Hati Ceria Di Secret Recipe

Assalamualaikum...

Salam sejahtera..........

Hati Ceria Di Secret Recipe. Setelah sebulan tidak bekerja, akhirnya kerjaya yang dicari akhirnya tercapai.

                               
Office Secret Recipe

Selama sebulan, makan, cari kerja dan tidur menjadi rutin harian sepanjang sebulan. Hidup di ibu kota Kuala Lumpur dengan kos sara hidup yang tinggi begitu menguji diri ini. Semua perlukan wang ringgit untuk meneruskan perjuangan di kota kosmopolitan. Perbelanjaan harian sekolah anak-anak, isteri dan diri sendiri begitu memcekam sanubari. Wang keluar begitu deras dan wang yang masuk tiada. Ini memberi banyak dugaan dan kesabaran, hanya Allah Taala yang mengetahui. 

Tiap-tiap hari, pastinya pekerjaan yang dicari. Tidak kira apa saja pekerja yang ada, perlu dicari segera. Saya pernah pergi memohon kerja di King Confetionary, pergi temuduga, namun tidak ada jawapan. Itu semua tidak melemahkan semangat dan tidak berputus asa.

                             
Pekerjaan Sampingan Di Rumah

Sambil mencari kerja, saya membuat kerja sampingan iaitu membuat kek cawan, tart telur, kek meleleh dan kek moist untuk di jual di gerai kakak saya yg menjual nasi kukus. Jualan di situ tidak seberapa, namun bolehlah untuk memberi duit saku kepada anak-anak untuk ke sekolah.

                             
Bersama Rakan Sekerja Di Secret Recipe

                             
Surat Pengesahan Dan Perjanjian

Hampir sebulan menjadi penganggur, akhirnya, dspat juga tawsran daripada Secret Recipe. Bekerja sebagai decoration cake di. 3D Deco Departmen Cake. Tugasnya membuat kek fondant (royal cake). Alhamdulillah... rakan-rakan sekerja memang baik-baik semua. Mereka memberi tunjuk ajar apa yang saya tidak tahu. Kami bekerja dalam satu pasukan , kerjasama smat perlu dalam memantapkan prestasi lerja. Segala kebersihan dan ketelitian dalam pekerjaan harus dititikberatkan.

Satu saja yang menjadi masalah di sini iaitu jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja amat jauh iaitu dari Ampang ke Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, kira-kira 50-60 minit untuk sampai ke Secret Recipe di Taman Mayang, SS25/28, Petaling Jaya, Selangor. Namun apa boleh buat, buat sementara waktu, hadapi semua ini sebagai satu cabaran.

Kek Yang Dibuat Di Secret Recipe
                                
Akhir kata... doakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan di sepanjang saya pergi, pulang dan apa jua situasi, maklum sajalah, hari-hari basah kuyup bila saja pulang dari kerja. Insya Allah... semoga kesulitan yang dialami boleh membantu meringankan bebanan hidup.

Semoga... apabila dapat gaji pertama, maka bebanan hidup dapat dikurangkan walaupun bukan sepenuhnya. Doakan kesejahteraan dan keselamatan dan kehidupan ini di dunia dan juga akhirat. Amin......

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Hati Ceria Di Secret Recipe"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top