Ucapan Salam Maal Hijrah Atau Awal Muharam 1435H / 2013 | 2014 Masihi

Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah 1435H
Salam sejahtera............

Salam Maah Hijrah 1435H
Sempena tahun baru hijrah ini, saya dengan penuh tawaduk mengucapkan "Salam Maal Hijrah 1435H" atau "Awal Muharam" 1435H / 2013|2014 Masihi kepada seluruh umat Islam seluruh dunia dan Malaysia amnya. Tema Maal Hijrah adalah "Watasiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Tidak dilupa kepada semua semua keluarga yang dikasihi dan rakan-rakan blogger yang saya dikenali atau pun tidak dikenali. Salam kemaafan jika ada tersilap kata disepanjang salatulrahim dan perkenalan kita.




Info Berkaitan Salam Maal Hijrah atau Awal Muharam

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Sumber: Wikipedia

Doa Akhir Tahun Maal Hijrah


Awal Muharam, Maal Hijrah, doa akhir tahun
  • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

  Doa Awal Tahun Maal Hijrah


Awal muharam, doa akhir tahun, Maal Hijrah 1435H
  • Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram 1435 (Hari Isnin malam Selasa).
  • Barangsiapa membaca doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah Taala dan Nabi Junjungan kita Rasulullah S.A.W. Kecintaan kita kepada Allah Taala Dan Rasulullah agar dapat di perkukuhkan. Tranformasikan juga kehidupan kita supaya sempena Maal Hijrah ini agar segala amalan dan ketakwaan kita kepadaNya mendapat ganjaran pahala dan keberkatan. Saya berdoa agar anda semua dilindungi oleh Allah Taala.

Untuk membaca teks Perutusan Ucapan Perdana Menteri boleh layari di 1Malaysia.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Ucapan Salam Maal Hijrah Atau Awal Muharam 1435H / 2013 | 2014 Masihi"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top