Harga Rokok Naik Lagi, Inilah Masanya Untuk Berhenti!


Harga Rokok Naik Lagi, Inilah Masanya Untuk Berhenti. Mulai semalam harga rokok naik lagi. Perokok tegar terpaksa membayar tambahan RM1 mulai semalam untuk membeli sekotak rokok di pasaran Malaysia. Syarikat pengeluaran Syarikat British American Tabacco (M) Berhad (BAT Malaysia) iaitu pengeluaran jenama Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Peter Stuyvesant, Pall Mall dan Rothmans International akan dinaikan RM1 yang mengandungi 20 batang rokok sekotak mengikut harga sebelum ini iaitu ketika kali terakhir dinaikan pada September 2013 tahun lepas.


Harga Rokok Naik Lagi, Merokok Membahayakan Kesihatan Anda
Hentikan Tabiat Merokok!
  
Kenaikan ini disebabkan oleh penyeludupan rokok haram ke negara ini semakin berleluasa. Ini adalah kerana pihak BAT Malaysia mengalami kerugian yang amat ketara ekoran kemerosotan jualan rokok mereka di pasaran Malaysia dan pula terpaksa bersaing dengan jenama rokok lain.

Langkah ini terpaksa diambil bagi menampung kos operasi dan memenuhi jangkaan (keuntungan) kepada pemegang saham. Ia juga bagi memastikan kualiti produk dipertingkatkan untuk mengekalkan kos efektif agar terus berdaya maju.

Info: Kenaikan Harga Rokok

Lihat carta di bawah untuk megetahui kenaikan harga rokok mengikut tahun daripada tahun 1980 hingga tahun 2014. Harga ini diklasifikasikan bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang.



INFO: Harga Rokok Bagi Sekotak 20 Batang (RM)
TAHUN
HARGA
1980
RM 2.50
1990
RM 4.70
2000
RM 7.50
2007
RM 8.20
2008
RM 9.00
2009
RM 9.30
2010
RM 10.00
2012
RM 10.20
2013
RM 12.00
2014
RM 13.00
 

Inilah Masanya Untuk Berhenti Merokok

Kira-kira lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun akibat komplikasi penyakit seperti jantung, paru-paru dan pelbagai jenis kanser berpunca akibat tabiat menghisap rokok dan menyedup asap rokok.


Harga Rokok Naik Lagi
Katakan"Tak Nak Pada Rokok"
Kajian mendapati pengunaan tembakau daripada rokok tidak menunjukkan kesan serta-merta tetapi ia akan memudaratkan para perokok dalam masa jangka yang panjang bersama dengan peningkatan usia seseorang. Apabila usia seseorang meningkat fungsi organ dalam tubuh semakin lemah dan antibodi dalam darah semakin rendah.

Fakta telah membuktikan bahawa terdapat 4,000 bahan kimia beracun terdapat pada sebatang rokok yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya akan dihadapi oleh perokok.


Lebih 4,00 bahan kimia pada sebatang rokok
Ada Lebih Daripada 4,000 Bahan Kimia Beracun Dalam Sebatang Rokok


Inilah masanya untuk berhenti merokok kerana:
  • Menjimatkan wang anda.
  • Membahayakan Kesihatan Anda.
  •  Kesihatan anda lebih baik daripada sebelumnya.
  • Harga rokok sudah naik, ini membuatkan harganya lebih mahal.
  • Membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kanser, strok, asma dan lain-lain.
  • Organ dalaman anda semakin lemah bersama dengan peningkatan usia seseorang.
  • Merugikan setiap wang anda yang dibelanjakan akibat membeli rokok.
  • Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan "Rokok Adalah Haram" dan memudaratkan diri seseorang serta oarang ramai.
  • Dan lagi anda boleh tambah......!
Amalkan gaya hidup sihat dengan menghentikan sedutan pada asap rokok anda. Digalakan untuk bersenam bagi mengekalkan kecergasan dan kecerdasan anda. "Merokok Membahayakan Kesihatan Anda".  Harga rokok naik lagi, inilah masanya untuk berhenti.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top