Bisnes Online Menurut Pandang Kamil Salleh

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........
Contest iPhone 5S - Task #1


Bisnes online, niaga online, perniagaan secara dalam talian, niaga talian marketing
Contest iPhone 5S - Revolusi Bisnes Online

Apa itu Bisnes Online?

Bisnes online menurut pandangan saya (kamil Salleh) merupakan perniagaan yang dilakukan secara online (secara dalam talian) yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual produk dan juga pembeli. Bisnes online (perniagaan internet) juga lebih dikenali sebagai Internet Marketing. Ia merupakan istilah umum bagi pelbagai lagi jenis promosi ataupun jualan produk yang dilakukan melalui medium atau platform internet. Perniagaan internet sama juga dengan perniagaan offline lain tetapi ia memerlukan tapak perniagaan, modal , produk dan juga promosi untuk barangan yang diniagakan itu. Cuma yang membezakannya hanyalah platformnya sahaja.
  
Internet marketing, perniagaan online,
Bisnes Online@Internet Marketing

Pasaran Bisnes Online Amat Luas. 

Apa saja boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang mahu di jual mempunyai kualiti ataupun tidak . Pasaran di internet terlalu luas tanpa mengira sempadan geografi. Ia juga beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari dalam seminggu, 30 hari dalam sebulan atau 12 bulan dalam setahun.. Inilah dunia perniagaan internet di mana transaksi jual beli yang berlaku mempunyai nilaian amat besar sehingga boleh mencapai berbilion dolar tanpa perlu si pembeli atau si penjual berjumpa untuk berurusan.

 
Setiap perniagaan ada mempunyai risikonya tersendiri. Ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk terus berjaya dalam peniagaan ini. Tanpa perancangan yang teliti, sudah pasti ia akan gagal dan seterusnya gulung tikar. Ia mempunyai rangkaian dan peluang yang luas, cuma kita saja perlu mengambil peluang yang terhidang itu untuk mengapainya. Sesungguhnya 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan. 

Antara Beberapa Contoh Bisnes Online.

  • Perjualan produk kecantikan dan kesihatan.      
  • Penjualan produk digital seperti ebook atau pun software Affiliate.
  • Perkhidmatan nasihat (konsultasi) dalam bidang SEO.
  • Perniagaan artikel seperti freelancer, website designer dan sebagainya. 
  • Perkhidmatan email marketing. 
  • Perkhidmatan hosting server ataupun domain.
  • Iklan dan affiliate seperti Google Adsens, jobdirumah, jomniaga atau pun Nuffnang. 
  • Dan....... banyak lagi yang berada di pasaran.

Strategi Pemasaran Bisnes Online.

Seterusnya adalah dengan cara merangka strategi pemasaran dengan menyediakan bahan-bahan seperti gambar produk, penyampaian dalam laman sesawang (website), designing, logo syarikat (branding), dropship, kerana semua ini penting bagi memastikan perancangan  nak menjual, memasarkan produk, promosi, maklumat sesuatu produk, informasi terkini boleh dilakukan tanpa halangan dan bila-bila masa.

Kenapa Ramai Yang Meminati Bisnes Online ini? 


online, secara dalam talian, income, produk, hasil jualan
Bisnes Internet
 Sebenarnya untuk pengetahuan anda, ia merupakan antara perniagaan yang paling menguntungkan dengan kos fizikal yang paling minimum dapat dikurangkan secara tidak langsung. Bila saja ia menguntungkan, sudah pasti ramai yang meminati.  Diantara sebab-sebab yang ramai meminati adalah kerana:

  • Margin keuntungan yang amat tinggi.
  • Perniagaan anda boleh dijalankan hampir 100% secara automatik.
  • Boleh membina seberapa banyak perniagaan yang kita mahukan.
  • Kita akan menentukan masa kerja untuk diri sendiri.
  • Tiada perlu bayar sewa untuk kedai dan tempat perniagaan.
  • Tiada memerlukan tenaga kerja untuk dibayar gaji mereka, kita buat sendirian.
  • Pasaran perniagaan yang amat luas dan terbesar.
  • Urusan jual-beli menjadi lebih murah dan mudah.
  • Urusan pembayaran senang melalui bank tranfer, bank in, paypal dan lain-lain.
Boleh dikatakan hampir semua blogger akan mencari alternatif lain sebagai income mereka yang diistilahkan sebagai "Menjana Duit Dengan Blog". Diantara blogger terkenal yang membuat "Seminar Buat duit Dengan Blog" ialah Denaihati. Ia dijalankan bukan hanya di website/blog tapi meliputi laman sosial lain seperti Facebook, Twitter, Instagram, Emel, SMS (telefon) dan sebagainya.


Set Bersalin Shaklee, Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee,
Shaklee

Tidak dilupakan pada Puan Siti Salwa Zainal Abidin juga, pemilik blog SuperIbu dan VitaminIbu yang sentiasa mengunakan produk Shaklee seperti "Set Bersalin Shaklee" sebagai set kehamilan, set bersalin, set berpantang dan sebagainya, juga sebagai pengurus malahan sebagai pengedar produk untuk dijual secara online.

Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta bagi 50,000 usahawan mikro dengan geran RM1,000 seorang sebagai langkah melonjakkan perniagaan secara online. Usahawan di negara ini diminta merebut geran RM1,000 yang disediakan di bawah skim Bantuan Perniagaan Dalam Talian Malaysia (GMBO)(Get Malaysian Business Online), bagi memajukan perniagaan mereka menerusi penggunaan Internet. Ia terbuka kepada semua golongan usahawan (warganegara Malaysia) yang berumur 18-65 tahun dan pemohonan boleh di buat oleh sesiapa saja secara online. 


Boleh rujuk di sini untuk bantuan dana GMBO sebanyak RM1k

Gunakan Dana Khas Daripada Kerajaan (GMBO).  

Gunakanlah segala kemudahan dan dana daripada kerajaan khas (GMBO) untuk peniagaan untuk berniaga secara dalam talian. Boleh dikatakan IKS di Malaysia buta IT. Saya amat terkejut bila mana kadar celik ICT amat rendah. Seramai 645,136 yang berdaftar sebagai usahawan IKS hanya 27% sahaja yang celik ICT. 

Itupun hanya menggunakan komputer dan internet (jalur lebar) untuk urusan seharian dan bukannya sebagai pusat pemasaran produk mereka. Ini bermakna masih ada 73% yang masih buta ICT. Seandainya usahawan IKS menggunakan ICT dalam perindustrian mereka sudah pastinya sasaran kerajaan mahu melihat 41% sumbangan GDP dalam negara boleh dicapai mejelang tahun 2020.
 
Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja oleh MamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang, Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok dan VIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

NOTA:   Tarikh akhir untuk submit Task 1 ialah pada 11 November jam 5am.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Bisnes Online Menurut Pandang Kamil Salleh"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top