Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor


Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik DUN kawasan Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru berkuat kuasa hari ini.

                             
Azmin Ali dilantik menteri besar, Datyk Sru Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR
Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor


Mohamed Azmin Ali, 50, akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10 pagi bagi  mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terpaksa meletak jawatan selepas hilang kepercayaan mojoriti ADUN Selangor ekoran dipecat keahliannya oleh PKR pada 9 Ogos yang lalu. 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah ADUN Pelabuhan Klang turut dipecat kerana tidak mematuhi arahan parti supaya mengosongkan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu Datuk Seri Anwar enggan memberi komen mengenai perlantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar baru negeri Selangor.

Bagaimanapun Wan Azizah dalam satu kenyataan pula berkata, beliau menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dengan keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor.

Maka dengan ini disahkan bahawa Azmin Ali Menteri Besar baru Selangor.Semoga beliau dapat membawa negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang pesat membangun tetapi tidakmengabaikan kebajikan rakyat negeri Selangor yang dahagakan masalah mereka yang banyak belum diselesaikan,
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top