Pelancaran Karnival Di RTC Tunjung Kota Bharu, Kelantan - Bersatu Menentang Jenayah

PELANCARAN KARNIVAL DI RTC TUNJUNG KOTA BHARU, KELANTAN - BERSATU MENENTANG JENAYAH


Assalamualaikum.....
Salam sejahtera...........


Polis DiRaja Malaysia, PDRM, Polis Kelantan, Yayasan Pencehagan Jenayah Malaysia, MCPF
Majlis Pelancaran - Bersatu Menentang Jenayah
Majlis pelancaran karnival di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan akan diadakan selama dua hari iaitu pada 30 November 2013 dan berakhir pada 1 Disember 2013. Perlancaran ini dianjurkan oleh Polis Kelantan. Ia akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Menteri Dalam Negeri). Dijangka Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman akan mengiringi beliau. Waktu pameran dan pertunjukan antara jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Tema untuk majlis ini ialah "Bersatu Menentang Jenayah".


Polis DiRaja Malaysia, PDRM, Polis Kelantan, Yayasan Pencehagan Jenayah Malaysia, MCPF
Bersatu Menentang Jenayah

Bersatu Menentang Jenayah

Kebimbangan jenayah di negara kita kini semakin membimbangkan. Ia perlu diberi perhatian yang serius oleh semua masyarakat keseluruhannya, bukan hanya menyerah bulat-bulat terhadap pihak berkuasa terutamanya PDRM (Polis Diraja Malaysia). 

Naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan sesetengah anggota masyarakat menyalahkan pihak polis tidak akan membantu menyelesaikan masalah itu dan sebaliknya mereka perlu berkongsi idea dan bekerjasama untuk membasmi ancaman itu

Semua pihak seharusnya melibatkan diri secara langsung  untuk sama-sama membasminya masalah ini terutamanya masyarakat keseluruhannya.. Bersatu mencegah jenayah bersama pihak polis sambil dibantu oleh pihak lain serta pelbagai NGO seperti MCPF (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia) amat diperlukan.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkata Jabatan Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melibatkan penyertaan seluruh anggota masyarakat, sejajar dengan sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah di negara ini.



Polis DiRaja Malaysia, PDRM, Polis Kelantan, Yayasan Pencehagan Jenayah Malaysia, MCPF
Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai


Diantara Pertunjukan Dan Persembahan Yang Akan Diadakan


Polis DiRaja Malaysia, PDRM, Polis Kelantan, Yayasan Pencehagan Jenayah Malaysia, MCPF
Pameran Dan Pertunjukan

  • Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri.
  • Persembahan Pancaragam PDRM.
  • Pertunjukan Unit Gempur Marin.
  • Pertandingan Burung Candik
  • Rondaan Unit Berkuda PDRM
  • Pertunjukan Wau
  • Pertunjukan Gasing
  • Pertunjukan Bunga Api
  • Pertunjukan Para Motor
  • Pertunjukan Bina Badan
  • Persembahan Dikir Barat
  • Dan banyak lagi...
Waktu pameran dan pertunjukan : 9.00 am - 11.00 pm.


Semua Di Jemput Hadir Beramai-ramai...!!

Di bawah adalah foto di mana saya telah mengunjungi ke pameran tersebut







 









Banyak lagi foto yang ada, tapi cukuplah dengan yang ini saja. Nanti abnyak-banyak nak loading entri ini jadi perlahan pula.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Pelancaran Karnival Di RTC Tunjung Kota Bharu, Kelantan - Bersatu Menentang Jenayah"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top