Malaysia Social Media Week 2014

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera.........


MSMW 2014, World Blogger and Media Social Award 2014
Media Social Media Week 2014

Sebut saja Media Social media Week 2014, pasti ramai yang dah tahu. Ianya berlangsung pada 24-28 Januari 2014 di The Royale Chulan Kuala Lumpur. Ia merupakan tempat para blogger, pengamal media sosial dan tidak ketinggalan tempat untuk bertemu dengan blogger-bloger hebat di Malaysia.

Tidak dilupakan juga untuk yang menjalankan bisnes mereka untuk bertukar-tukar bisnes kad. Sedikit sebanyak dapat mempromosikan produk mereka. Mana tahu ada syarikat besar mahu buat advertorial dengan kita. Dapatlah income nanti masuk ke dalam akaun kita. Pastinya RM???? empat angka dah pasti jika kena gayanya.





Diantara Pencapaian Rakan Kita di MSMW 2013


1. Ahmad Faizal ( Encik Titan )
  • Blog Earncent.com – Top 3 Best Business Blog.
  • Blog Ohcikgu.com – Winner Best Education Blog.
penganugerhan tertinggi, menang award terhebat, kehebatan blogger Malaysia amat hebat, top star blogger
MSMW 2013 - Sumber: Encik Titan aka Ahmad faizal

"Kita lihat apa kata Encik Titan dalam petikannya terhadap penganugerahan ini?"

Bagi aku, aku lebih selesa mempromosikan blog ini (ahmadfaizal.com) sebagai jenama baru aku. Blog-blog lain seperti Earncent.com dan Ohcikgu.com sudah ada jenama yang stabil. Sudah ada pembaca dan “PLOW” yang tersendiri. Blog ini masih banyak lagi perlu dilakukan dan aku harap blog ini akan lebih berjaya pada tahun ini berbanding blog-blog aku yang lain.

Jadi tak salah jika kita ingin mencuba, walaupun tidak menang award tapi ilmu yang kita dapat di dalam MSMW 2014 ini banyak sebenarnya. Bukannya selalu kita berjumpa sua muka dengan mereka yang sudah mencipta nama. Sedikit sebanyak pastinya ada ilmu yang kita tidak tahu selama ini dapat kita perolehi.


award tertinggi, menang award hebat, blogger hebat, top blogger
MSMW2014



"Apa pula kata Tuan Denaihati terhadap pencapaian beliau pada MSMW 2013". 
 
Nak berjaya dalam apa sahaja bidang mesti ada pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga kalau tidak jangan harap setakat cakap besar macam orang politik tapi tak kemana. Jom daftar untuk “World Bloggers and Social Media Summit” dan masa inilah nak guna skil PR kita untuk dapat sponsor daripada banyak syarikat yang telah kita bantu selama ini. Buat proposal cantik-cantik minta syarikat tersebut sponsor yuran MSMW2014 sebagai pulangan tuliskan advetorial untuk syarikat tersebut.


kehebatannya kian terselah, blogger hebat, blogger berwawasan
Denaihati - Menang 2 Award Sekaligus


Nak jadi seperti Tuan Amir aka Denaihati, bukannya sesuatu yang mudah. Jatu dan bangun adalah asam garam kehidupan beliau. Beliau mempunyai wawasan yang amat tinggi... nan tinggi "Gunung Kinabalu". Buat saja apa-apa program panti mendapat sambuatn yang amat mengalakkan. Ramai yang menganggap beliau adalah "SIFU" seorang blogger hebat. Rasanya ramai antara kita sudah tahu kehebatan Denaihati ini.


3. Akma Omar aka akmaomar.com 

Award Dimenangi Oleh Akma Omar Kategori Favourite Lifestyle Blog


"Apa kata Akma Omar tehadap award yang dimenanginya?"

Ada rasa bangga juga, maklumlah pertama kali dapat Award macam ni. Rasa macam menang anugerah skrin pulak hoho…Boleh saya katakan sebuah majlis gilang-gemilang untuk menghargai blogger-blogger tempatan dalam merealisasikan hasil karya mereka melalui blog. Malah, aturcara MSMW 2013 yang begitu teratur, eklusif dan meriah disamping hidangan dinner yang cukup menyelerakan.
 
Akma Omar bukan calan-calang orangnya. Seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan penuh displin terhadap setiap pekerjaan yang dilakukannya. Banyak juga anugerah yang beliau dapat. Kalau masuk bab menang contest, wowwww.... memang hebat. Jealous gua....!
 
Ramai lagi yang berjaya di MSMW 2013 Tapi saya cuma ambil tiga individu ini sahaja sebagai memberi gambaran sebenar kemenangan mereka dan anugerah (award) yang mereka dapat.

Anda tidak mahukah jadi seperti Tuan Amir aka denaihati.com. "Hidup Untuk Memberi" yang selalu diterapkan di dalam blog beliau membuatkan dirinya dikagumi ramai oleh bloger-bloger lain, tidak kiralah ianya baru atau pun lama. Ini sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak untuk cuba yang terbaik untuk mereka yang ingin berjaya.

Kategori yang dipertandingkan di MSMW 2014

  1. Best Auto Blog
  2. Best Business Blog
  3. Best Celebrity Blog
  4. Best Music& Entertainment Blog
  5. Best CSR Blog
  6. Best Educational Blog
  7. Best Foodie Blog
  8. Best Gossip Blog
  9. Best Photography Blog
  10. Best Gadgets Blog
  11. Best Shopping Blog
  12. Best Sports Blog
  13. Best Travel Blog
  14. Best Lifestyle Blog
  15. Best Micro Blog 
 
sensasi2020.com, blog seo friendly, blogger sensasi2020, bukan sekadar sensasi
sensasi2020 Mendaftar Bagi Kategori "Best Lifestyle Blog"


Untuk pengetahuan anda blog ini juga telah mendaftar di MSMW 2014 dalam kategori "Best Lifestyle Blog". Bukannya apa sekadar mencuba nasib, bukannya dapat menang pun. Rasanya nak menang amat jauh sekali.

Jika nak "Nominate" bolehlah dibuat sekarang kerana ia akan ditutup tidak lama lagi....!!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Malaysia Social Media Week 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top