Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger


Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger. Mula-mula ada juga terbaca segmen ini di Facebook dan blog yang diceritakan oleh Tuan Hasrul Hassan secara detail, cuma diri ini je tak berkesempatan untuk memulakan langkah susulan. Tapi entah kenapa tiba-tiba hati tergerak nak sertainya. Semacam ada aura terhadap tajuk segmen ini. 

                             
Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Segmen ini adalah anjuran Tuan Hasrul Hassan sempena "Hari Kemerdekaan Yang ke 57" untuk sesiapa saja yang bergelar blogger Malaysia.
                           

Antara syarat-syarat yang perlu di patuhi:
  • Masukkan banner seperti di atas di blog anda, jika mahu menyertainya dan linkkan ke blog Hasrul Hassan.
  • Buat entri tidak lebih daripada 300 patah perkataan dan ceritakan peranan anda sebagai seorang blogger Malaysia untuk menzahirkan "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".
  • Tunjukkan kecintaan kita terhadap Malaysia di dalam entri segmen anda.
  • Bila dah siap, tinggalkan URL entri anda di kotak komen di blog Hasrul Hassan.

                               
Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Segmen Khusus Tentang Kemerdekaan Edisi ke-57 Mobile

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Sebut saja pasal cinta, terbayang keindahan yang tidak boleh ditutur dengan kata- kata tapi ia adalah dekat dengan jiwa dan perasaan kita. Perasaan nurani yang telah wujud semenjak di dalam perut ibu lagi. Apabila kita dilahirkan kecintaan kita terhadap ibubapa berputik. Maka bila sudah kenal erti kehidupan dan kemerdekaan, kecintaan kita terhadap negara tercinta Malaysia bersemi. Paling cepat pun ketika di bangku sekolah rendah lagi.

Sekarang ini kita sudah 57 tahun mengecap kemerdekaan. Peranan kita sebagai rakyat Malaysia semestinya nilai-nilai kecintaan terhadap negara wajib di tanam di jiwa anak merdeka. Penat lela, perit jerih orang-orang tua terdahulu banyak telah diceritakan di dalam Arkib Negara Malaysia.

Zahirkan Kecintaan Kita Pada negara

Saya sebagai seorang blogger di Malaysia sudah semestinya sudah dan akan membuat sesuatu terhadap negara kita Malaysia tercinta. Di antara yang boleh kita realisasikan kecintaan kita pada negara ialah:
  • Perlu disemai "Rukun Negara" dalam diri kita.

  • Menunjukkan kecintaan kita terhadap negara setiap tahun terutama bulan kemerdekaan iaitu sempena "Hari Kemerdekaa" seperti mengibarkan bendera di kenderaan, rumah dan kedai.


  • Merealisasikan matlamat negara untuk menuju ke arah sebuah negara maju terutama "Wawasan 2020". Sama-sama membantu agar cita-cita negara boleh dicapai apabila tahun 2020 menjelang tiba.
  • Baca sejarah negara bagaimana negara kita suatu masa dahulu berperang dan menangkis ancaman komunis, penjajah dan menuntut kemerdekaan negara kita daripada Malayan Union.
                              

  • Saling hormat-menghormati antara kaum agar keharmonian, kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan rakyat semua bangsa atau pelbagai kaum hidup dalam keadaan selesa tanpa sengketa.
  • Membuat sebanyak mungkin entri berkaitan "Bulan Kemerdekaan Negara", "Tema Hari Kemerdekaa", "Sejarah Penubuhan Malaysia", Keharmonian Pelbagai Kaum", "Cintai Negara Kita Malaysia" atau apa saja tajuk entri tanda kesetiaan dan kecintaan kita.
  • Sebagai blogger juga kita boleh tukar "Header Blog" kepada tema "Kemerdekaan". Contohnya boleh lihat di atas entri ini. 



Sumber: Youtube-Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

  • Mendengar lagu berbentuk patriotik seperti "Malaysia Oh Tanahairku", "Jalur Gemilang", "Setia", "Tanah Pusaka", "Kemegahan Negaraku", "Perwira", "Sejahtera Malaysia", "Tanggal 31", "Barisan Kita" "Menuju Medan Bakti" dan sebagainya. Ini akan memarakkan sayang dan kasih kita pada negara.

Ini adalah antara yang boleh saya sebagai seorang blogger menyemai dalam diri kita dan buat sesuatu kepada negara tanda kecintaan kita.

Akhir kata.... salam sayang, kasih dan cinta terhadap negara Malaysia dengan lafas "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger" seperti saya.

P/S: Jom ramai-ramai sertai segmen ini ada habuan untuk 10 blogger yang menulis artikel paling menarik.

Wasaalam.......
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top