Hati Seorang Blogger

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..........

Hati Seorang Blogger. Ramai yang menulis artikel di blog mereka, tapi adakah mereka ini digelar "Blogger"? Pasti ada penguraian atau pendapat masing-masing boleh kita sama-sama kongsi.Tapi bagaimana hati dan perasaan mereka terhadap blog yang mereka hasilkan? Adakah hanya menulis sebagai mengisi masa lapang? Menulis sekadar suka-suka? Menulis untuk mendapatkan income/pendapatan sampingan? Atau sebagai hobi dan minat?

sensasi2020.com, jom terjah blog sensasi2020, blogwalking di sensasi2020.com
Hati Seorang Blogger - Sensasi2020

Untuk menjawab semua persoalan ini, ia perlu dirungkai oleh blogger itu sendiri. Merekalah yang dapat merasainya dan pengalamannya, ada kalanya suka, ada kalanya boring/bosan, ada ketikanya gembira, ada masanya kehabisan/kekeringan idea, ada waktunya lihat income tidak mencanak, mood memakin menurun dan pelbagai perkara lagi boleh terjadi. Masa, tenaga, idea, wang ringgit perlu dikorbankan demi seorang "blogger" dan sebuah blog.


Hati Seorang Penganti, Hati Seorang Blogger, #HatiSeorangPengantin, #HatiSeorangBlogger
#HatiSeorangPengantin
 
Isu "Hati Bersama Blogger" telah diutarakan oleh Denaihati di media sosial Facebook sebentar tadi. Saya teruja dan menyahut beberapa blog yang mengutarakan tajuk/keyword ini. Kisah ini berkaitan pembincangan  "Hati Seorang Pengantin" yang banyak mendapat liputannya di Team Denaihati Network.

Blog                 

             
Blogwalking, blog sensasi2020.com, jom layari blog sensasi2020
Header Blog Sensasi2020
Kebanyakannya dah miliki sebuah blog atau lebih tapi tanpa blog kita masih boleh menulis di laman sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Namun bloglah yang paling mudah untuk menghasilkan artikel/entri sebanyak mana kita boleh hasilkan dan sepanjang mana perkataan boleh kita karangkan.

Blog aku ada lebih daripada satu, blog sensasi2020 ditubuhkan pada 1 Mac 2011. Ini bermakna sudah 4 tahun blog sensasi2020.blogspot.com (blogspot), selepas itu beli domain pada 1 September 2012 dengan menggunakan sensasi2020.com dan menubuhkan sebuah blog lagi iaitu bloggertopstar (wordpress) baru saja beberapa bulan dijenamakan.

Masa

Masa memainkan peranan yang paling penting. Waktu yang mana sesuai untuk menghasikan/publish entri? Ini mengikut masa ruang kita , ketika mana kita berpeluang untuk menulis. Ada orang lepas habis bekerja. Masanya lebih kurang diantara pukul 8.00 malam hingga 2.00 pagi dan ada masanya 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ini mengikut individu seseorang, di mana mereka lebih selesa.


Keluarga

                             
Anak-anak, sumber inspirasi, sokongan dan doronagan mereka diperlukan
Anak-Anak Sumber Inspirasi

Bagi yang sudah berkeluarga seperti saya, tidak tetap sebenarnya. Bekerja di siang hari bagi menampung perbelanjaan keluarga. Perlu menumpukan perhatian terhadap kerja sekolah anak-anak pada waktu malam, isteri pula bekerja jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Maka sayalah yang harus memberi perhatian kepada anak-anak. Inilah yang membataskan aktiviti berblogging dan blogwalking.



Kerjaya


Di Sinilah Saya Diinterview Oleh Pegawai Secret Recipe

Kerjaya sebagai seorang blogger, boleh hidup ke? Bagaimana yang tiada pekerjaa/pengganggur seperti saya ini. Semenjak berpindah ke Kuala Lumpur, hidup masih tidak menentu. Sepanjang satu bulan tidak bekerja, pelbagai dugaan hidup ditempuhi. Ini memerlukan wang yang besar bila hidup di kota kosmopolitan. Belanja makan untuk keluarga, wang saku anak-anak ke sekolah, yuran sekolah, beli buku baru untuk sekolah di tempat baru. Hanya bekerja sambilan dengan kakak, berapa sangat yang ada. Paling tidak meriasaukan adalah si isteri telah bekerja dengan kakak saya di FoodCoart Kosas untuk meringankan bebanan hidup.

Tapi berkat doa, sokongan rakan-rakan dan dorongan sanak-saudara, hati ini bersemangat dan tempuhi segala apa saja rintangan. Alhamdulillah... akhirnya dapat juga bekerja di "Secret Recipe". Walaupun gaji tidak besar tapi sekurang-kurangnya boleh menampung perbelajaan diri dan keluarga.

Walaupun sebelum ini sudah banyak tempat mencari kerja di serata negeri Selangor. Pernah juga interview di King Confectionery tapi tidak panggilan susulan dan banyak lagi tempat. Tidak perlulah saya ceritakan satu-persatu di mana tempat saja cari kerja tu. Itulah perjalanan hidup... dan sebagai seorang blogger, berblogging adalah sedikit terjejas sebelum talian streamyx di Kota Bharu dipindahkan ke Selangor.

Iklan


H12 media, affiliate, jom tambah duit dengan iklan.
Iklan H12 Media
 
Apakah pentingnya iklan di blog? Berapalah boleh dapat dengan pengiklanan. Boleh ke dapat 1k sebulan? Ini juga memberi kita semangat bila income yang kita dapat cukup untuk membayar kos langganan internet, membeli atau menyambung domain dan hosting yang kita beli/gunakan. Tapi berapa ramai yang dapat sebanyak itu? Di mana dan cara bagaimana nak dapatkannya? Setiap orang pasti berbeza cara dapatkannya. Banyak iklan yang boleh kita lakukan seperti advertorial, affiliate, produk sendiri, letak tapat iklan untuk disewa dan sebagainya.

Saya pernah juga menaja contest yang dibuat oleh rakan blogger. Bukannya kita banyak duit tapi bagi memberi backlink terhadap penjenamaan blog kita. Backlink ini adalah salah satu bentuk SEO, ia memberi maksud pautan luar (link luar) yang menghala ke laman blog/web kita. Ia datang dari pelbagai sumber seperti Facebook, Twitter, Ping, Forum dan lain-lain lagi.

Saya juga sering masuk contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Pernah juga dapat wang hasil kemenangan daripada contest ini. Paling teruja adalah menang contest iPhone 5S-Revolusi Bisnes Online, hadiahnya berupa iPhone 5S, wwwwowww hebat bukan. Harganya lebih kurang RM2500. Anda pula.... apa yang dapat? Pastinya lebih lagi lumayan hadiahnya. Lihat saja apa yang AkmaOmar, HasrulHassan, Denaihati, KhairulAsrol, CikguNaman, AhmadFaizal dan ramai lagi yang dapat.

Anugerah Atau Awards


DiGi WWWOW Internet For All Awards

Kalau sebut pasal award, pasti ramai yang beria-ia mendapatkannya. Anugerah yang biasa dipertandingkan seperti DiGi WWWOW Award, World Blogger And Sosial Media Award 2014, MSMW 2014, Blogr Award dan sebagainya. Apa pula yang anda sapat. Bagi blog aku, dapat acap kali masuk pertandingan tapi tidak ada satu pun yang berjaya. Apakah kerana orang/penggunjung tidak minat dengan artikel kita? Adakah blog kita begitu membosankan? Adakah keistimewaan blog/entri kita terbitkan? Kalau tidak ada daya penarik, bagaimana kita harus lakukan? Semua persoalan ini sering bermain di fikiran kebanyakan blogger-blogger di luar sana. Ini semua kena cungkil rahsia daripada AhmadFaizal, AkmaOmar dan Denaihati.

Blogwalking

Apa itu blogwalking? Penting ke benda ini. Boleh ke buat entri panjang berjela sampai 3000-5000 patah perkataan tetapi hanya mengharapkan pembaca sendiri yang mencari keyword atau artikel yang telah kita terbitkan. Blogwalking sangat perlu bro.... tanpa benda ini sangat sukar orang nak kunjungi blog kita. Lihat saja Denaihati, walaupun dah dikenali ramai, tetapi masih lagi beliau membalas kunjungan bagi mereka yang melawati blognya. Jangan lupa kongsikan artikel kita di mana-mana saja sebagai sampingan dan tambah agar sekurang-kurangnya orang tahu, kita telah publish artikel terbaru di blog kita.

Sebenarnya mahu tak mahu kita mesti mengambil masa untuk blogwalking. Pergilah melawat blog yang PRnya tinggi, tidak kira ianya blog bahasa Melayu atau Inggeris. Tak rugi sebenarnya kita pergi ke blog PR tinggi. Jangan lupa tinggal komen di situ, ini untuk backling blog kita. Setidak-tidaknya mereka akan balas balik kunjungan kita.

Dengan cara demikian, Unique Visitor, Impression dan Pageview kita meningkat, Google PR naik, Alexa PR semakin baik, harga blog kita semakin tinggi nilainya dan sebagainya. Semua ini juga untuk SEO blog kita. Google akan menilai blog kita berkualiti dan penuh berautoriti.

Hadirkan Diri Ke Majlis

                               
Sepetang Bersama Blogger 2014 Dan Yeo's
    
Bila sebut "Sepetang Bersama Blogger", semua Team Denaihati sudah pasti telah menghadirikan diri. Ramai yang memperkatakan kemeriahannya. Berjumpa bersama blogger di seluruh Asia tenggara, berkenal-kenalan, bersua muka, walaupun sebelum ini hanya kenal melalui internet atau sosial media. Tapi bila hadir di sini, pelbagai aturcara, persembahan, kuiz, cabutan bertuah, dapat mengenali satu sama lain dan paling penting dapat bertukar kad bisnes atau kad blog. Dapatlah juga 45 kad sebagai pertukaran. Ini belum memuaskan kalau dikira jumlah yang hadir di SBB2014 lalu.

Jika ada acara lain yang seangkatan dengannya, cuba-cubalah hadirkan diri. Ini juga untuk penjenamaan blog kita dan menjalinkan ikatan ukhwah sesama kita. Ia memberi kebaikan dan ilmu yang tidak mungkin dapat hanya sekadar melayari internet di rumah sahaja. Tidak rugi rasanya, malahan lebih berbaloi. "Tepuk dada tanya selera".

Ke Mana Arah Tujuan Blog Kita?

Penulis blog ada pelbagai cara dan ragamnya. Mereka pasti ada matlamat tertentu. Ada yang ingin menjadikan blog sebagai sumber utama pendapatan bulanan. Tapi berapa ramai yang sanggup melepaskan jawatan atau berhenti kerja semata-mata mengejar income dengan hanya menulis blog. Berapa ramai yang sanggup? Adakah anda sanggup? Jika sanggup lakukan seperti apa yang penulis blog yang berjaya. Anda tentu tahu siapa gerangan yang boleh anda cari?


Kedai Online Denaihati Network, Buku Online Denaihati.
Inilah Bentuk Buku Denaihati

Untuk mencapai seperti mereka, bukan jalan yang mudah. Banyak perlu dipelajari, ilmu blog atau berkaitan perlu ada. Jika setakat ilmu yang ada pada diri saya belum cukup, malahan jauh sekali jarak dan perbezaannya. Mereka bukannya setahun dua berblogging. Tuan Amir Hassan pernah berkata "Ingin berjaya perlu berkawan dengan orang yang berjaya". Untuk menambah ilmu tentang blog, anda boleh dapatkan buku "Denaihati" di Kedai Online Denaihati Network. Di buku ini terdapat banyak tip-tip yang boleh anda ikuti.

Akhir kata, pesanan saya ini untuk diri sendiri dan juga untuk rakan-rakan yang lain. Jangan mudah berputus asa, pasti ada jalan penjelesaiannya. Belajarlah selagi "Nyawa Dikandung Badan". Ilmu tidak akan habis walaupun sepanjang hayat kita belajar. Buatlah apa yang perlu anda lakukan. Jangan ikut apa kata orang, ikutlah kata hati. Pasti ada kejayaan yang akan menyusul. Insya Allah.. Berdoa dan bertawakal kepada Allah Taala, semoga doa kita dimakbul suatu hari nanti. Kalau tidak pun Allah akan tunaikan di akhirat nanti.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Hati Seorang Blogger"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top