Mampukah Ekonomi Islam Melayu Berkembang Di Pasaran

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........


Orang Islam, muslim, ekonomi Islam, dasar ekonomi melayu, model ekonomi bumiputera, http://www.sensasi2020.com/2014/02/contest-seo-muslim-niaga-platform.html
Ekonomi Harus Berkembang

Sistem pasaran ekonomi Islam (Muslim) yang bebas merupakan satu mekanisma yang baik seandainya dilaksanakan dengan betul serta tidak ada campur tangan pihak ketiga. Jika dibiarkan akan membuat pasaran menjadi tidak menentu dan terhad serta tidak mampu mewujudkan persaingan yang sengit.


Dalam sistem pasaran bebas, semua barangan dan perkhidmatan ditentukan oleh dua pihak iaitu penjual dan pembeli tanpa paksaan. Sistem pasaran bebas perlu mengutamakan kongsep moral dan kepercayaan dalam menjalankan perniagaan dan urusan pertukaran barang dengan wang yang membabitkan kedua belah pihak.

Kerajaan Dan Swasta Perlu Memainkan Peranan

Pihak institusi swasta dan badan kerajaan adalah penting untuk memainkan peranan mereka kepada orang Melayu yang beragama Islam sebagai akses untuk berjaya dalam bidang ekonomi Islam di pasaran global.

Peranan yayasan dan koperasi juga adalah saluran yang baik kepada usahawan Melayu dan Islam untuk mengembangkan perniagaan mereka. Institusi swasta perlu lebih banyak lagi diwujudkan selain daripada kebergantungan daripada kerajaan untuk memberi platform kepada usahawann khususnya kaum Melayu yang ingin berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Ini akan mengembangkan lagi pasaran mereka di peringkat tempatan, global atau antarabangsa.

kaum melayu, kaum cina, kaum india, kaum bumiputera, http://www.sensasi2020.com/2014/02/contest-seo-muslim-niaga-platform.html
Sumber Google: Penguasaan Ekonomi Mengikut Kaum

Kita perla ada prinsip, bagaimana mahu membantu usahawan orang Melayu, jangan hanya mengharap kepada bantuan kerajaan semata-mata. Di sinilah semua pihak perlu mencari dan mengamalkan prinsip yang boleh meningkatkan dan membantu kepada golongan yang tiada akses untuk menjadi kaya dan berjaya. Maka dengan cara beginilah kita boleh meminta daripada kerajaan agar memberi kerjasama dengan memudahkan proses pendaftaran untuk institusi tersebut dan tidak menunggu lama ketika proses itu dilakukan.

MEB, model untuk ekonomi, dasar ekonomi baru, bumiputera, orang aislam, melayu, contest seo muslim niaga
Model Ekonomi Baru

Tranformasi daripada pihak kerajaan untuk membantu usahawan kita amat diperlukan. Kerajaan telah melancarkan satu dasar ekonomi terbaru di bawah MEB (Model Ekonomi Baru), memfokuskan terhadap ekonomi Bumiputera semasa ucapan Perdana Menteri pada 14 September 2013 iaitu hari sabtu lalu. Ini kerana kedudukan ekonomi kaum terbesar Malaysia masih terkebelakang dalam arus tranformasi ekonomi negara.

Berselindung Di Sebalik Nama Islam

Boleh dikatakan terlalu banyak perniagaan yang tidak mengikut syariat Islam tetapi menggunakan label jenama Islam, malahan sanggup melabel keluaran produk mereka dengan logo tanda halal daripada "JAKIM",  Ini sesuatu yang harus ditentang dan bantah sekeras-kerasnya.
Sudah pastinya ini akan menjejaskan aktiviti ekonomi sesebuah organisasi tersebut. Jika produk kita disahkan halal oleh JAKIM sudah pastinya ia memberi gambaran bahawa barangan kita sah di sisi syariat Islam dan pembeli akan merasa yakin terhadap barangan tersebut serta mereka tidak akan merasa was-was lagi barangan tersebut.

Perkara begini perlu diterapkan di dalam produk pengeluaran mereka, pengesahan tanda halal daripada JAKIM sudah diikhtiraf oleh badan-badan antarabangsa. Dengan ini ia boleh di pasarkan di luar negara atau antarabangsa.

Kita juga digalakkan membeli barangan pengeluaran orang-orang Muslim agar ekonomi orang Islam itu sendiri terus meningkat. Jika kita amalkan kaedah begini, sudah pastinya orang-orang Islam akan bertambah berjaya dan maju.

Bila Berjaya Di Mana Kedudukan Kita

Kejayaan seseorang terletak pada kesungguhan, kesanggupan untuk berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga bagi mencapai cita-cita yang suci dan murni. Ia tidak akan datang bergolek. Bukan semua kekayaan dan kejayaan mereka adalah diwarisi daripada ibubapa mereka, tapi kebanyakkannya adalah usaha mereka sendiri. Cuba lihat carta di bawah tentang "10 Individu Terkaya Di Malaysia 2014".

Top 10 individu terkaya Malaysia 2014, http://www.sensasi2020.com/2014/02/contest-seo-muslim-niaga-platform.html
10 Individu Terkaya Di Malaysia 2014: Sumber Google
 
Persoalan "Mampukah Ekonomi Islam Melayu Berkembang Di Pasaran" akan terlerai jika kita sama-sama berganding bahu. Semoga ada lagi individu Melayu yang tersenarai sebagai 10 orang terkaya di Malaysia 2015 nanti. Jika semua pihak bersungguh-sungguh membantu sesama kita, orang Islam Melayu terus akan dibantu dan bukannya dipinggirkan, sudah pasti ianya akan berkaya dan bukannya mustahil hendak dicapai. Insya Allah... "Usaha Dan Doa" perlu diamalkan setiap waktu.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Mampukah Ekonomi Islam Melayu Berkembang Di Pasaran"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top