Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Kelantan vs PKNS FC

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........


kelantan vs pkns, pkns lwn kelantan. Piala FA suku akhir ke-2,
PKNS FC vs KELANTAN

Malam ini jam 8.45 malam adalah perlawanan suku akhir kedua 8 pasukan akan berentap dengan lawan masing-masing. PKNS FC  vs Kelantan, Kedah vs Johor DT, Pahang vs PDRM dan Sarawak vs Felda United.

Kelantan yang menang di Kota Bharu pada 11 Februari 2014 yang lepas, telah berjaya mengalahkan PKNS FC dengan keputusan 3-2. Kini mereka membawa bekalan yang tipis ke Stadium Selayang, Selangor.

Keputusan Terkini:
PKNS FC (3) - KELANTAN (3)
Aggrigat (6) - (5)
Kelantan layak ke peringkat separuh akhir.

Aksi Di Stadium Selayang, Selangor



Kelantan sudah pasti akan memburu gol awal namun belum sempat membuat apa-apa Patrick Ronaldhino telah menjaringkan gol awal untuk PKNS pada minit ke-2 setelah terlepas perangkap offside.

Selepas itu Kelantan mula menyusun strategi akhirnya berjaya mendapay gol penyamaan pada minit ke-8, hasil jaringan Mohd Fakri Sharani melalui tandukan hasil sepakan percuma di luar kotak penalti oleh Mohd Badri Radzi.

Sementara itu, pada minit ke-24, Shakir Ali mendapat gol cantik untuk Kelantan hasil hantaran Mohd Badri Radzi tepat kepadanya terus menyepak masuk mengalahkan penjaga gol PKNS FC. Bagaimanapun pada minit-minit separuh masa pertama hendak ditamatkan PKNS FC mendapat sepakan penalti, hasilnya PKNS mendapat gol penyamaan hasil sepakan penalti Karlo Primolac pada minit ke-44.

Setelah bermula separuh masa kedua, PKNS FC terus berusaha keras untuk mengatasi pasukan Kelantan yang ada kelebihan gol dengan aggrigat 5-4, hasil keputusan 2-2 separauh masa pertama.

Pada minit ke-60, PKNS FC berada di depan seketika dengan hasil jaringan Hamka Hamzah setelah memperdayakan Mohd Fahmi melalui hasil tandukan yang mengelirukan.

Bagaimanapun Kelantan menyamakan kedudukan hasil hantaran Shakir Ali terus ke kaki Mohd Ghaddar terus menyepak ke gawan gol PKNS terus menerjah jaring. 

Perlawanan PKNS lawan Kelantan akhirnya berkeputusan 3-3, walaupun kedua-dua pasukan memburu jaringan, namun buntu menemui sentuhan penyudah. Maka dengan keputusan itu Kelantan layak ke peringkat separuh akhir dengan aggrigat 6-5. 

Perlawanan yang amat terhibur kedua-dua pasukan dengan aksi-aksi yang menarik, penuh dramaitk dan cukup teruja dengan semangat berlawan kedua-dua pasukan.

Tahniah untuk Kelantan dan cuba lagi untuk pasukan PKNS FC tahun depan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Kelantan vs PKNS FC"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top