Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........
 |
Sirap Limau - Segar Lagi Menyegarkan |
Kalau sesiapa yang berkunjung ke blog
ahmadfaizal.com pasti terjumpa contest ini iaitu
"Contest Review SirapLimau.com"-
Segar Lagi Menyegarkan yang dianjurkan oleh
Encik Titan dan ditaja oleh
SirapLimau.com. Walaupun sebelum ini pernah menyertai
"Contest Review Tak Terkalah" anjuran beliau, namun tak pernah menang walaupun saguhati. Untuk contest ini pun saya tidak mengharap sangat, jika terpilih sudah tentu itu namanya rezeki dan teringin juga merasainya. Insya Allah....!
 |
Air Sirap Limau |
Review Tentang Nama Di Sebalik Sirap Limau
 |
Realiti Kehidupan Sebenar Dalam SirapLimau.com |
Istilah Dalam kontek Minuman:
Air sirap merupakan sejenis minuman yang diperbuat dari perisa daun pandan, air gula, air perahan asam limau dan pewarna merah. Pada kebiasaannya pewarna merah digunakan bagi memberikan warna menarik kepada air sirap, perahan limau nipis dan rasanya yang masam. Kini terdapat kordial sirap (perisa ros) yang berada di pasaran, cuma perlu dicampur dengan air perahan limau nipis untuk memberi citarasa sirap limau yang sebenar.
Pada kebiasaannya air sirap limau dihidangkan sejuk, iaitu dengan air batu. Rasanya yang sedap, dan mudah dibuat menjadikannya ia sebagai pilihan utama dalam kebanyakan majlis dan perayaan di Malaysia.
Istilah Dalam Kontek Kehidupan:
Mengambar suasana masam-masam manis dalam kehidupan seperti sinopsis terhadap filem klasik arahan Allahyarhum Tan Sri P.Ramlee bertajuk "Masam-Masam Manis", kisah percintaan antara cikgu sekolah dan pemain muzik, Saari bersama gadis kelab malam, Norkiah, yang berasal dari Kedah. Tanpa disedari, mereka yang hebat bercinta di luar, sebenarnya hidup berjiran bersebelahan bilik dan asyik berperang mulut setiap hari.
Filem Lakonan P.Ramlee - Masam-Masam Manis
Begitu jualah bertapa simboliknya nama "Sirap Limau" dalam kehidupan kita. Kehidupan kita sebagai suami-isteri, adakalanya manis, ada kalanya masam, adakalanya pahit untuk ditelan.
Manis jika kebahagiaan sentiasa seiringan dengan gurauan, usikan, jenaka, hilai-tawa, senyuman dan masam jika kehidupan berlakunya pertengkaran, perbalahan, tuduh-menuduh, perkelahian disebabkan sesuatu yang tidak disukai, digemari atau masalah kewangan, anak-anak, walaupun isunya kecil dan boleh menjadi besar jika tidak ada tolak-ansur dan toleransi antara suami dan isteri.
Kenapa Perlu Diberi Nama Sirap Limau Dan Kelebihannya.
- Pilihan empunya blog yang ingin melihat suasana kehidupan, ada kalanya manis dan ada kalanya masam. Simbolik terhadap kisah di sebalik SirapLimau.com.
- Mengambarkan kehidupan sebenar sebagai seorang wanita terhadap keluarganya, rumahtangganya semuanya terkandung dalam blog itu.
- Memberi aura terhadap blog ini untuk menerbitkan artkel yang bernichekan suasana asam garam dalam kehidupan berkeluarga, sudah pastinya mana-mana isteri akan mencari sumber informasi terhadap blog ini.
- Menceritakan kehidupan sebenar dalam kehidupan seharian dalam kekeluargaan sebagai suami, isteri, anak-anak dan ketika saat gembira, suka-duka dan permasalahan dalam keluarga serta tip-tip kehamilan, petua dan pantang-larang ketika hamil dan banyak lagi jika anda sendiri kunjunginya.
- Boleh dirujuk di blog ini jika ada perkara berkaitan untuk dikongsi, diluahkan, diceritakan jika tidak keberatan berkaitan motivasi, masakan, fesyen, petua dan sebagainya.
- Banyak pengajaran yang kita perolehi baik untuk bakal suami atau isteri, ketua keluarga, surirumah, ibu-ibu, bakal bergelar isteri supaya jadikan yang baik sebagai tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
 |
Sekadar Gambar Hiasan Tapi Dari Luar Negara |
 |
Gambar Hiasan - Keluarga Bahagia Tapi Mek Saleh, Mana Suasana Keluarga Islam Di Malaysia | | |
|
Kekurangan Yang Perlu Diperbaiki
 |
Gambaran Isikandungan Di SirapLimau.com |
- Masih kurang dengan artikel yang segar lagi menyegarkan, mungkin perlu dilantik penulis jemputan sepaya ia sentiasa segar.
- Header blog itu kadang-kadang biru dan kadang-kadang bertukar merah jambu. Ceriakan dengan suasana kemerahan melambangkan makna di sebalik sirap limau.
- Tiada sitemap untuk dirujuk supaya pengunjung senang nak cari artikel yang mereka inginkan sesuai dengan saranan pemilik blog untuk dikongsi, diluah jika tidak keberatan.
- Terlalu ringkas theme, tidak memgambarkan suasana masam dan manis dalam melayari blog ini, takut-takut nanti tarikan keghairahan pembaca tidak dapat dihasilkan.
- Foto-foto yang ada kebanyakkannya dari luar negara (mek saleh) bukannya dalam negara. Keayuan wajah gadis-gadis tempatan lebih menarik rasanya kalau diisi. Gunalah sumber-sumber tempatan yang lebih islamik.
- Entri/artikel/isikandungannya ada kalanya terlalu singkat, tidak memberikan secara menyeluruh. Kekangan masa dan artikel yang dihasilkan menjadi tiada kualiti. Semacam penulis buat dalam keadaaan tergesa-gesa.
- Pengisian tajuk-tajuk kebanyakkan sudah banyak yang ada di blog berniche kekeluargaan yang berlambak berada di internet.
- Cara penyampaian terhadap sesuatu isu secara umum dan bersahaja.
- Isikandungan artikel tidak bermutu, sumbat muat dengan tidak menampakkan apa yang diperkatakan di tema blog SirapLimau.com "Tidak Pernah Di Siarkan Di Majalah, Suratkhabar Dan Televisyen".
- Rahsia terhadap wanita tidak begitu menonjol, kalau penulisnya wanita ia lebih memberi kesempurnaan terhadap blog ini.
Jom meriahkan contest ini dengan arkikel anda. Contest ini berlangsung selama sebulan mulai 1 Januari 2014 sehingga 31 Januari 2014. Masih banyak lagi untuk korang menghantar penyertaan dan memeriahkan suasana contest ini. Segala syarat-syarat dan peraturan boleh rujuk di blog
Encik Titan. Jom sertai sekarang, penganjur telah menaikkan jumlah hadiah untuk pemenang.
Hadiah
- Grand Prize – Wang tunai sebanyak RM600
- 1st Runner – Wang tunai sebanyak RM250
- 2nd Runner – Wang tunai sebanyak RM160
Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com .
Semoga Berjaya Rakan-Rakan Semua.
0 Komentar untuk "Contest Review Sirap Limau - Segar Lagi Menyegarkan"
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......