16 September 2014: Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-51


16 September 2014: Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-51. Hari ini adalah merupakan sambutan Hari Malaysia ke-51, iaitu jatuh pada 16 September 2014. Setiap tahun tanggal 16 September rakyat Malaysia akan merayakan Hari Malaysia. Ia merupakan cuti umum seluruh Malaysia yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ia merupakan hari pembentukan atau Perisytiharan Penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu pada tahun 1963.


Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-51



Hari Malaysia, Penubuhan Malaysia pada 1963, raikan sambutan Hari Malaysia
Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-51

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Sumber: Wikipedia.


Sebelum ini kita telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-57, "Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta", Dua hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia pelbagai kaum hidup dalam keadaan aman damai. Bebas untuk hidup dengan cara tersendiri. Ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tiada sengketa, tiada pertumpahan darah, tiada sengketa dan tiada rusuhan.

Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan segala kenikmatan yang kita kecapi ini agar terus kekal sampai bila-bila. Kemajuan dan kepesatan Malaysia semakin terserlah dengan pembangunannya, kepesatannya, kemajuannya dan kemakmurannya. 

Ayuh Malaysia... teruskan kemajuan... semoga rakyat hidup selesa di tanahair tercinta. Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Malaysia Ke-51". Malaysia Boleh.......!

Aturcara Sambutan Hari Malaysia 2014

Tempat: Dataran Kipas Miri, Sarawak.
Tarikh: 16 september 2014.
Persembahan Artis:
  • Persembahan Artis Terkenal seperti Bob AF, Dayang Nurfaizah, Adila AF, DJ Dave, Jimmy Palikat, Nicole Lai, Jacklyn Victor, Andrewson Ngalai, dan ramai lagi.
Persembahan Bunga Api:
  •  Persembahan bunga api akan diadakan di Dataran Kipas Miri, Sarawak bagi meraikan sambutan Hari Malaysia ke-51.
Persembahan Cinta Malaysia:
  • Ada nyanyian dan tarian bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Malaysia. Ramai artis yang akan membuat persembahan nyanyian dan tarian.
"JOM KITA RAIKAN BERSAMA"
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "16 September 2014: Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-51"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top