Gadis CDM 25 Mengamuk Cetus Kontroversi


Gadis CDM25 Mengamuk Cetus Kontroversi. Seorang wanita Melayu bertindak dengan begitu exstrem dan marah teramat sangat selepas kereta Peugeot 208 miliknya yang baru dibeli dilanggar dengan kereta seorang warga emas pesara berketurunan Cina di Kuantan mencetuskan kontroversi di Twitter dan Facebook, di seluruh dunia diklasifikasi sebagai trending terhangat dan sensasi.





Suasana Ketika Kejadian
                                
Banyak komen diluahkan di Facebook, Twitter, WhatsApp, Wechat, blog dan laman sosial lain, mereka mengutuk dan menyindir serta memperlekehkan perilaku gadis tersebut yang dianggap kurang ajar dalam tindakkannya terhadap warga emas ini yang melanggar keretanya dengan mengetuk besi pengunci stereng kereta di bahagian bonet depan kereta Sin Siak Hong.


Maklumat Pemilik Kereta


Ketika kejadian, gadis CDM25 (Kiki Kamaruddin) tidak menghiraukan orang ramai yang menyaksikan perbuatannya, malah membiarkan saja tindakan yang dianggap tidak sopan pada pandangan masyarakat, lebih lagi ia berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Laporan Terkini Penuh Sensasi Gadis Peugeot CDM25

Alhamdulillah gadis Peugeot CDM25 (Kiki Kamaruddin) dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.” Beliau juga sudah memohon maaf secara live di TV3. Pak Cik Sim Siak Hong, juga sudah memaafkan gadis ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. 

Walau bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini. Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri memberi nasihat kepada sesiapa saja, jika berlaku sesuatu kemalangan segerakan lapor kepada pihak polis dan bukannya mengambil tindakan sesuka hati.

Untuk mengelak lebih parah lagi isu ini, Kiki Kamaruddin telah di panggil ke stesyen Radio ERA FM bagi menjenihkan suasana dengan pemohonan maaf beliau terhadap Uncle Sim Siak Hong.




Dalam pada itu, berita terkini yang dapat diterima Ketua Polis Daerah Kuantan mengesahkan #‎Kiki‬Kamaruddin telah ditahan bagi membantu siasatan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Gadis CDM 25 Mengamuk Cetus Kontroversi"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top