Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..........


Kontest Ilmu Blogspot Malaysia

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia adalah keyword untuk "Kontes Ilmu Blogspot Malaysia" anjuran Hasrul Hassan yang sangat sesuai untuk sesiapa saja yang menggunakan blogspot sebagai flatform mereka untuk  menulis blog dan mendapatkan sesuatu ilmu berkaitan blog.

Untuk mendapatkan ilmu berkaitan blog ini, ia memerlukan pengalaman dan usaha berterusan agar sesuatu entri itu sentiasa segar dengan artikel-artikel yang berkualiti. Jika tidak ia akan bersarang dan dianggap oleh google sebagai blog tidak aktif.

Ketika mula-mula mengenali cara membuat blog, tiada apapun yang ada dalam diri ini berkaitan istilah asas dalam blog.

keyword, tajuk entri, SEO, SERP, PageRank, Spam,
Istilah Dalam blog/web

1. Senarai Istilah Asas Dalam Blog

  • Blog - Sebuah laman blog/web yang digunakan untuk menulis sesuatu artikel/entri untuk disiarkan di mana mana enjin carian. Biasanya kalau Google, blogspot adalah platformnya.
  • Domain Autoriti - Semakin tinggi jumlah mata yang diperolehi, makan semakin mudah pula untuk berada di kedudukan terbaik di SERP.
  • SEO - Search Engine Optimization merupakan perkara yang amat penting untuk meningkatkan dan mengembangkan sesuatu blog.
  • Keyword - Kata kunci perkataan atau teks ringkas yang di taip pada search engine dan juga pada sebuah entri atau artikel yang di tulis dalam sebuah web atau blog.
  • SERP -  Search Engine Results Page adalah daftar halaman web yang ditampilkan oleh search engine sebagai respons terhadap query kata kunci tertentu.
  • PageRank (PR) - Dinilai dan disaringkan oleh Google dengan cara mengindexkan artikel kita menggunakan robot mereka. PRnya di antara 0-10.
  • Dofollow - link yang mempunyai attribut follow yang mana jika kita memberikan komentar ke blog tersebut maka bererti kita meletakkan link ke blog tersebut dan dikira sebagai backlink oleh google.
  • Nofollow - suatu penilaian dari atribut HTML yang menerangkan beberapa mesin pencari untuk tidak mengikutkan hyperlink ke dalam indeks dan tidak mempengaruhi link target di hasil oleh enjin carian.
  • Blogwalking - Menjelajah dari satu laman blog ke satu laman blog dengan memberi komen, kritikan, saranan, pesanan, nasihat, teguran dan apa saja berkaitan.
  • Trafik blog - Jenis trafik yang biasa kita dengar iaitu Trafik Organik, Trafik Secara Langsung, Trafik Campaign  dan Trafik Refferal.
  • Spam - Semua blogger takut jika diserang spam. Ia tidak diinginkan oleh pengguna komputer kerana ia biasanya berisi iklan dari perusahaan yang mengganggu keselesaan para pengguna web/e-mel. Mengklik pada pautan yang ada dalam e-mel SPAM boleh membawa pengguna ke laman web Phishing atau laman web yang menyimpan Malware.
  • Backlink -  Bermaksud pautan luar yang menghala ke laman web dan blog kita. Pautan ini datang daripada pelbagai sumber seperti, media sosial (Facebook, Twitter, Google+), forum dan pembincangan, laman video seperti YouTube, laman web/blog, ping entri/artikel yang dah dipublish, direktori artikel dan sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi istilah yang ada pada blog, cuma inilah yang asas perlu diketahui. Bila lama kita menulis blog, kita akan berjumpa dengan pelbagai istilah. Jika kita tidak tahu istilah-istilah asas ini agar sukar untuk kita memahaminya dan menghuraikannya.


Kelebihan Blogspot

2. Kena Tahu Kelebihan Dan Kekurangan Blogspot

Kelebihannya:
  • Percuma - Boleh gunakan bila-bila masa tanpa had. Memberi banyak kelebihan kepada sesiapa saja yang ingin menulis blog. Ramai yang menggunakannya untuk menulis sesuatu blog sebagai dairi peribadi, membuat duit, kisah kehidupan sendiri, mempromosikan produk bisnes dan sebagainya. Kita juga tidak perlu membeli hosting, ia tidak seperti wordpress dan boleh membina banyak blog yang kita sukai.
  •  Mudah - Tidak memerlukan masa yang lama untuk daftar/membina emel/gmail di Google dan secara automatik kita dibolehkan membina sebuah blog bila-bila masa sahaja.
  • Mesra Penguna - Tidak banyak yang perlu diselia oleh kita, cuma tahu perkara yang asas saja sudah boleh mencipta sesuatu entri/artikel. Sementara itu Google lebih mengutamakan blogspot daripada yang lainnya.
Kekurangannya: 
  • Teknik SEO - Perlu pandai edit template untuk lebih mesra SEO seperti masukan blog description, keyword, H1 tag dan sebagainya.
  • Widget - Perlu ditampalkan sendiri seperti Facebook FanPage, Google + Plus, Butang Share, Banner dan sebagainya.
  • Header Blog - Perlu pandai mengunakan rekacipta sesuatu design untuk memastikan header blog kelihatan menarik dan mempersonakan pengunjung untuk melawatinya.
  • Ruangan Komen - Kurang menarik kerana pelawat tidak boleh meninggalkan backlink mereka tetapi akan lebih menarik jika mereka cari alternatif lain seperti disqus, intensedebate dan seangkatan dengannya.
  • Banned - Pihak blogger.com (Google) boleh banned akaun blogspot dengan mudahnya jika kita melanggar aturan yang telah ditetapkan oleh mereka.
 
art, italic, bold, berkualiti, asli
Teknik Penulisan

3.  Teknik Penulisan Yang Diperlukan

  • Berkualiti - Setiap apa yang kita tulis perlu ada nilai untuk dipersembahkan kepada pembaca di seluruh dunia.
  • Ejaan - Setiap perkataan yang kita tulis atau taip biarlah mudah difahami oleh pembaca. Digalakkan menggunakan Bahasa Malaysia standard.
  • Bahasa - Bahasa yang digunakan biarlah baik, tidak menyingung mana-mana pihak, ayat yang sopan, cadangan yang membina, kritikan yang diyakini sebagai pembetulan dan sebagainya.
  •  Isi Kandungan - Apa yang kita tulis dapat memberi ilmu kepada pembaca. Boleh buat tutorial, bina artikel yang asli atau setidak-tidaknya memberi sumber di mana kita ambil, teknik yang betul dan berkesan supaya menarik pelawat kembali lagi kepada blog kita. 

Jom mari pakat join kontes ini, ada hadiah menarik menanti anda, jika artikel yang kita bina dan publish itu menjadi pilihan juri sudah pastinya ganjaran mata wang jadi pilihan.


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong Komisen Jobdirumah serta iBiasiswa.my.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Ilmu Blogspot Blogger Malaysia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top