Keputusan Penuh Kelantan vs Terengganu Liga Super 2014

Keputusan penuh Terengganu vs Kelantan Liga Super 29 Mac 2014 pada malam tadi. Terengganu terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Kelantan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Terengganu.

                                


Walaupun Shawky Ali berjaya meletakkan The Red Warrior di depan pada minit ke 15 hasil hantaran satu dan dua daripada Mohamad Ghaddar, namun selang 21 minit selepas itu Zairo Anuar berjaya menyamakan kedudukan iaitu pada minit ke 37. Ini sekaligus memusnahkan impian skuad Darby Pantai Timur mengutip tiga mata berharga selepas mencatat tiga kekalahan berturut-turut sebelum itu dengan Pahang, Selangor dan Johor.

Perlawanan tamat separuh masa pertama dengan jaringan 1-1, walaupun kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Dengan kemasukan pemain baru skuad TRW Brendan Gan dan Mohd Fitrie Omar sedikit sebanyak mengubah rentak dan corak permainan pasukan Kelantan.

Masuk separuh masa kedua, Kelantan dan Terengganu buntu menghasikan gol, walaupun kedua-dua pasukan berbalas serangan. Dengan kemasukan awang import Forkey Doe untuk TRW dan Mamadou Hady Barry untuk Sang Penyu tidak memberi apa-apa kepada pasukan mereka.  

Hinggalah minit-minit terakhir, sepatutnya Kelantan boleh mendapatkan gol kemenangan, namun nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan hasil tandukan Mohamed Shawky tetapi melewati palang gol yang diawasi oleh Mohd Sharbinee Allawee.

Dengan keputusan ini meletakkan Terengganu di tangga kedua setelah pasukan Pahang yang menang mengalahkan Perak dengan jaringan 2-0. Sementara itu Kelantan kekal berada di tangga ke 6 walaupun berjaya mendapat satu mata.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Penuh Kelantan vs Terengganu Liga Super 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top