sensasi2020

MH370: Makin Banyak Petunjuk Baru Ditemui | sensasi2020 MH370: Makin Banyak Petunjuk Baru Ditemui - sensasi2020

MH370: Makin Banyak Petunjuk Baru Ditemui

Makin banyak petunjuk baru ditemui, terbaru adalah data daripada satelit Airbus Defence Space pada 23 Mac lalu dengan pencerapan 122 objek berpotensi dikaitan dengan MH370 di kesan Di Lautan Hindi.

                                


Objek berkenaan dikesan berada di kedudukan kira-kira 2,557 km dari Perth, tidak jauh dari kawasan pencarian dan penyelamat (SAR).

Malaysia Remote Sensing Agency (MRSA) telah menerima data berkenaan dan diberi pula kepada pasukan SAR  yang dikendalikan oleh Australia. Pihak MRSA juga sedang menganalisis imej tersebut bagi menentukan kesahihan adakah imej tersebut adalah bangkai pesawat MH370.

                                  


Pelbagai objek dapat dicerap oleh satelit, antaranya berukuran satu meter panjang sehingga 23 meter panjang, namun semua ini perlu dicari, diambil untuk dianalisis bagi membuktikan ianya adalah serpihan pesawat MAS yang hilang itu.

Pertemuan objek tersebut perlu diambil dan dibuat kajian oleh pakar-pakar dari luar negara. Malaysia memerlukan kepakaran dari luar untuk membantu usaha mencari apa-apa saja serpihan dan kotak hitam bagi mengungkai misteri kehilangan pesawat MH370.
Tag : MH370
Back To Top