Google Adwords Platform Terbaik Bantu PKS

Google Adwords Platform Terbaik Bantu PKS. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) kini sudah boleh menggunakan aplikasi terbaru daripada Google Adwords dalam Bahasa Melayu sebagai platform pengiklanan perniagaan mereka.


Google Adwords

Apa Itu Google Adwords

Google AdWords ialah keluaran pengiklanan kemegahan dan sumber hasil Google yang utama. Ia membekalkan pengiklanan bayar per klik (PPC) dan pengiklanan yang menyasarkan tapak web untuk kedua-dua iklan teks dan iklan sepanduk.
Program ini merangkumi penyebaran tempatan, negara dan antarabangsa. Iklan teks Google adalah pendek sahaja dan terdiri daripada satu garis tajuk serta dua garis teks kandungan. Iklan-iklan imej boleh merupakan salah satu daripada beberapa saiz piawai Biro Pengiklanan Interaktif (IAB). Sumber: Wikipedia

Ada Empat Saluran Pengiklanan Boleh Didapati:

1. Enjin carian Google.
2. Enjin carian yang berada di dalam “Google Network” seperti AOL, Ask.com & Netscape.
3. Laman-laman web yang menyertai program Google AdSense (program pengiklanan oleh Google)
4. Iklan video di YouTube atau mana-mana laman web yang membenarkan iklan berbentuk video untuk dipaparkan di dalam Google Display Network.



Sumber: Youtube-Google Adwords For Marketing


Berapakah Yang Telah Menggunakannya 

Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, dianggarkan terdapat kira-kira 700,000 PKS di seluruh Malaysia, namun hanya 15% daripadanya menggunakannya secara dalam talian (online).

Dengan menggunakan Google Adwords dalam Bahasa Melayu, ia dapat membantu untuk mengembangkan perniagaan dan meluaskan lagi capaian bisnes secara talian. 

Ia memberi kemudahan dan keselesaan dengan bahasa pengantar yang digunakan selain dapat menarik lebih ramai pelanggan yang mencari produk atau perkhidmatan perniagaan melalui dalam talian (online).

"Menggunakan aplikasi ini sangat mudah dan senang dikendalikan. Mereka menjangkakan lebih ramai PKS akan menggunakannya dan memasarkan perniagaan mereka dalam talian. Selain PKS, Google Adwords juga direka khas untuk individu dan agensi lain yang berkaitan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perlancaran Google Adwords di Kuala Lumpur, semalam.

Hampir 20 juta pengguna internet dan 35% pengguna telefon pintar di Malaysia berpotensi besar dapat melakukan aktiviti pengiklanan perniagaan melalui Google Adwords disebabkan 60% daripada penduduk di negara ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa utama.

Melalui aplikasi ini penguna dapat membuat carian kata kunci (keyword) tertentu sesuatu mengenai sesuatu perniagaan dengan lebih mudah. Hanya diperlukan adalah menaip kata kunci (keyword) mengenai produk tertentu atau perkhidmatan yang ingin diperlukan dalam enjin carian Google.

Selain menggunakan Bahasa Melayu, Google Juga turut berhasrat menambah penggunaan dalam bahasa lain. Setakat ini, terdapat 60 bahasa dalam enjin carian Google.

Mereka hanya mengenakan bayaran paling minimun sahaja untuk kemudahan ini untuk mengiklankan perniagaan yang PKS jalankan.

Inilah masa terbaik untuk sesiapa saja yang menjalankan perniagaan menggunakan aplikasi ini, agar dapat meneruskan dan mengembangkan ke satu tahap yang boleh dipertingkatkan yang lebih tinggi.

Pesanan saya, gunakan kemudahan aplikasi yang disediakan ini digunakan sebaik-baiknya dan sepenuhnya. Semoga berjaya dengan perniagaan yang telah anda jalankan, Insya Allah.

Jom Terjah Entri Berkaitan: 
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Google Adwords Platform Terbaik Bantu PKS"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top