Berita Sensasi: Pesawat Malindo Air Terbakar

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........

Sebuah pesawat Malindo Air terbakar ketika membawa pemain bolasepak Terengganu pagi tadi. Ia dilaporkan terbakar di bahagian sayap sebelah kiri dalam penerbangan dari Subang ke Kuala Terengganu. Pesawat ini membawa 49 penumpang termasuk 4 anak kapal dan skuad bolasepak Terengganu yang menang 3-0 ketika mengalahkan pasukan ATM semasa perlawanan Liga Super malam tadi.


Malindo Air, pesawat malindo, terbakar di sayap malindo air
Pesawat Malindo Air Terbakar

Perkara ini telah diakui oleh pihak Malindo Air dalam satu media khas pada dikeluarkan 7.35 pagi tadi untuk memaklumkan perkara ini.

Enjin pesawat sebelah kiri terbakar kira-kira 7 minit perjalanan dengan ketinggian 7,000 kaki selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.



Sumber: Astro Awani (youtube)

Kapten juruterbang Wong Y.Y mengambil langkah yang bijak dengan berpusing balik ke Subang untuk mendarat bagi menyelamatkan pesawat itu daripada terus terbakar.

Kebakaran ini sempat dirakam oleh salah seorang pemain Terengganu iaitu Mohd Faiz Subri dan dimuat naik ke laman sosial beliau.

Semua pemain dan pegawai skuad bolasepak Terengganu amat bersyukur kerana selamat sampai ke Terengganu. Mereka semua amat takut dan berdebar saat ketika peristiwa ini terjadi kerana misteri pesawat MH370 belum lagi menemui bangkai pesawat mahupun serpihan sehingga ke hari ini.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Berita Sensasi: Pesawat Malindo Air Terbakar"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top