Solat Sunat Istisqa Memohon Diturunkan Hujan

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........

Solat Sunat Istisqa adalah solat meminta agar diturunkan hujan. Erti "Istisqa" bermaksud meminta siraman air agar Allah Taala menurunkan hujan kerana kemarau berpanjangan. Ia dikerjakan sebanyak dua rakaat.

…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah
 
Sekadar Gambar Hiasan: Google

Sebelum ni kita ditimpa musim hujan dan sejuk, banyak negeri di Malaysia terkena. Suhu sejuk daripada kebiasaan. Namun kini musim kemarau pula menimpa. Sampaikan di negeri Selangor, catuan air terpaksa dilakukan. 

Doa Solat Sunat Istisqa


Doa, Solat Istisqa, solat hajat, berusaha, berikhtiar
Doa Solat Istisqa

Di Kelantan pula, lebih daripada 500 penduduk di sekitar Kadok mengadakan Solat Sunat Istisqa untuk memohon agar Allah turunkan hujan. Kemarau lebih dua bulan melanda sekarang ini, membuatkan pendudukan di sekitar menjadi resah gelisah kerana kebanyakan mereka ini adalah petani dan mengusahakan penanaman padi, sayur-sayuran dan sebagainya. 

Suhu pula hingga mencecah 35-40' Celsius, sudah pastinya cuacanya amat panas dan kering, berdebu dan berjerebu. Ini akan mendatangkan pelbagai penyakit seperti batuk, tekak kering, hidung berair, wajah kemerah-merahan, ruam dan kulit menjadi kering.

Jika kerajaan menjalankan kaedah pembenihan awam, ini adalah satu langkah yang bijak dan paling berkesan seandainya dibuat dalam masa terdekat ini. Semakin lama dibiarkan suasana begini semakin parah lagi keadaannya.


Pembenihan Awam Amat Diperlukan

Pastinya mereka mengharap agar dengan menjalankan dan melaksanakan Solat Sunat Istisqa, berdoa dan bermunajat agar Allah mendengar rintihan penduduk agar ia tidak menjadi lebih teruk.

Berdoa, Beristiqamah, solat hajat, solat istisqa
Doa juga Amat Digalakkan

Ini sudah tentu ujian Allah Taala terhadap umatnya agar tidak lupa denganNYA, sentiasa bersyukur, bertakwa dan menjaga segala aktiviti harian agar tidak terpesong jauh dengan lunas-lunas agama Islam kita yang sebenar. Kita amat juga digalakkan untuk banyak-banyak bertaubat agar dosa-dosa kecil dan besar akan dihapuskan oleh Allah Taala Yang Maha Berkuasa.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top