Siapa Juara Piala Dunia 2014 Jerman atau Argentina.  Persoalan ini telah lama bermain di fikiran setiap peminat bola sepak di seluruh dunia, baik di benua Eropah, Asia, Afrika atau Amerika Selatan. Semua tertumpu pada Piala Dunia 2014 di Brazil pada Isnin jam 3 pagi (waktu Malaysia) di Stadium Maracana, Rio de Janeiro antara Jerman lawan Argentina.

Keputusan Terkini

Jerman ( 1 ) vs ( 0 ) Argentina

Penjaring Gol: Mario goetza minit ke 113 pada masa tambahan.


Jerman vs Argentina, Germany vs Argentina
Final Piala Dunia 2014 Jerman vs Argentina

Siapa Juara Piala Dunia 2014


Who Will Win World Cup 2014?
  
Siapa Juara Piala Dunia 2014? (Who Will Win World Cup 2014). Jerman atau Argentina. Ramai yang sudah mula meramalkan dan memperkatakan kehebatan kedua-dua pasukan ini. Mereka mengalahkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Jerman menang mengalahkan Brazil 7-1 dan Argentina menang melalui sepakan penalti 4-2 mengalahkan Belanda apabila mereka terikat dengan 0-0.


Pasukan Argentina Piala Dunia 2014

Pasukan Jerman adalah pasukan yang stabil di setiap bahagian pasukan mereka. Ketua pasukan Jerman Philipp Lahm, berjanji akan terus berusaha dengan aksi terbaik dan penuh bertenaga sambil dibantu oleh pemain pengempur mereka seperti Miloslav Klose dan Thomos Mueller bagi merobek gawang Argentina. 


Pasukan Jerman Piala Dunia 2014

Keyakinan mereka bersandarkan pada pertemuan mereka di separuh akhir ketika bertemu pasukan tuan rumah Brazil dangan keputusan yang di luar dugaan iaitu 7-1. Satu keputusan yang mengejutkan peminat setia Brazil terhadap pasukan kesayangan mereka.

Sementara itu pasukan Argentina pastinya mengharapkan sentuahan berbisa ketua pasukan mereka, Lionel Messi bagi mengetuai jentera serangan skuad "La Albiceleste" bagi mendapatkan gol untuk melayakkan pasukan mereka bergelar juara baru Piala Dunia untuk kempen kali ini di Brazil 2014. Ketika Argentina lawan Belanda di peringkat separuh akhir tempoh hari, Argentina menang melalui tendangan penalti setelah berakhir 0-0 walaupun bermain dalam masa tambahan.

Bagi kedua-dua pasukan ini, mereka telah bertemu sebanyak 21 kali. Argentina  pernah menang sebanyak 9 kali sepanjang pertemuan dengan Jerman. Sementara itu, Jerman cuma pernah mengalahkan Argentina sebanyak 7 kali dan mereka cuma seri sebanyak 5 kali.

Anda boleh tonton siaran langsung perlawanan diantara Jerman vs Argentina menerusi TV2 jam 3.00 pagi (waktu Malaysia) atau Astro Arena.

P/S: Selamat Menonton Final world Cup 2014 Jerman vs Argentina.