Wajarkah Facebook Disekat Di Malaysia


Wajarkah Facebook Disekat Di Malaysia. Ramai yang mula tidak senang duduk, bila mana kerajaan akan sedia menyekat penggunaan Facebook di Malaysia. Sebelum apa-apa keputusannya, kerajaan akan mengkaji dahulu adakah ianya perlu di sekat atau menapis Facebook agar tidak disalahgunakan oleh pengguna untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang terutama berunsur fitnah, penipuan, menghina agama atau kaum, mencaci-maki, peras ugut dan sebagainya.


Wajahkah Facebook Disekat Di Malaysia
Facebook Bakal Disekat
Kerajaan sedia mengkaji kewajaran menyekat laman sosial Facebook (FB) susulan pelbagai penyalahgunaan laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
“Jika orang ramai berpendapat Facebook harus disekat, kita bersedia melihat (perkara itu) tetapi ia pendekatan yang radikal,”

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengawal fitnah yang berleluasa menerusi laman sosial Facebook sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

Dengan kepakaran seseorang terhadap kecanggihan teknologi terkini, membuat SKMM perlu memantau dengan lebih kerap dan menubuhkan agensi untuk mencari mekanisma bagi memudahkan kerajaan mengawalnya.

Pemantauan dan didikan daripada semua pihak baik kerajaan maupun daripada masyarakat adalah perlu agar kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya bukannya sebaliknya.

Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah.

Adalah tidak wajar Facebook disekat penggunaanya di Malaysia, ia memberi banyak kebaikan kepada pengguna seperti mendapatkan berita, mencari informasi, berkongsi cerita dan berita sesama keluarga, menjana duit secara di talian sosial Facebook bagi mendapatkan pendapatan wang secara sambilan.

Adalah mustahil untuk menyekat laman sosial Facebook kerana jumlah akaun pengguna tempatan adalah sekitar 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan diterima. Apakah dengan 2,000 laporan itu kerajaan hendak menyekat penggunaanya?
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Wajarkah Facebook Disekat Di Malaysia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top