Header Ads

Misteri Di Sebalik Kisah Villa Nabila Berhantu

MISTERI DI SEBALIK KISAH VILLA NABILA BERHANTU


Misteri, mistik, Viila Nabila, kisah misteri, seram, berhantu
Foto 1 - Villa Nabila
Mohamad Izzat Izzudin Hussin menjadi satu kisah misteri bila mana ia dilaporkan hilang selepas dia dipercayai mengikut sekumpulan remaja lain seramai 23 orang yang memasuki sebuah rumah agam yang terbiar dikenali Villa Nabila di Johor Bahru pada sabtu lalu iaitu 16 November 2013 lalu.


Misteri, mistik, Viila Nabila, kisah misteri, seram, berhantu
Foto 2 - Villa Nabila

Banglo ini yang dikenali Villa Nabila menjadi misteri/mistik, seram dan berhantu hingga ke hari ini walaupun rumah ini ditinggalkan kosong lebih 40 tahun lalu. Kisah misteri berkenaan rumah ini tersenarai di antara satu daripada lima lokasi berhantu di negara ini.


Remaja, teman wanita, kehilangan, misteri, mistik, seram, kekasih
Izzat Izzudin Dan Teman Wanitanya

Namun yang terjadi adalah sebaliknya tentang kehilangan remaja ini. Kenapa tidaknya, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi iaitu 18 November 2013.

Info Berkaitan Misteri Di Sebalik Kisah Villa Nabila

Versi #1
Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Suatu hari, banglonya dirompak dan semua penghuni dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun hingga ke hari ini.

Versi #2
Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dorogol dan dibunuh dengan kejam dan mayatnya ditanam di dalam dinding rumah banglo tersebut.

Versi #3
Sepasang suami-isteri kaya yang tinggal di Banglo itu meninggal dunia, tinggalah Nabila bersama pengasuhnya. Ini bermakna semua harta akan diwarisi oleh Nabila. Demi ketamakan orang gajinya, Nabila dibunuhnya dan ditanam disemen di satu kawasan rumah tersebut.

Versi #4
Villa Nabila asalnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan Barat. Kesemua mereka dirompak dan dibunuh kejam yang telah diupah oleh adik-beradik ahli perniagaan tersebut kerana sifat tamak.

Versi #5
Keluarga Nabila asalnya adalah keluarga yang bahagia tetapi pada suatu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada di rumah tersebut sebelum menembak dirinya sendiri.

Versi #6
Villa tersebut didiami oleh seorang Datuk Berbangsa Cina. Atas sebab-sebab tertentu ststus Datuk telah dilucutkan. Akibat kerana malu dilucutkan gelaran tersebut, beliau telah meninggalkan rumah tersebut dan dibiarka tidak terurus sampailah ke hari ini.

Versi #7
Villa tersebut didiami oleh seorang wanita bernama Christine bersama anak dan suaminya yang berketurunan Melayu. Suatu hari rumanya dirompak dan Christine dan Nabila dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh dengan kejam kesemua keluarga Christine. Mayat Christine, Nabila dan seluruh keluarga mereka ditanam dan disemen di tiang tengah rumah tersebut.

Tiada ulasan

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.