Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........


Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013

Dua gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Pahang akan berjuang di Final Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, Selangor pada 3 November 2013 jam 8.45 malam. Perlawanan yang mendebarkan, penuh aksi menyerang dan menghiburkan dapat kita saksikan.

Kelantan vs Pahang, Pahang vs Kelantan, Final Piala Malaysia, Akhir Piala Malaysia
Piala Malaysia Jadi Rebutan
 Satu pasukan pilihan dan satu lagi pasukan underdog, Kelantan dan Pahang akan menamatkan persiangan siapakah yang dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia pada tahun 2013 ini. Ramai peminat bolasepak di Malaysia menanti detik bersejarah pada 3 November ini.

Di atas kertas, ramai yang meramalkan Kelantan akan muncul juara pada kali ini. Jika menang, pasukan Kelantan diiktiraf sebagai juara trouble untuk musim ini. Namun begitu apa-apa pun boleh berlaku dalam bolasepak selagi wisel penamat belum ditiupkan.


Kelantan vs Pahang
Kelibat Pasukan Pahang ketika Meraikan Jaringan Gol
 
Pahang boleh membuat kejutan jika, aksi longlai pasukan Kelantan dipersembahkan. Ketiadaan Obinna Nwaneri pasti akan dirasai oleh pasukan Kelantan. Sementara pasukan Pahang tidak membiarkan Kelantan bermaharajalela di atas padang.

Namun kedua-dua jurulatih ada strategi masing-masing. Dollah Salleh, sebagai seorang jurulatih pasukan Tok Gajah, beliau pasti tidak membiarkan TRW menguasai permainan. Jika membiarkan sudah pasti pasukannya akan mengigit jari pada kali ini. Penanti selama 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia sesuatu yang amat sukar untuk dipadamkan. Adakah tahun ini penantian mereka berakhir? Mereka mengharap penyerang mereka Martias Conti, Azamuddin Akil pasti ditagih oleh Dollah Saleh untuk merobekkan gawang gol yang sedia dipertahankan oleh Khairul Fahmi (Apek) daripada dibolosi.

Sementara itu, Bojan Hodak pastinya ingin membuktikan sesuatu kepada peminat Kelantan bahawa beliau merupakan jurulatih terbaik di Malaysia ketika ini. Kelibat Mohd Farhan, Dickson Nwakaeme, Fakri Sharani, Badri Radzi, Indra Putra dan Shakir pasti akan ditagih untuk terus menyerang dan merobek pertahanan Pahang bertali arus bagi memburu gol awal sebagai menaikan semangat pasukan mereka.

Selamat menonton di kepada semua peminat bolasepak Malaysia. Meriahkan dengan suasana Final Piala Malaysia ini dengan menyokong pasukan yang diminati. Jaga tingkah laku ketika meyaksikan pelawanan ini.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top