini akan disambut setiap tahun iaitu pada 16 September. Pelbagai sambutan telah dilakukan dan dilaksanakan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur...kerana kenikmatan kemakmuran yang kita kecapi kita sentiasa aman dan sentosa tiada kekecohan dan krisis perperangan terjadi, lihat saja apa yang berlaku di negara Arab ketika ini. Tiada kesudahannya...



- Ini adalah satu aplikasi yang menarik. Ia sebagai satu tempat untuk kita catatkan sesuatu yang penting supaya ia menjadi rujukan di lain hari atau masa. Ia amat mustahak, kita hanya perlu copy dan paste saja di situ. Ia sebagai satu buku nota ringkas pelbagai guna. Ia amat sesuai untuk kita sebagai blogger, nak mencatat apa saja perkara-perkara penting, terutama sekali URL rakan kita jika mahu layari kembali.



- Begitulah kedaan sungai Selangor di ketika byulan September yang lalu. Ramai yang melihat situasi ini sebagai serius. Kenapa tidaknya. Air adalah sumber utama uttuk manusia. Dalam keadaan sungai yang kotor dan bercampur dengan bahan-bahan sisa pepejal yang berbahaya, mengundang situasi panik kepada rakyat Selangor. Perkara begini pastinya menjadi rakyat dalam keadaan gelisah, macam mana mahu minum dan mandi. Hinggakan air minuman di pasar-pasar atau pasaria kehabisan air minuman.



- Malaysia dikejutkan dengan pengumuman oleh kerajaan. Ia berkaitan subsidi minyak. Kerajaan telah menarik subsidi minyak yang telah dibayar oleh kerajaan. Maka situasi ini menjadi bertambah tegang. Ramai yang tidak berpuas hati. 

Dalam keadaan ekonomi yang meleest ditambah dengan rakyat yang ramai hidup dalam keadaan miskin. Ini membuat rakyat akan lebih perit untuk hidup di ketika dan zaman sekarang ini. Namun kita sebagai rakyat tidak boleh berbuat apa-apa, terpaksa menerima hakikat. Kenalah pandai berjimat cermat selepas kenaikan minyak petrol ini. 

Tapi yang menjadi masalahnya hanya rakyat sahaja perlu berjimat-cermat tapi bagaimana dengan kerajaan pula? Potongan elaun perlu dilakukan untuk mengurangkan difisit kewangan negara.

NOTA: Entri adalah ilham daripada Denaihati.com yang mengalakkan semua rakan-rakan Denaihati untuk membuat artikel paling popular setiap tahun.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "10 Entri Popular sensasi2020 September 2013"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top