Icon Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...........
Task #3

contest, task #1, task #2, task #3, revolusi, bisnes online, iphone 5S
Contest iPhone 5S - Revolusi Bisnes Online

Alhamdulillah....syukur pada Allah Taala kerana memberi kenikmatan hidup di dunia ini walaupun hanya pinjaman sementara cuma. Tatkala sibuk dengan tugasan sebagai ketua keluarga mencari rezeki di bumi Allah yang indah permai ini.

Namun tugasan yang diberikan untuk contest ini (task #1, task #2, task #3 dan seterusnya) sentiasa membuat yang terbaik. Bila kita buat yang terbaik maka inilah keputusan yang saya terima.

Task #1

tempat pertama, tempat kedua
Keputusan Task #1

Task #2

Keputusan Task #2
Dalam apa jua bisnes online kita tidak dapat lari daripada mencari peluang yang ada dan terhidang, cuma kita saja perlu merebutnya. Sebelum kita mengenali 3 icon pilihan saya kita perlu 9 aplikasi rahsia yang anda perlu tahu, jika mahu berjaya dalam bisnes online.

Sembilan aplikasi rahsia di Google bagi memulakan langkah, mengurus, memasarkan dan menggembangkan bisnes online kita.

  • Google Search - Memudahkan untuk mengakses bisnes kita dan mudah dicari oleh orang ramai.
  • Google Gmail - Mengurus komunikasi berkesan terhadap pelanggan dan peniaga.
  • Google Docs - Memastikan pesanan diurus dengan mudah dan berkesan.
  • Google Talk - Berkomunikasi dengan peniaga agar dapat memikat hati mereka.
  • Google Profile - Membuatkan pelanggan yakin terhadap kita apabila profile dipaparkan.
  • Google Alerts - Menjadikan kita yang pertama tahu aktiviti peniaga lain secara sembunyi.
  • Google Maps -  Memudahkan pelanggan mencari di mana kedudukan lokasi bisnes kita.
  • Google Calendar - Memastikan semua orang tahu aktiviti bisnes yang kita niagakan.
  • Google Groups - Memastikan  bisnes kita diniagakan secara berkumpulan melalui pembincangan dan menjadi tumpuan orang ramai.

    Siapakah Icon Yang Menjadi Pilihan Saya?

    Sebelum saya pilih icon untuk saya contohi, marilah kita cuba fahami dan mengetahui apa itu icon? Dalam ertikata sebenar ia merujuk pada role model iaitu orang yang boleh kita ikuti dan contohi.

    Sebenarnya banyak icon yang ada dalam senarai , cuma saya akan pilih 3 icon sebagai penanda aras dan langkah permulaan untuk saya contohi supaya bisnes online yang kita pilih atau jalankan dan impikan terus berkembang dan maju jaya. Saya pilih 3 icon kerana kita boleh ambil situasi di mana kedudukan kita dan cuba terapkan dan praktikkan apakah kejayaan dan kecemerlangan mereka? Agar segala apa kejayaan yang mereka perolehi boleh kita contohi dan praktikkan terhadap diri kita sendiri. Semoga segala cita-cita dan impian kita nak dapat income 3 atau 4 dan mungkin 5 angka menjadi realiti. Insya Allah....

     1. Dato Dr Fadzilah Kamsah - Pakar Motivasi (Icon Pertama).

    Dato Dr. Fadzilah Kamsah
    Dato Dr Fadzilah Kamsah atau nama penuhnya Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Kelang, Selangor merupakan seorang pakar motivasi terbilang di Malaysia. Pemegang Sarjana Muda Agricultural Sciences (dengan kepujian kelas pertama) daripada UM. Sarjana Science in Agricultural Journalism daripada Wisconsin University dan ijazah kedoktoran. Wajahnya kerap kali dipaparkan di kaca TV, corong radio dan dada-dada akhbar. Meniti bersama kemajuan Internet, kini video Dr Fadzilah Kamsah boleh ditonton di YouTube.


    Sumber: Bicara Bersama Dato Dr. Fadzilah Kamsah



    Mentor Jutawan - Belajar Buat Duit Secara Online (8 Ikon Terbilang)

    Kenapa Saya Memilah Dato Dr. Fadzilah Kamsah Sebagai Icon Pertama?

    • Mentor untuk mentor. 
    • Pakar motivasi terbilang.
    • Petah berbicara tentang bisnes.
    • Berwawasan dan bercita-cita tinggi.
    • Berkongsi idea dalam menghasilkan Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi (versi e-book).
    • Seminar yang diadakan mendapat sambutan yang hebat.
    • Memberi ceramah motivasi dan cara praktikannya secara berkesan.
    • Ketokohan dan keterampilan beliau yang sentiasa kemas dan terurus.
    • Beliau terapkan unsur-unsur nasihat dalam setiap seminar atau ceramah.
    • Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2008, sempena mengenang sumbangannya dalam pembangunan kekeluargaan dan kemanusiaan, kemasyarakatan.
    • Beliau juga seorang penulis dan menerbitkan banyak buku-buku bermanfaat di pasaran bersama syarikat penerbitan PTS. Antara karya beliau seperti Menjalin Hubungan Bahagia, Merancang Kejayaan, Tip Menjadi Individu Menarik, Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah, Psikologi Cinta, 55 Petua Seronok Bekerja dan banyak lagi.
    • Berkongsi idea dan bergabung tenaga bersama pakar-pakar hebat seperti dan Irfan khairi., Azizi Ali, Dato’ Dr Rusly (Chef Li), Datuk Husamuddin Yaacob pengasas kumpulan Karangkraf, Dato’ Dr Azman Ching, AbuAyubul Ansari Bin Ibramsha dari Singapura, Billi P.S Lim.
    Kesimpulan: Kehebatan dan ketokohan beliau tidak boleh dipertikaikan lagi. Pakar motivasi terhebat di Malaysia yang begitu mendapat sambutan yang amat hebat. Ini menjadi motivasi untuk diri saya agar segala tutur kata beliau di dalam setiap ceramah, seminar penuh beremosi dan penuh motivasi. Sentiasa menerapkan unsur-unsur keagamaaan, ketuhanan, kemasyarakatan, kemanusian, rahsia dan teknik tentang perniagaan dan sebagainya.

         2. Shahabudeen Jalil - Usahawan Malaysia Berjaya (Icon Kedua)

        Shahabudeen Jalil
        - Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star pada 21 Jun 1982 di Hospital Besar, Alor Star, Kedah. Shahabudeen merupakan Pengurus dan Pakar Perunding Anzac Consultancy di mana syarikat beliau menawarkan kursus serta pakej untuk para usahawan yang ingin memborong di China.

        Berbekalkan tagline "Daripada Usahawan Kepada Usahawan" dapat mengalahkan 20 blog yang lain dalam kategori yang sama di dalam Social Week.



        Sumber: Berbicara Tentang Kursus Memborong Di China

        Kenapa Saya Memilih Shahabudeen Jalil Sebagai Icon Kedua?

        Web Usahawan Dipilih Blog Perniagaan Terbaik
        • Berwawasan tinggi. 
        • Kehebatan terserlah.
        • Orang muda berjiwa besar.
        • Usahawan Malaysia Berjaya.
        • Kreatif mencipta peluang yang terhidang.
        • Menjana pendapat secara konsisten sepanjang tahun.
        • Menjalankan seminar untuk memberi rahsia teknik untuk berjaya dalam bisnes.
        • Berjaya sebagai usahawan perniagaan bisnes internet yang diimport dari China.
        • Berurusniaga di ebay dengan menjana pendapatan sebanyak 1 juta lebih semusim.   
        • Sering mengadakan kursus untuk bakal bisnes online seperti "Kursus Borong China"
        Kesimpulan: Icon yang boleh kita contohi daripada beliau. Pengalaman berurusniaga secara online, import barangan dari China dan dijual di Malaysia melalui internet. Setidak-tidak pun kita boleh contohi cara beliau lakukan. Mendapat sambutan yang mengalakan daripada pelanggan. Income yang diperolehi ratusan ribu ringgit telah menarik minat bakal bisnes online seperti saya serta orang ramai.

        3. Gobala Krishnan (Icon Ketiga) 

            Gobala Krishnan - Pakar Affiliate


            Sumber: Jom Kita Saksikan Siapa Gobala Krishnan

            - Gobala Krishnan adalah pengasas JomNiaga.com dan juga pakar bisnes online berkaitan affiliate. Beliau ada usahawan internet yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bisnes online. Pendapatan beliau  dalam sebulan disekitar RM20,000 hingga RM60,000 sebulan. Wow....hebatkan?

            “Jutawan Era Baru” oleh Gobala Krishnan mendedahkan rahsia bagaimana beliau meletak jawatan sebagai seorang eksekutif dan memulakan perniagaan Internet dari rumah, dan berjaya menjana pendapatan enam angka setahun.

            Webinar Affiliate Bahasa Melayu
            Webinar ini seperti juga seminar, cuma bezanya webinar online ini tiada kos tambahan seperti kos perjalanan, kos tempat tinggal,  kos makan dan sebagainya. Hanya perlu ada laptop atau komputer dan perlu ada speaker atau earphone atau headphone untuk mendengar. Itu yang menariknya webinar ini.

            Kenapa Saya Pilih Gobala Krishnan Sebagai Icon Ketiga?

            • Amat hebat.
            • Pakar affiliate.
            • Jutawan Era Baru.
            • Bakat terserlah sepanjang masa.
            • Bijak membuat duit secara online.
            • Berpengalam luas dalam bisnes online.
            • Membuat webinar di internet secara online. 
            • Usahawan online yang berjaya mendapat income 5k sebulan.
            • Teknik yang diterapkan amat mudah, senang difahami dan terkini.
            • Pintar menjana income dengan kreatif yang diolah dengan cara sendiri. 
            • Membantu jutaan rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan lumayan di Internet.
            • Menghasilkan laman web yang terbaik tanpa perlu update laman tersebut setiap hari. 
            • E-book dan buku yang dihasilkan memberi banyak teknik, tip, motivasi dan info terkini.
            • Mencipta sesuatu sistem bisnes online secara outomatik tanpa perlu kita menjengok setiap masa.
            Kesimpulan:  Kita boleh mengambil Gobala Krishnan sebagai icon untuk dicontohi. Bakat yang ada pada beliau memberi inspirasi kepada oarang lain sebagai ikutan. Mencerminkan seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak loket ilmu yang ada padanya. Kejayaannya menjadi motivasi kepada saya untuk menjadi seperti beliau atau sekurang-kurang berada di tahap apa yang ada pada beliau.

            Tanpa mereka yang tersenarai di bawah, contest ini tidak akan berjaya. Contest ini dianjurkan dan ditaja oleh:
            Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang, Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.
            Tarikh Akhir untuk submit Task 3 ialah pada 12 Disember 2013 jam 11.59pm.
            Kongsikan Artikel Ini :
            +
            Sebelumnya
            « Post Sebelumnya
            Seterusnya
            Post Seterusnya »
            2 Komentar untuk "Icon Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh"

            Hello Am Mrs, Mildred Harapan Am pemberi pinjaman pinjaman yang sah dan dapat diandalkan memberikan pinjaman
            pada syarat dan ketentuan yang jelas dan dimengerti pada tingkat bunga 2%. dari
            $ 12.000 untuk $ 7.000.000 USD, Euro dan Pounds Hanya. Saya memberikan Kredit Usaha,
            Pinjaman Pribadi, Pinjaman Mahasiswa, Kredit Mobil Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bills. jika Anda
            membutuhkan pinjaman apa yang harus Anda lakukan adalah bagi Anda untuk menghubungi saya secara langsung
            di: mildredhopeloanfirm@gmail.com
            Semoga Tuhan Memberkati.
            Salam,
            Mrs Mildred Harapan
            Email: mildredhopeloanfirm@gmail.com


            Catatan: Semua balasan harus kirim ke: MILDREDHOPELOANFIRM@GMAIL.COM

            Tanpa Nama
            delete

            Hello, i am Puan Emiliana wilson, seorang pemberi pinjaman pinjaman diiktiraf secara global dan menyediakan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? Cuma perlu kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda pada masa lalu. Kami memberi pinjaman kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan dalam kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami adalah global syarikat pinjaman terkemuka, boleh dipercayai dan memberikan penerima bantuan dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: emilianawilson11@gmail.com

            Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

            Saya balas kunjungan anda nanti.

            Sekian......

            Terima Kasih Sudah Berkomentar
             
            Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
            |Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
            Back To Top