Catuan Besar-Besaran Sensara Berpanjangan

Catuan Besar-Besaran Sensara Berpanjangan. Itulah yang terpaksa ditempuhi oleh warga kota di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Ini bermakna kira-kira 6.7 juta penduduk akan hidup dengan ketiadaan air yang meruncing akibat daripada keputusan Kerajaan Selangor untuk meneruskan catuan air bagi menghadapi musim kemarau dan kering bermula Mei hingga September.
                                  
                                
Catuan air di selangor, rakyat sensasra, krisis air semakin meruncing
Empangan Sungai Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abudul Khalid Ibrahim berkata, "Keputusan tersebut turut mengambil kira tentang keadaan bekalan air di Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru yang masih di bawah paras kritikal dan hanya mampu bertahan 29 hari jika catuan air dihentikan".

                               
Catuan akan diteruskan, krisis air semakin berat, rakyat sensara,
Sungai Selangor Di Kuala Kubu Baru

"Kita mahu pastikan bekalan air dapat bertahan selama 6 bulan agar bila waktu bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, rakyat dapat disalurkan air dengan secukupnya".

Paras air simpanan air mentah di empangan tersebut ketika ini ialah89.29 juta meter padu atau 38.82 peratus berbanding 235,32 meter juta padu jika empangan penuh 100 peratus.

Ini akan menyebabkan kira-kira 6.7 penduduk Lembah Klang akan sensasra berpanjangan selama 161 haril lagi selepas melalui hidup yang perit selama 55 hari sebelum ini akibat catuan bekalan air.

Rata-rata penduduk beranggspan tindakan catuan bekalan air itu memang tidak masuk akal jika diteruskan, memandangkan sebahagian besar kawasan Di Lembah Klang dan sekitarnya menerima hujan lebat hampir setiap hari. Ini sudah tentu paras air di sungai-sungai akan mengalami kenaikan paras air yang tinggi.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Catuan Besar-Besaran Sensara Berpanjangan"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top